Eh, masih cerita Tahun Baru walaupun sudah masuk Tahun Baru Cina?
Hihi… saya masih rasa masa itu berkadar songsang dengan kebolehan saya mengendalikannya
Jadi semuanya terkebelakang beberapa minggu (dan mungkin juga bulan)
Cuma, saya suka menulis
Anda tunggu disitu ya, boleh kemana mana cuma kembali jika teringat semula!
Tahun baru 2012 kami sekeluarga di Janda Baik, Pahang
Saya dah tau apa azam saya
(Ambil masa 23 hari untuk mengenal pasti azam sendiri – ekeke)
Saya mulakan dengan …
1) Buktikan yang saya boleh berkata ‘Tak apalah, lain kalilah beli’ kepada baju ataupun kasut yang sangat saya suka. Beg pun termasuk.
2) Habiskan sebuah buku setiap minggu sebelum membeli buku baru (semula).
3) Cuci muka setiap kali sebelum tidur (Eh ini bukan rutin ke..ekeke)
Cukup 3 dahulu, banyak banyak nanti ah semputt…
Mencecah usia 30 tahun (ke dicecah), saya semakin kurang risau
Mungkin itu yang orang putih panggil ‘maturity’ berbanding usia 18 tahun sikit sikit nak sendu
Tapi kebelakangan ini saya risau
Seperti mampukah saya mengekalkan kesegaran dari pagi sehingga ke malam dihadapan anak anak
Juga kuatkah saya untuk homeschool anak anak
Macam saya lebih suka aktiviti tidur petang beramai ramai..hihi
Bila saya risau, saya cari cara cara mengatasinya:
1) Makanan tambahan kah? Seperti nasi tambah?
2) Hantar anak ke preschool supaya yang pakar dapat melakukan kerja mereka?
3) Update blog setiap hari supaya saya tidak risau kerana dapat ‘bercakap’
4) Cucuk tang sana cucuk tang sini supaya lebih segar dari ladang?
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi – Ia milik anak-anak-anak
LUNALIS ZARAI
Jika anda suka saya menulis hari hari mau, ikuti langkah dibawah
1) Layari Link Social Media Award Malaysia dimana blog ini tercalon didalam “Best Lifestyle Award”
2) Anda perlu Sign Up sebelum mengundi
3) Undi http://www.diyaluna.com/diary
4) Saya akan bersemangat menulis perkara berfaedah kerana Motherhood is a Lifestyle
Dum dam dum dam bunyi mercun di malam Tahun Baru Cina, isk.
Related posts:










kak sue..sokong acik sue 115.5% hehehehe…sudah voted ye…
Salam Sue,
Boleh tanya kat mana Sue beli stokin putih Alya tu? Dah cari di kedai2 bayi tak jumpa. Thanks ye
Hehe..azam sue sama dengan tekad dalam hati saya jua..semoga berjaya ye..