Archive for the ‘Luna’s Thought’ Category
Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-5 untuk suami dan saya sendiri
Tahun ini kami meraikan tarikh 4 dan 5 Mei di Canton (Guangzhou), China
Gambar diambil di hadapan Masjid Hua Cheng yang dibina oleh Saad bin Abi Waqqas (bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W)
Beliau datang ke China untuk menyebarkan agama Islam dan berjanji utk tidak akan kembali ke negara asalnya (tanah Arab) selagi agama Islam belum tersebar di China
Dan hasilnya, agama Islam bukan agama asing di China (kini)
Masjid ini bagaikan tempat ‘umrah’ untuk Muslim di seluruh China
Bagi mereka yang ‘kurangberada’, mereka menaiki bas yang mengambil masa lebih kurang 2 bulan untuk sampai ke masjid ini (daripada tempat mereka)
Dari satu bas ke satu bas yang lain, mereka bergerak secara berkumpulan untuk mengunjungi tempat ini
Info mengenai penyebaran agama Islam di China di link iniĀ

Banyak yang telah dilalui untuk tempoh 5 tahun kami bersama
Orang ketiga (Ammar Zikry), orang keempat(Ammar Dzakwan) dan orang kelima(Alya Zalikha) menambahkan seri (read as riuh dan ceria) keluarga kami
Alhamdulillah Ya Allah
Kami bersyukur atas segala nikmat-Mu
Saya mengharapkan keberkatan dalam setiap yang kami lakukan
Hati yang tenang, keluarga yang bahagia dan kawan kawan yang baik
Encik suami lama fikirnya bila saya tanya apa yang diharapkan
Saya post dulu entri ini ya..hihi
—
From China with Love
8.48AM, 4 May 2012
JinJiang Inn, Guangzhou, China
Ini cinta cinta kami yang ditinggalkan di Malaysia
Mereka nampak gembira dapat bersama opah & atok dan benar benar gembira pada setiap kali saya telefon
Yang pandai ekspreskan kegembiraan ialah abang Zikry
Abang Dzakwan-tak kisah
Alya-sukar diteka-haha
2 hari sebelum saya pergi, saya ‘mengadu’ dengan Zikry
“Zikry, nanti mommy rindu macamana ye? Sedih la pula”
Zikry jawab “Takpe mommy, kan ada Skype”
Dan semalam masa saya telefon dari sini, Zikry (5 tahun) beritahu “Mommy, kami semua tak sad pun sebab mommy dah beritahu dah mommy pergi 6 hari je. Bukannya 16 hari atau 60 hari”
Dzakwan pula tak mahu cakap telefon-tak ada mood agaknya-hihi
Alya senyum (sengih) bila dapat dengar suara mommy
Oh anak anak

Buat semua ibu ibu yang berpisah dengan anak kerana urusan tugas
Kagum saya pada anda semua
Sungguh, ianya tak mudah bila anda terpaksa meninggalkan sebahagian daripada badan anda (iaitu anak anak)
Nikmat berjauhan, masing masing punya masa untuk ‘sunyi’ dan mentafsir erti rindu
Kan?




