Cara Mengajar Anak Membaca Al-Quran oleh Mommy Luna

Anak anak semakin membesar
Sekejap tukar jadi Boboi Boy, sekejap jadi Upin Ipin

Pengkaji Bayi, Dr Robert Titzer menyatakan ‘Windows of opportunity for natural learning is from birth until 4 years old”

Saya ingin berkongsi cara saya mengajar anak anak mengenal huruf dan bacaan didalam Al-Quran
Betul, pandai baca doa makan adalah skil yang menakjubkan namun ia masih boleh dikembangkan menjadi lebih baik bukan..hihi

Tips yang dapat saya simpulkan adalah seperti dibawah (dimana ianya akan diupdate dari semasa ke semasa jika saya jumpa cara yang berkesan) :

 1.Mommy dan daddy belajar dahulu

Kalau takut mommy dan daddy mengambil masa yang lama untuk belajar mengaji terlebih dahulu, kita belajar bersama sama dengan anak anak
Kenal pasti huruf Alif, Ba, Jim dan seterusnya  (bersama sama)
Keywordnya ialah bersama sama
Buat muka eksaited (sebenarnya memang eksaited) bila mengenal pasti banyak jenis ‘lam alif’ didalam je’amma (Juz Amma)

2. Bukan waktu ‘mengaji’ semata mata
Saya notis anak anak tidak suka jika diajak mengaji
Kata Dzakwan ‘shushah’
Jadi saya ajak mereka ‘membaca buku’
Namun buku yang mommy pilih ialah Muqaddam mereka :)

3. Waktu yang konsisten
Waktu yang dicadangkan ialah waktu pagi sebelum pergi kerja
Namun jika ada hari yang perlu keluar awal, ianya boleh digantikan dengan waktu selepas solat Maghrib
Amalkan sekurang kurangnya sehari sekali
Biarpun dapat bersama sama membaca 2 baris (sebelum anak mula bosan)

4. Beritahu target kita
Saya beritahu mereka yang saya mahu mereka pandai membaca jika ada huruf jawi atau ayat didalam Al-Quran
Sama seperti mereka pandai membaca rumi
Niat kita – mahu mereka berilmu
Dan beritahu cerita inspirasi seperti semua orang di Makkah bercakap bahasa Arab
Begitu juga orang di syurga dan Nabi terdahulu
Mereka pasti teruja mahu mempelajari satu skil baru untuk diri mereka sendiri :)

5. Guru yang membantu
Sebaiknya jika ada guru agama yang datang ke rumah
Adalah lebih baik dengan bacaan yang lebih tepat
Saya belajar bersama sama dengan kit bantuan mengajar Al-Quran
Ianya sangat membantu saya sendiri sebagai ‘teacher’

6. Bersabar dan tidak marah marah
Betul, kita mahukan generasi yang berilmu dan berdisiplin (hihi)
Tapi dalam setiap yang kita lakukan pasti ada pengajaran yang boleh diambil
Bagi Dzakwan yang berusia 2 tahun 5 bulan, hurup Ba sama dengan Ta lagi lagi Ya
Pelajaran untuk Dzakwan ialah belajar menghormati buku
Tidak duduk diatas buku sudah memadai bagi kami seisi keluarga ..hihi

7. Biasakan memuji
Sudahkah anda memuji seseorang hari ini?
Jika belum, mulakan dengan memuji anak dihadapannya
Seperti “Pandainya Dzakwan tak koyak buku” atau “Mommy gembira sangat sebab Zikry dah pandai baca Alif Ba Ta..lepas ni jika dapat baca mukasurat sebelah, mesti mommy laaaaagi happy”
Tersenyum senyum sikecil anda sebab pujian itu memang untuk mereka!
They deserve it!

Insya Allah jika kita sabar dan senyum
Lebih cepat ilmu itu sampai
Lebih comel mommy kelihatan dimata anak anak (eh? Hihi)

Selamat mengajar ya ibu ibu
Setiap hari yang kita lalui adalah kelas dalam bilik darjah
Because the world is our classroom :)

Coretan saya mengenai anak anak didalam kolumn Kisah Mama didalam Majalah Pa&Ma Jun 2012

Selamat siang Isnin ibu bapa yang hebat!

 

 

 

Related Posts with Thumbnails

5 Responses to “Cara Mengajar Anak Membaca Al-Quran oleh Mommy Luna”

  • farah says:

    good sharing :) syeefa pun kdg2 konfius huruf jawinya, tapi makin lama makin faham. kdg2 kita tersalah sebut huruf kho dgn jim (sbb tgk terbalik), dia yg betul kan..hehe

  • amirah says:

    setakat ni masih dlm proses pasang dvd jawi sahaja sebb guru2 jqaf kata pengajaran jawi dn arab skrng lebih interaktif skrng – ada nyanyi2..ermmm… – husband kata bukan amie yg kata..heh..byknya ‘kata’

  • Wan Anie says:

    Quran adalah asas pelajaran bagi orang Islam, sebaik keluar sahaja azan dibaca di telinga anak. Anak yang pandai quran biasanya tiada masalah untuk membaca jawi.

    Tidak kira bagaimana caranya yang penting anak-anak dapat ‘sesuatu’ kan Sue?

    Anak-anak akak pun homeschool sekarang, sekolah di rumah diorang cakap :)

    Mengaji rutin selepas maghrib sebelum ulangkaji buku kecuali hari minggu biasanya ada tambahan di waktu pagi.

    Kami guna buku iqra’ biasa tu je :) memang koyak-koyak sebab berebut nak baca dulu.. hehe

  • Jojo says:

    Su beli kat mana buku muqaddam tu? boleh share? thank you

  • Zulaili Shalleh says:

    Salam..memang susah nak ajar anak-anak baca quran ni kan? banyak cabaran. Budak-budak dia cepat letih dan bosan, tapi tak boleh paksa-paksa, nanti diorang tak nak belajar langsung. Saya cuma gunakan Set buku Al_Furqan. Memang menarik sb buku berwarna dan kertas yang berkualiti. Harga pun tak mahal..Klu nak tahu lebih lanjut boleh tengok kat web ni:
    http://hzreadnetwork.blogspot.com/2012/09/siri-cepat-membaca-quran-al-furqan.html

Leave a Reply

Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.

    Feel free to communicate through my email info'at'lunatots.com for seminar arrangement

    Whatsapp 0129449515
    LIKE my Facebook pages:
    Suraya Ali
    Lunatots Cloth Diaper
    The Milk Story
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

Announcement
OFFICE : 0392265152 LUNATOTS HQ 32G JALAN DANAU LUMAYAN 1, BANDAR SRI PERMAISURI, 56000 CHERAS KUALA LUMPUR HOTLINE LUNATOTS : 0102414050 /0125502515
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Luna’s Shop
http://www.lunatots.com/shop
Readers
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: