7 Tips Mudah Urus Lampin oleh Lunatots

1. Gunakan pelapik lampin yang berfungsi sebagai pengalas bagi mengelakkan lampin kain kotor terkena najis.
Anda dicadangkan menggunakan pelapik lampin yang organik dan mudah terurai seperti Lunacare Biodegradable Flushable Liner

2. Pastikan saiz lampin yang dipakai adalah “muat muat”. Tak ketat tak longgar. Lampin Lunatots mempunyai butang larasan saiz S, M, L dan XL.
Laraskan saiz lampin mengikut saiz peha bayi dan pastikan najisnya tidak terkeluar.

3. Pilih material dalam lampin berwarna gelap. Warna warna seperti hitam, merah, hijau dan coklat dalam lampin membantu mengelakkan warna najis tertinggal pada lampin.

4. Minta pengasuh removekan najis. Bagi ibubapa yg menghantar anak ke rumah pengasuh pada hari siang, mohon jasa baik pengasuh utk removekan poop anak anda (jika keras dan mudah untuk dirinya). Lebih mudah jika anda menggunakan pelapik lampin seperti dlm tips no 1.

5. Gunakan peluntur kotoran yang sesuai. Lampin tidak boleh dibasuh menggunakan peluntur berklorin. Lunacare Oxybleach berasaskan tumbuhan, tiada enzim dan tiada pewangi. Penggunaan peluntur yang tidak sesuai boleh menyebabkan materialnya rosak. Peluntur oksigen Lunacare membantu mengurangkan kesan kotoran najis pada lampin.

6. Jangan perap lampin lama lama. Bagi ibubapa yang mempunyai banyak lampin, elakkan memerap lampin kotor lebih dari seminggu. Ini kerana semakin lama diperap, semakin sukar kesan najis ditanggalkan.

7. Sidai lampin dibawah cahaya matahari. Cahaya matahari adalah ejen pemutih paling baik. Jika anda berkerja dan tidak dapat menyidai lampin dibawah matahari, manfaatkan hari minggu anda untuk lampin anda menikmati cahaya matahari.

Tips tambahan Lunafamily:

Seharian anak dirumah pengasuh. Sesi membasuh lampin pada waktu malam membolehkan ibu bapa mengesan sebarang perubahan pada najis anak.

Perhatikan jika ada darah, keras atau lembik, apa yg terkandung dlm najisnya tanpa perlu hari hari tanya pengasuh “Anak saya poo poo tak harini?”

Anda ibu bapa prihatin, kami percaya

Continue Reading

Bercerai Susu

Inilah istilah digunakan untuk :1. Memperkenalkan makanan pejal kepada anak semasa usiannya 6 bulan2. Memberhentikan penyusuan susu ibu pada usianya 2 tahun atau lebih Artikel ini memperkatakan tentang perkara no 2. Bayi akan melalui pelbagai fasa berbeza semasa proses ini. Biasanya proses bercerai susu akan berjaya jika dilakukan secara perlahan-lahan atau berperingkat dalam masa beberapa […]

Continue Reading

Soalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu

Assalammualaikum Sue.. ada beberapa kemusykilna nk tanye.sy pakai pam medela freestyle.1. tp skrg di opis sempat pam 1x je. sbb keje cam fleksibel skit. klu masuk 10pg kuar 5/6ptg. mak. sllu 30min dlm kul 3/4 perah, anggaran dlm 3-4oz. kdg2 penuh botol 5oz. xper ker? sbb penah cuba kerap pam.. hasil tetap sama 2. set pam […]

Continue Reading

Penyusuan bayi secara eksklusif – Akhbar Sinar 3 Julai 2012

Artikel tulisan di akhbar Sinar Harian (3 Julai 2012) Di Malaysia, peratusan ibu menyusu bayi secara eksklusif masih lagi rendah jika dibandingkan dengan negara Asia lain. Untuk pengetahuan, Malaysia adalah negara terendah bagi penyusuan bayi secara eksklusif dan merupakan negara tertinggi dalam penggunaan susu formula. Penyusuan bayi secara eksklusif, satu langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran […]

Continue Reading

Berapa Banyak (oz) Bayi Minum Susu Ibu

Kebanyakan ibu yang merasakan dirinya mempunyai masalah penyusuan sebenarnya bukanlah bermasalah Bila ibu mengadu yang dia penat mengepam dan masih tidak dapat menghasilkan susu yang ‘cukup’ untuk anaknyaKatanya susu itu ‘sikit’ jika dibandingkan dengan jumlah yang diminum oleh anaknya semasa beliau berkerjaSetelah semua minuman/makanan penambah susu diambil Dan semua usaha telah dilakukan, namun tidak berjaya […]

Continue Reading