Bagaimana Mengeluarkan Caruman KWSP Untuk Membeli Rumah

Bagaimana Mengeluarkan Caruman KWSP Untuk Membeli Rumah

Mati mati saya ingatkan harini Cuti Raya Cina
Jadi macam relaks santai mandikan anak nak pergi sekolah
(Cuti Raya Cina tapi anak sekolah?)
Entah, sel sel dalam otak saya tak berhubung agaknya pada waktu pagi

Sampai incik suami tanya “Sue bangun pukul 5 pagi tapi tak update blog pun?”
“Harini kan cuti..”
Haaa…main main…blogger pun ada hari cuti tau…ekeke
“Esoklah cuti”
Keh keh..jadi itu adalah sebab mengapa saya lewat update blog
(Boleh diterima tak?)

Saya berada di hadapan bangunan KWSP Dataran Shamelin Perkasa
Bagi tujuan pengeluaran wang untuk pembelian rumah pertama

Dah lama dah kami nak ke mari
Tapi tak berkesempatan (ah alasan cliche) Keh keh
Langkah pertama untuk mengeluarkan wang caruman KWSP ialah :

1- Mempunyai wang didalam Akaun 2
(Caruman KWSP setiap bulan kita akan dibahagikan kepada Akaun 1 (70%) & Akaun 2(30%) dimana Akaun 1 hanya boleh dikeluarkan semasa berusia 55 tahun nanti untuk simpanan hari tua. Sementara Akaun 2 boleh dikeluarkan bagi beberapa tujuan seperti pembelian rumah pertama, pembiayaan pengajian atau perbelanjaan perubatan)

2-Buat 2 salinan (photostat copy) untuk setiap dokumen yang diperlukan sekiranya anda suami & isteri mengeluarkan wang bagi rumah yang sama.
Dokumen yang diperlukan adalah seperti didalam link ini

Bagi rumah yang sudah siap urusan jual belinya, geran asal rumah berada pada pihak bank.
Jadi anda perlu meminta peguam anda membuat 2 salinan berserta ‘salinan disahkan benar’ dan tandatangan.

3-Bawa salinan buku bank yang masih aktif dimana wang pengeluaran akan dimasukkan kedalam akaun tersebut.

4-Lengkapkan borang dan hantar kepada pegawai yang berkenaan. Urusan akan mengambil masa kurang 20 minit sekiranya semua dokumen sudah lengkap.

5-Tit tit tit…dalam masa kurang daripada 2 minggu, wang tersebut akan dimasukkan kedalam akaun bank anda. Oh ya, jumlah maksimum wang yang boleh dikeluarkan ialah 10% daripada harga jualan rumah. Maksudnya jika harga rumah ialah RM100,000.00 anda boleh mengeluarkan maksima RM10,000 (hah, kayo acik…ekeke)

Oh gambar selingan ialah ketika Acik Sue request untuk penyata EPF/KWSP
Mudah cepat dan pantas!

Selain itu, kami juga mengisi borang Penamaan KWSP dimana kami meletakkan penama (suami/isteri) sebagai wakil untuk menguruskan wang KWSP sekiranya berlaku apa apa yang tidak diingini.

Dalam kebanyakan kes, bagi pencarum yang tidak menamakan sebarang penama (juga digelar WASI), wang caruman mereka akan diuruskan oleh Amanah Raya Berhad yang akan mengambil masa lebih lama untuk dikeluarkan.
(Betulkan saya jika saya tersalah fakta ya!)

Proses Penamaan KWSP lebih mudah. Hanya salinan kad pengenalan diperlukan dan selepas mengisi borang dengan lengkap, semuanya akan direkodkan!
Selamat menguruskan urusan ya kalian!

-Bukan Pegawai KWSP-

468 ad

8 Comments

  1. huhu..sblm ni xpenah kuarkan duit ke beli umah..umah yg skrg ni duduk bkn umah baru ke..selain tu leh gak bayar ansuran rumah tetiap bulan dr acc dua gak tapi ade limitednya la..

    Nurul, baru sekarang nak keluarkan KWSP. Acik kayooo….(sekejap)
    Bayaran ansuran perumahan dari Akaun 2 boleh dikeluarkan sebanyak RM100 sebulan.
    Hah, nak apply bahagian customer care KWSP lah..hihi

  2. eh eh, sama pulak kita. baru je semalam acik cetak penyata kwsp, tapi tak snap pic masa nak tekan2 kat kiosk tu. (malu, orang ramai. acik pemalu orangnya. hihi). Untuk buat penama acik layak, tapi untuk keluarkan akaun 2 buat beli rumah pertama belum layak. tunggu lima tahun lagi kot. huhu

    Ummi Iffah, masa ambil gambar ni, tiada orang lain didalam bilik itu…hihi
    Selain itu, gambar ini belum cukup berani. Gambar berani ialah penyata EPF berserta amaunnya…kih kih..
    Pengeluaran Akaun 2 dalam masa 5 tahun nanti, Pidus buleh beli banglo…waaahhh…Amin…

  3. sue, aku kuarkan duit kwsp nak beli umah khamis minggu lepas, semlm dh dpt. cepattttttt, kaya sekejap kekekeke.

    Ha a, Sue buat minggu lepas juga. Harini dah dapat. Terus gatal bahagian bawah leher! Hihihi…

  4. dah selamat dah pun sue withdraw lasy year…akaun 2 = 0…waaa

    Mirah, Akaun 2 Sue pun 0 yilek puchik. Mengharapkan sinar daripada caruman caruman bulan hadapan pula..ekeke
    (Mujur Akaun 1 tak buleh digunakan..iskk)

  5. mama haninye kwsp ada habuk je kak sue…..gomenlah katakan….hehe…

    Mama Hani, gomen tidak dapat KWSP kah dear? Diganti dengan pencenkah? Acik Sue taktau..hihi

  6. salam sue,

    yaaa selain keluarkan utk bli rumah boleh juga dikeluarkan untuk melabur dalam unit trust mcm public mutual. eh tapi itu daripada akaun 1.

    haaa kalau acik sue nk melabur dalam unit trust selain ASB spt Public Mutual silalah kontek kami ye

    *iklanlah pulak. hehehe

    (^_^)

    Kak Yati, kami memang berminat dengan Unit Trust yang Islamic (Ittikal kan namanya?)
    Kalau Kak Yati dan Abg Zaki ke KL, telefoni kami ya!
    Wah! Boleh keluar akaun 1! Menarik!
    (Mata bersinar sinar..ekeke)

  7. salam sue,

    nak tanya kalau nak keluarkan KWSP akaun 2, mesti ada dua nama ker…
    mcm ni, intan nak wat pinjaman perumahan kerajaan n suami kejer swasta nak bantu keluarkan kwsp akaun 2…
    cam ner yer?
    perlu ada nama bersama atas untuk wat pengeluaran tu ker?

    -mohon bantuan-

    Intan, Sue rasa Intan perlu ke KWSP untuk mendapatkan maklumat lanjut kerana Sue kurang arif.

  8. Sue Hanim |

    bukan ker duit dlm akaun 2 tu akan dapat semua… utk pertama kali beli rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect with Facebook

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: