From the Heart of Small Business Owner

From the Heart of Small Business Owner

Sudah lama sungguh Cik Sue tak menulis
Biasanya blur didepan laptop nak mula dari mana
Ataskah, bawahkah, depankah, ada orang bacakah
Sebenarnya bukan pembaca yang rindukan blog Cik Sue tapi Cik Sue sendiri yang rasa kehilangan

Hari ini Cik Sue jumpa satu poster yang dikongsikan oleh teman
Touchingnya bila baca
Beberapa perkara yang Cik Sue alami dan perhatikan namun tak pernah share di FB kerana bimbangkan sensitiviti dan penerimaan pembaca

Cik Sue sharekan disini ya :

1. Seseorang pernah beritahu Cik Sue bila kita beli barang dari Muslim, kita dapat berinya keuntungan dan wang tersebut selain digunakan untuk beli barang keperluan rumah dan anak, mungkin dimanfaatkan untuk membeli tudung dan jubah buat isteri (hihi) atau membayar untuk kelas agama anak. Sekurang-kurangnya untuk disedekahkan kepada penjual tisu Melayu atau pada tabung masjid hari Jumaat.

2. Pernah suatu ketika bila Cik Sue pergi makan dengan kawan, beliau bawa Cik Sue ke satu kedai yang tidaklah sedap sangat makanannya namun beliau kasihan sebab kedai tersebut tidak ramai orang makan. Kami makan terkulat-kulat namun berbahagia kerana dapat menyumbangkan rezeki untuknya hari itu. Rezeki untuk kami biar Allah yang urusi.

3. Setiap kali Cik Sue jalan-jalan Cik Sue pasti beli benda benda kecil dan mampu dibayar seperti pin atau kerongsang. Gembira dapat beri walau RM5 kepada peniaga tersebut.

4. Cik Sue sangat suka menawar. Jika harga barang RM12, memang Cik Sue tawar sampai harganya RM8.
Namun biasanya Cik Sue akan bayar RM10.
Lagi RM2 untuk duitnya beli air atau hadiah untuk anaknya.
Ianya bukan contoh yang baik. Jika dapat beri RM20 atau RM200 lebih bagus kan hihi

5. Jika perlu memilih antara 2 kedai iaitu kedai Muslim dan pasaraya, Cik Sue cuba pilih kedai pertama.
Kenapa ada perkataan cuba?
Kerana ianya bukan mudah.
Terkadang(atau selalunya) kedai pasaraya atau pasarmini tersebut lebih murah harganya.
Jadi kenapa Cik Sue kata Cik Sue cuba?
Kerana Cik Sue sendiri berperang dalam kereta didalam minda mahu berhenti di kedai mana dan adakah setiap sen Cik Sue akan disoal kemana perginya.

Kawan, anda tak perlu setuju dengan Cik Sue.
Cik Sue cuma peniaga kecil dengan hati yang besar.

Dalam setiap wang yang anda belanjakan di Lunatots, ada antaranya digunakan untuk persiapan perkahwinan, upah hospital melahirkan, untuk pekerja membayar tambang pengangkutan dan juga membeli buku sekolah anak-anak.

Dalam setiap nafas bilamana mata terpejam dan hati terbuka, Cik Sue teruskan untuk mereka-mereka yang berada di Lunatots.
Allah Maha Pengasih Maha Bijaksana.
Bukan dalam tenaga Cik Sue untuk menjaga semua namun dengan kudrat yang berbaki, Cik Sue dan rakan cuma percaya pada suatu kuasa luar biasa.

Terima kasih kawan dan teman.
Lunatots ada untuk membantu ibubapa mendapatkan pam susu berkualiti serta barangan menyusu yang lain.
Lunatots ada membantu ibubapa membuat penjimatan dengan penggunaan lampin kain.
Lunatots ada dengan cinta kepada babywearing dan kain gendong.
Lunatots juga ada cita menjadi Butik Bayi Asuhan Alami terkemuka satu Malaysia dan satu dunia.
Bukan tiba-tiba tapi dengan doa anda semua.

Terima kasih.

Continue Reading

Medela Freestyle Breastpump

Medela Freestyle Breastpump Product Description:- Medela Freestyle breast pump is the world’s smallest high-performance electric breastpump gives a mother more time and flexibility in her everyday life. Medela Freestyle breast pump is ideal for daily and frequent use. Medela Freestyle breast pump is a breast pump with:2-Phase ExpressionSingle or double pumpingGently massaging SoftFit Breastshield. It […]

Continue Reading

Homeschooling- Fairy Roleplay

Dzakwan : Mommy what is your wish?Mommy : Mommy wish that…Dzakwan potong : You have to say I wish…Mommy : I wish that I am healthy and beautiful.Dzakwan : Ting! You already beautiful but not really healthy Mommy! Something goes wrong with my magic wand I guess. Zikry : Mommy make a wish.Mommy : I wish […]

Continue Reading

Homeschooling – “Rumah Adalah Sekolah Terbaik” – Suraya

Pernahkah anda terfikir untuk bekerja sambil mengajar anak-anak di rumah? Idea tersebut semakin mendapat sambutan di kalangan ibu bapa moden masa kini. Kisah mama kali ini berkongsi pengalaman bagaimana merealisasikan impian tersebut. Mungkin bagi peminat lampin kain Lunatots, nama Siti Nur Suraya Mohamed Ali atau Sue cukup dikenali. Ibu kepada tiga cahaya mata, Ammar Zikry, 5, Ammar Dzakwan, 3 […]

Continue Reading

Mahu Tutorial Moby Wrap?

“Memilih yang terbaik” adalah kepakaran ibu bapa Sementara kepakaran kami di Lunatots ialah membantu ibu bapa membuat pilihan yang tepat tentang sesuatu produk keibubapaan berdasarkan kelebihan sesuatu produkBoba Wrap (dahulu dikenali sebagai Sleepy Wrap) merupakan antara a-must-have-item untuk ibu bapa berkerja zaman sekarang Berkerja dari Isnin sampai Jumaat, hari Sabtu & Ahad adalah hari yang ditunggu tunggu […]

Continue Reading

Review Boba 3G/4G Carrier

Jika anda:1. Mempunyai anak kecil yang tak mahu ditinggalkan didalam playpen/babycot untuk memasukkan baju kotor dalam mesin basuh – Dia menangis macam kita cubit peha kanan, peha kiri terasa jugaatau2.  Anak kecil yang tak boleh dibiarkan berjalan sendiri di AEON nanti tiba tiba dengar announcement anak siapa berbaju merah nama mak CHUYAYA dari speaker AEON […]

Continue Reading

Moby Wrap dengan Harga Promosi

Saya masih menulisMenulis di majalah dan akhbar tempatanHari hari menulis di Facebook Dan tak pernah lupa menulis kata-kata motivasi untuk diri sendiri setiap hari (hihi)Cuma tak menulis di blogKenapa?Alasannya panjang cuma nanti saya update dalam entri lain khusus untuk alasan sahajaDan malam ini saya masih di pejabatRasa mahu menulis di blog itu tiba Saya cari entri lama mengenai […]

Continue Reading

Pesta Buku PWTC

Kalian,Saya tidak akan berada di depan PC hari iniSaya akan road tour Klang ValleyDaripada Shah Alam (Karangkraf office) ke Office Visit di Cheras dan Bandar Baru BangiKemudian saya akan hantar barang di Post Office dan ada yang perlu dihantar di depan gate rumah di KajangSaya juga ada date dengan customer di depan McD Bandar Baru […]

Continue Reading

Lunatots Cloth Diaper Update

1. Harga breastpump Spectra 3 sudahpun meningkat kepada RM388 mulai 15 April 2009. 2. Semua promotion Cloth Diaper di Lunatots.com sudah tidak available KECUALI Promo Package of Five yang akan berakhir pada 20 April 2009. 3. Snap Button Lunatots CD akan berada di pasaran pada pertengahan May. Pre order masih belum dibuka kepada public. 4. Dah nak habis promotion, […]

Continue Reading