Archive for the ‘Activities’ Category
Bukan senang mencari masa untuk diri sendiri apatah lagi bersendirian
Bila saya bangun awal pagi, anak anak join sekaki
Ambil nombor giliran nak minum susu..hihi
Abang Zikry dah hampir seminggu sakit mata dan mulai semalam, ianya sudah menjangkiti masa sebelah lagi
Juga adik adiknya, Dzakwan dan Alya
Mata kanan mommy pun terbabit sekali tidak semena mena
Namun komen dari Puan Nor Inchun, setiausaha Puspanita Kementerian KPKT meniupkan semangat saya dari minggu lepas
Terima kasih Puan!
Begitu juga dengan komen yang ditinggalkan oleh kawan kawan
Ia menginspirasikan saya untuk menulis hari hari (mau)
Gigil juga saya semasa berada di dalam Dewan Kristal KPKT
Tiada talian telefon mahupun internet kerana ianya berada di bahagian aras bawah tanah
Jadi saya tak dapat update FB status keluh kesah Kak Esah..hihi
Terima kasih Dila kerana menemani Sue sebelum majlis bermula
Dila merupakan antara 10 pelanggan awal semasa saya mula mula berniaga
Sue sentiasa ingat anda dengan ingatan yang sangat banyak, sungguh!
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi Biro ICT Puspanita KPKT merangkap Pengarah Projek, Puan Nurul Aini Ramly
Terima kasih Nurul diatas layanan mesra dari mula Sue datang sehinggalah ke pintu lif!
Penceramah jemputan seorang lagi adalah Shahabudeen Jalil
Hubung kait antara kami berdua ialah saya kenal dia dan dia ingat ingat lupa saya (hihi)
Beliau merupakan seorang usahawan dan link blog beliau disini
Baiklah, dah seminggu Acik Sue diam termenung tentang isi butir untuk dikongsikan bersama
Dan dia update slide didalam dewan
Sungguh last minute!
Ianya berlaku kerana idea itu tiba tiba datang
(Salahkan idea, salahkan…hihi)
Dalam gambar dibawah
Dari kiri yang muncung itu Puan Sue, yang warna dark purple ialah Nurul sementara light purple ialah Puan Nor Inchun yang merasmikan majlis pada petang itu
Hampir 100 orang menghadiri majlis pada petang itu dan beberapa ilmu dapat saya kutip buat peneman sepanjang jalan
Saya, manusia yang cukup sifatnya
Masih memberi alasan itu dan ini
Alhamdulillah saya dikurniakan kekuatan untuk melangkah dan tidak pengsan semasa memegang mikrofon (ekeke)
Menulis sejak tahun 2001, tajuk pada petang itu ialah ‘The Power of Blogging’
Saya mulakan slide dengam memberitahu Shahabudeen Jalil yang kami pernah ‘bergambar bersama’ di airport
Yang warna merah ialah beliau, anak panah pink ialah saya (hihi)
Beberapa gambar yang diambil oleh encik suami
Terima kasih abang!

“Blogging is about being yourself and putting what you have into it”
Siapa tahu blog anda mungkin boleh mengubah hidup orang lain
Tulisan yang ringkas, perkongsian yang ikhlas
Ia menyampaikan lebih daripada apa yang tersurat
Biar siapa pun anda
Terima kasih kepada penaja majlis petang itu
Secret Lens Photography (pst dapatkah pose terbaik cek Sue? ekeke)
Chocolate cake daripada Cupster ( Grrrrrrrrr …hihi)
Red velvet cupcake yang membuatkan Sue teringat ingat daripada Scrumptious Sugar
(Serius, beritahu Sue mengapa ianya sangat sedap!)
Dan macarons yang cute daripada Cute Bites (too cute too bite)
Tak dilupakan cenderahati daripada Garlicandbutter
(Ianya sangat cantik dan berseni! )
Jamuan ringan sebelum pulang
Terima kasih Puspanita KPKT diatas jemputan
Untuk menghubungi saya, boleh email kepada suraya’at’lunatots.com
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua
Dengan rendah hati, saya dan seluruh warga kerja Lunatots menjemput rakan taulan yang jauh dan dekat untuk menghadiri Majlis Jamuan Aidilfitri Lunatots 2011
Tarikh : 17 September 2011
Hari : Sabtu
Masa : 12 tengahari sehingga 4 petang
Tema : Polkadot

Lokasi : Lunatots HQ, Pusat Perniagaan Danau Lumayan, Bandar Tasik Permaisuri, 56000 Cheras Kuala Lumpur.
(Bangunan berhampiran Bank Islam dan Hailam Kopitiam)
Tahun 2010, Jamuan Aidilfitri di rumah saya
(Gambar tahun lepas)
Alhamdulillah rezeki tahun ini, Lunatots HQ berpindah ke Bandar Tasik Permaisuri (sebelum ini di Cheras Business Centre)
Saya seisi keluarga Lunatots mengalu alukan kesudian kalian untuk hadir ke majlis ini
Tema Polkadot? Tema polkadot? Saya nak pakai apa ya…hihi
Tema itu hanya sekadar memeriahkan majlis dan tidak mengapa jika tidak ada yang bersesuaian
Saya tetap jemput anda sekeluarga
Cuma saya memohon jasa baik anda untuk klik ATTEND di link ini
Ianya untuk anggaran makanan yang diperlukan kerana mak anak tiga ini ada hati mahu memasak sendiri…hihi
Bantu dia menganggarkan jumlah tetamu ya!
Jamuan Aidilfitri Lunatots Pulau Pinang dimasak sendiri bersama adik beradik di entri ini
Masa Jamuan Aidilfitri 2010 di rumah pun saya masak sup sendiri (entri ini)
Selamat datang, saya jemput seikhlas hati
Kalau tak dapat berlama lama, sekejap pun tak apa
Puan Suraya & Lunatots



















