Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
Nuffnang ADV
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Luna’s Shop
Tweets

Posts Tagged ‘Breastfeeding’

yang tertanya tanya, iki sedang buat apa tu?
dia sedang minum susu untuk tidur
apa apa posisi pun iki boleh
asalkan iki selesa tak hek hek
mommy buat apa? mommy sambung main PSP..
(multitasker kan..)

tengok, mata dia dah kuyu
saya menyumbang nyanyian :

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

ada yang tau, lagu apa acik nyanyi?
sape dapat teka, nanti ku belikan hadiah kecil warna pink :)
tinggal di komen ye..
kena beritahu tajuk lagu dan penyanyi nya taww
(jgn susah susah cakap penyanyi nya ku tau..)

macamana zikry minum?
ala ala sujud tapi dahi tak cecah lantai..

quoted from my friends “yes, i look ugly (dan tak senunuh). But I’m providing milk for my lovely son :)
“and he’s your son too :P




Entri ini khusus utk Spectra 3 seperti tips2 penjagaan, harga, servis etc etc.
Ups sebelum acik menceceh panjang2, entri ini hanyalah kompilasi daripada pengalaman saya sepanjang mengendalikan Spectra 3 dan pelanggan2.
Ianya tidak mewakili kenyataan daripada UzinMedicare (tuan punya brand Spectra) ye.

Spectra 3 breastpump adalah pam elektrik standard hospital yang dikategorikan sebagai the most affordable breastpump in the Malaysia market.
(saya lah yg menkategorikannya mengikut pandangan matahati ku, selaku duta Spectra lantik sendiri)

Anda boleh refer no pada gambar di atas sekiranya perlu
(tengoklah kalians, acik sesuko hati shontengs2 gambo Spectra 3 di atas)

Tips Penggunaan / Penjagaan Spectra 3

1. Mulakan dari minimum ke maximum perlahan2 (sehingga mendapat kekuatan suction yg anda mahukan), dan kembalikan knob(bahagian no 2) ke minimum sebelum meng-off pam
Sebab: Supaya knob itu tidak stuck dimaximum. Ini adalah kerana, utk mommies yg dah biasa menggunakan Spectra 3, dia akan terbiasa dengan suction max yg paling akhir (jadi ala ala malas nak pusing2kan knob)
Perhatian! Semasa memusing keminimum, tidak perlu sampai tercabut knob (kalau tercabut pun, hanya perlu pasang kembali sahaja-tiada masalah). Hanya perlu pusing ke arah min sehingga terkeluar sedikit bunyi angin kus kus.

2. Jangan pusing2 ke arah maximum secara keterlaluan
Sebab : Terdapat bahagian yang mudah patah jika anda tolak ke arah max secara keterlaluan (pusing sekuat hati)
Akibat : Pam anda akan tiada suction dan perlu dihantar ke pusat servis.

3. Pastikan semua bahagian (no 4, 5, 6, 7 dan 8 ) dalam keadaan kering.
Sebab : Kehadiran air/wap air dalam bahagian2 tersebut akan menyebabkan air tersebut disedut ke dalam pam anda
Akibat : Menyebabkan patch di bahagian bawah motor yang boleh menyebabkan motor pam anda rosak.

4. Pastikan susu tidak termasuk ke bahagian dalam pam.
Sebab : Sama seperti tips no 3
Akibat : Juga sama seperti tips no 3
Cara mengelakkan perkara itu berlaku : Pastikan postur anda dalam keadaan tegak semasa mengepam (bukan membongkok). Perhatikan dan kawal sesi pengepaman semasa letdown refleks berlaku.

5. Kerap hantar pam anda ke pusat servis
Sepanjang 6 bulan pertama, servis adalah percuma. Jadi hantarlah untuk servis (tambah grease,check suction, pam berbunyi kuat bagai) (free things are the best :) )
Selepas warranty tamat tempoh, anda boleh menghantar pam anda 3 bulan sekali untuk servis (caj semasa adalah RM50-may varies accordingly)

Proses Menghantar Pam ke Pusat Servis
1. Sentiasa simpan warranty card anda. Ambil tahu yang warranty anda bermula 6 bulan dari Purchase Date yang tertulis di kad tersebut.

2.Hubungi Histopoint di 03-5631 7288 (Zhang Ling) untuk meng-arrange proses penghantaran (samada dihantar sendiri oleh anda ataupun dicollect oleh Histopoint (bercaj)

3. Proses servis/repair akan mengambil masa 1-2 hari (bergantung kepada kadar kerosakan). Pastikan anda mempunyai backup pump (samada manual ataupun iSpectra)

Durability Spectra 3 ialah 1500 hours

Berikut adalah kira kira yg dibuat oleh saya:
Biasanya ibu mengepam 20 minit * 3 kali (di ofis) bersamaan dengan 60 minit(1 jam) sehari
Sebulan ibu mengepam selama 30 jam (hari bekerja adalah 20 hari, ada extra 20 jam di situ)
1500 jam di bahagikan dengan 30 hari ialah 50 bulan
50 bulan bersamaan dengan 4 tahun
Secara rambangnya, Spectra 3 anda tahan selama 4 tahun!
(turut bergantung kepada cara penggunaan)

Pendapat peribadi :
Pro – Affordable & Suction yang tidak menyakitkan. Yang penting, ianya serves the purpose iaitu membolehkan saya menyusukan anak (insyaAllah sehingga 2 tahun)
Contra – Bulky & Perlu ada electric socket untuk menggunakannya.
Cara mengatasinya – Saya letakkan Spectra 3 saya didalam bag nya untuk kemudahan travel & saya beli adapter 3 pin plug untuk menggunakan Spectra 3 di dalam kereta (akan diceritakan di dalam entri lain).

Harga Spectra 3 (semasa entri ini ditulis) ialah RM368
Harga untuk extra shield set (bahagian 4,5,6 & 7) ialah RM70
Tetapi jika anda membeli satu set dengan bag & cooler bag, anda akan dapat semuanya dengan harga RM550

MAHALNYA? fikir fikirkan..
susu formula purata kosnya ialah seminggu RM50
sebulan = RM200
dua bulan = RM400
24 bulan (2 tahun) ialah RM4800
belum dicampur kos anak mudah demam kerana susu formula tiada antibodi
berbeza kan RM4800 dengan RM550…
(sekali lagi, hanya pendapat peribadi acik kipuchi) :)

Related Posts with Thumbnails