Soalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu

Assalammualaikum Sue.. ada beberapa kemusykilna nk tanye.
sy pakai pam medela freestyle.
1. tp skrg di opis sempat pam 1x je. sbb keje cam fleksibel skit. klu masuk 10pg kuar 5/6ptg. mak. sllu 30min dlm kul 3/4 perah, anggaran dlm 3-4oz. kdg2 penuh botol 5oz. xper ker? sbb penah cuba kerap pam.. hasil tetap sama

2. set pam ni. perlu dicuci bersih selepas tiap kali pam ker? sbb sy pernah terbaca satu artikel (konsultan pysuan juga) xingat sapa… dia tulis bg ibu2 yg bekerja n mengepam di opis. set pam klu lepas sesi mengepam leh letak dlm cooler bag / freezer p. sejuk. so xperlu basuh utk yg kerap mengepam.Ini boleh mengelakkan bakteria / kuman. Cam saya tiap kali basuh sy akan guna m/wave sterilizer. Camne su?

3. set botol susu perlu ditukar setiap 6 bln? betul ke calar pada botol susu boleh sebabkan kuman mudah lekat? botol susu itu x sesuai ke disimpan utk anak seterusnya?

Mohon penjelasan…

Puan Yantie
——————————————
Waalaikumussalam Puan Yantie,

1. Puan digalakkan mengepam susu 3 jam sekali bagi mengekalkan produksi susu ibu terutama bagi ibu yang mempunyai bayi berusia dibawah 1 tahun.

2. Puan boleh mengelap dengan tisu dan menyimpan set corong pam Puan didalam beg penyejuk (cooler bag) dan menggunakannya semula dalam tempoh kurang 10 jam dan cooler bag masih dalam keadaan yang sejuk.

3. Calar pada botol menyebabkan chemical leaking dan ibu digalakkan menukar botol susu sekiranya terdapat calar pada botol simpanan.

Continue Reading

Penyusuan bayi secara eksklusif – Akhbar Sinar 3 Julai 2012

Artikel tulisan di akhbar Sinar Harian (3 Julai 2012) Di Malaysia, peratusan ibu menyusu bayi secara eksklusif masih lagi rendah jika dibandingkan dengan negara Asia lain. Untuk pengetahuan, Malaysia adalah negara terendah bagi penyusuan bayi secara eksklusif dan merupakan negara tertinggi dalam penggunaan susu formula. Penyusuan bayi secara eksklusif, satu langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran […]

Continue Reading

Berapa Banyak (oz) Bayi Minum Susu Ibu

Kebanyakan ibu yang merasakan dirinya mempunyai masalah penyusuan sebenarnya bukanlah bermasalah Bila ibu mengadu yang dia penat mengepam dan masih tidak dapat menghasilkan susu yang ‘cukup’ untuk anaknyaKatanya susu itu ‘sikit’ jika dibandingkan dengan jumlah yang diminum oleh anaknya semasa beliau berkerjaSetelah semua minuman/makanan penambah susu diambil Dan semua usaha telah dilakukan, namun tidak berjaya […]

Continue Reading