From the Heart of Small Business Owner

From the Heart of Small Business Owner

Sudah lama sungguh Cik Sue tak menulis
Biasanya blur didepan laptop nak mula dari mana
Ataskah, bawahkah, depankah, ada orang bacakah
Sebenarnya bukan pembaca yang rindukan blog Cik Sue tapi Cik Sue sendiri yang rasa kehilangan

Hari ini Cik Sue jumpa satu poster yang dikongsikan oleh teman
Touchingnya bila baca
Beberapa perkara yang Cik Sue alami dan perhatikan namun tak pernah share di FB kerana bimbangkan sensitiviti dan penerimaan pembaca

Cik Sue sharekan disini ya :

1. Seseorang pernah beritahu Cik Sue bila kita beli barang dari Muslim, kita dapat berinya keuntungan dan wang tersebut selain digunakan untuk beli barang keperluan rumah dan anak, mungkin dimanfaatkan untuk membeli tudung dan jubah buat isteri (hihi) atau membayar untuk kelas agama anak. Sekurang-kurangnya untuk disedekahkan kepada penjual tisu Melayu atau pada tabung masjid hari Jumaat.

2. Pernah suatu ketika bila Cik Sue pergi makan dengan kawan, beliau bawa Cik Sue ke satu kedai yang tidaklah sedap sangat makanannya namun beliau kasihan sebab kedai tersebut tidak ramai orang makan. Kami makan terkulat-kulat namun berbahagia kerana dapat menyumbangkan rezeki untuknya hari itu. Rezeki untuk kami biar Allah yang urusi.

3. Setiap kali Cik Sue jalan-jalan Cik Sue pasti beli benda benda kecil dan mampu dibayar seperti pin atau kerongsang. Gembira dapat beri walau RM5 kepada peniaga tersebut.

4. Cik Sue sangat suka menawar. Jika harga barang RM12, memang Cik Sue tawar sampai harganya RM8.
Namun biasanya Cik Sue akan bayar RM10.
Lagi RM2 untuk duitnya beli air atau hadiah untuk anaknya.
Ianya bukan contoh yang baik. Jika dapat beri RM20 atau RM200 lebih bagus kan hihi

5. Jika perlu memilih antara 2 kedai iaitu kedai Muslim dan pasaraya, Cik Sue cuba pilih kedai pertama.
Kenapa ada perkataan cuba?
Kerana ianya bukan mudah.
Terkadang(atau selalunya) kedai pasaraya atau pasarmini tersebut lebih murah harganya.
Jadi kenapa Cik Sue kata Cik Sue cuba?
Kerana Cik Sue sendiri berperang dalam kereta didalam minda mahu berhenti di kedai mana dan adakah setiap sen Cik Sue akan disoal kemana perginya.

Kawan, anda tak perlu setuju dengan Cik Sue.
Cik Sue cuma peniaga kecil dengan hati yang besar.

Dalam setiap wang yang anda belanjakan di Lunatots, ada antaranya digunakan untuk persiapan perkahwinan, upah hospital melahirkan, untuk pekerja membayar tambang pengangkutan dan juga membeli buku sekolah anak-anak.

Dalam setiap nafas bilamana mata terpejam dan hati terbuka, Cik Sue teruskan untuk mereka-mereka yang berada di Lunatots.
Allah Maha Pengasih Maha Bijaksana.
Bukan dalam tenaga Cik Sue untuk menjaga semua namun dengan kudrat yang berbaki, Cik Sue dan rakan cuma percaya pada suatu kuasa luar biasa.

Terima kasih kawan dan teman.
Lunatots ada untuk membantu ibubapa mendapatkan pam susu berkualiti serta barangan menyusu yang lain.
Lunatots ada membantu ibubapa membuat penjimatan dengan penggunaan lampin kain.
Lunatots ada dengan cinta kepada babywearing dan kain gendong.
Lunatots juga ada cita menjadi Butik Bayi Asuhan Alami terkemuka satu Malaysia dan satu dunia.
Bukan tiba-tiba tapi dengan doa anda semua.

Terima kasih.