Impacted Wisdom Teeth/Kisah Gigi Geraham Bongsu

Hampir seminggu gigi dan gusi saya berdenyut denyut
Dari dalam cermin bilik air saya lihat gigi geraham bongsu yang sepatutnya comel (sebab dia anak bongsu) berada didalam keadaan yang tidak comel seperti gambar dibawah

Gambar daripada link www.ndc.com.sg

Geraham bongsu atau digelar ‘wisdom tooth’ akan tumbuh pada usia 16 sehingga 25 tahun dimana manusia mencapai usia kematangan “the age of wisdom”
Acik Sue berusia 25 lah! (haha, tiba tiba!)

Wisdom teeth biasanya tumbuh pada kedudukan third molar
Ia juga ada 4 batang (2 atas, 2 bawah)

Hampir 35% wisdom teeth yang tumbuh menyebabkan kesakitan apabila ianya tidak dapat tumbuh dengan betul berikutan faktor faktor seperti saiz rahang mahupun saiz gigi seseorang
Biasanya menyebabkan kesakitan kepada gigi itu sendiri dan boleh menjangkiti gigi yang berada pada second molar

Ianya dapat dikesan seawal usia remaja melalui X Ray yang dilakukan seperti dalam gambar dibawah
Biasanya X Ray diambil untuk mengesan samada patient mempunyai patience okeh tak lawak
Sambung semula, untuk mengesan perkara perkara yang tidak boleh dilihat oleh pandangan mata
Seperti jarak saraf dengan gigi atau kedudukan wisdom teeth tersebut
Mahupun gigi yang berlebihan (dan tersembunyi dalam gusi!)

Gigi geraham bongsu yang tumbuh separuh boleh menyebabkan masalah gusi.
Malah kedudukannya yang jauh menyukarkan anda memberusnya.
Geraham bongsu yang tumbuh separuh menimbulkan kesakitan.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘impacted’.
Geraham bongsu ini tersekat pertumbuhannya kerana rahang tidak memiliki ruang yang cukup untuk semua gigi. Ini disebabkan gigi anda tidak tumbuh dengan susunan yang betul. Mungkin sebahagiannya senget atau tidak teratur. Atau mungkin juga rahang tidak cukup luas untuk kesemua gigi.

Masalah geraham bongsu yang begini memang sangat biasa ditemui. Begitupun masih ada mereka yang tidak mengalami masalah. Malah mungkin langsung tidak menyedari, gigi geraham bongsunya sedang tumbuh!

Gigi geraham bongsu yang tersekat boleh mendatangkan masalah. Ia mudah memerangkap sisa makanan dan plak. Ia menyebabkan kawasan itu bengkak, sakit dan mulut berbau. Ia juga kadang kala boleh merosakkan gigi yang lain kerana jangkitan.

Jika geraham bongsu itu tidak berfungsi, mereput, mengalami jangkitan atau mengganggu kunyahan, ia mungkin perlu dikeluarkan. Begitupun, setiap kes berbeza dan hanya doktor yang boleh memastikan sama ada ia perlu dikeluarkan atau tidak.

Sudah sudahlah acik-Sue-sekejap-nak-jadi-reading-teacher-tak-lama-lepastu-nak-jadi-doktor-gigi-pula
Kita serahkan pada yang pakar iaitu appointment 9.30 pagi bersama Dr Syafeera..hihi

Dr kata “hui teruk ni $%@&**#$*”
Keh keh..tidak tidak..ianya tidaklah sekejam itu
Doktor gigi dan pembantunya yang makin lama makin cantik takkan sampai hati melukakan hati acik Sue kan kan..

Kali terakhir saya anak beranak ke klinik gigi di entry ini


Selepas berdiskusi, saya ambil keputusan untuk menampal sementara gigi ini
Gambar saya sedang mengambil ubat kebas-tak-ingat-apa-namanya

Kemudian kemudian nanti baru saya datang untuk cabut impacted wisdom teeth ini
Kerana ianya memerlukan minor surgery, surgeon dll ..fuhh

Bukan, bukan saya takut cuma memerlukan lebih masa untuk bertenang (kih kih kih)

Cara pencegahan impacted wisdom teeth ini ialah mencabut lebih awal semasa berusia remaja belasan tahun
Maksudnya, sebelum gigi ini tumbuh keluar

Sebelum tampal gigi, saya buat scaling terlebih dahulu
Ini berikutan sindrom-nak-gosok-gigi-cepat-cepat yang dialami oleh acik Sue menyebabkan kalkulus (bakteria berkumpul) dan menjadi keras pada bahagian gigi
Ianya juga mengakibatkan gum infection dan mulut kerap berdarah pada setiap kali proses pemberusan gigi

Jangan risau dengan proses scaling ini kerana ianya tidak menyakitkan
Air liur juga disedut oleh mesin yang dipegang oleh adik pembantu
Jadi anda tak perlu risau keadaan air liur berlebihan tapi tak boleh bangun nak kumur di sinki berhampiran

Dah sudah sesi sicantik, giliran teman lelaki beliau pula..keh keh
Suami saya cabut wisdom teeth upper jaw begitu sahaja tanpa surgery!
Mungkin kerana kedudukannya yang lebih mudah dicabut berbanding gigi saya

Cas untuk tampalan sementara : RM40
Scaling           : RM70
Cabut gigi      : RM70
Ubat ubatan : RM30
Ubat kebas   : RM10

Blog Klinik Pergigian Syafeera di link ini
Facebook pula disini

Wajah acik Sue semasa mulut masih kebas
Doktor tanya “Ada rasa apa apa?”
“Rasa gemuk”

Haha..rupa rupanya bukan rasa sahaja, memang sudah gemuk…keh keh…

Sesudah urusan gigi gigi suami isteri, kami ke pejabat
Nampak bunga atas meja kerja
Wahhh..ianya perasaan yang hebat!

Ekeke..terima kasih Kak Yong!
Sepanjang hari bunga itu dicium cium sebab mangi…ha’a MANGI

Nota Mommy Luna : Hargai gigi anda sebelum ianya tiada!

Related Posts with Thumbnails

5 Responses to “Impacted Wisdom Teeth/Kisah Gigi Geraham Bongsu”

  • shogun_na says:

    Sue Chanteks,

    Penerangan yg sgt superb… Good Info…tak ramai yg tahu psl hal ini…Mujo adik ku dokter,dia yg advice utk sy buat surgery atau dgn kata lembutnya, cabut gigi bongsu…

    Kecut semua ada…sempat menengok alat2an mbuatkan mkin kecut… Airmata meleleh tak henti2. Now, hidup tanpa 4 gigi bongsu. Xde lagi isu gusi bengkak dan sakit… Smpai kawan2 tgok, pipi yg bengkak giler itu nekad, xakan cabut gigi bongsu.

    Normally, gigi bwh akarnya sgt besar compared to gigi atas…tue yg kena buat surgery. Dokter ku belah besar sgt, sudahnya bertahun jgk la rasa kebas..sakit kat area lidah, mgkin dah terkena salah satu saraf lidah… ;(

    Suami ku tanya, tak sakit kan? Sakit contraction lagi kan? Alahai….4 kali nak buat, 4 kali la stress tp now rasa happy dan lega…

    Ina, Ina dah cabut siap 4 batang gigi bongsu ke?
    Wahhh..advance dan tak perlu merasa sakit akibat sakit gigi.
    Tapi cerita bengkak, kebas, saraf dan lain lain itu sedikit mengerikan..kih kih (badan yo besar, hati kocik!)
    Sakit contraction laie sakit ye Ina…hihi
    *Cam sakit perut keracunan kan kan*

  • kayong says:

    ekeke… sama2..

    bunga lebih wat antaran kawan nora..

    huuu… teringin nk jumpa doc tu tp takut.. iskk..

    Hooo..buleh buleh, Kak Yong buat appointment dengan doktor gigi terlebih dahulu.

    Sue terfikir….biar je takyah gosok gigi hari hari
    3 bulan sekali baru pergi scaling, ok tak?
    Hihihi..

  • MommaMia says:

    i like this N3!!
    Sue tanya…
    Kalo buat surgery nnti dorang bg antibiotik + ubat tahan sakit
    Ubat2 tu bleh kurangkan susu ke?

    MommaMia, ubat ubat tu tak kurangkan susu.
    Cuma biasanya bila ibu sakit dan tak sihat, beliau kurang menyusukan anak. Jadi susu berkurang mengikut penawaran yang diberikan.
    Jangan risau ya.

  • suliana says:

    igtkan gambar yg atas sekali tu gigi su.. hehe. thun lepas saya buat treatment gigi, terbang 700.. huwaaa.. mahal gile.. tampal gigi, scaling dan rawatan utk elak gigi berlubang.. byk plak tu yg rosaknya.. may be sbb susukan anak, byk kalsium dah hilang.. nanti before prgnant lagi, nak pegi cek gigi lagi.. hehe

    Ha..gigi Sue pun begitu rupanya cuma tiada siapa sudi ambilkan gambar…ekeke
    Wah…sampai RM700! Banyak tu Su!
    Ha a, nanti kita makan dengan sihat supaya mama mempunyai kalsium mencukupi utk menjadi mama yang cantik. Eh..ehehe

  • irdasue says:

    saya dah cabut semua wisdom tooth saya sbb semuanya tumbuh vertical. yg terakhir ialah satu hari selepas kelahiran imaan..oh!!saya harus berpantang+sakit gigi.

    Hooo…apakah perasaan berpantang+sakit gigi?
    Ya ya, alang alang berpantang makan ye…
    Tahniah Irdasue atas kekuatan anda! Hihihi..

Leave a Reply

Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.

    Feel free to communicate through my email info'at'lunatots.com for seminar arrangement

    Whatsapp 0129449515
    LIKE my Facebook pages:
    Suraya Ali
    Lunatots Cloth Diaper
    The Milk Story
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

Announcement
OFFICE : 0392265152 LUNATOTS HQ 32G JALAN DANAU LUMAYAN 1, BANDAR SRI PERMAISURI, 56000 CHERAS KUALA LUMPUR HOTLINE LUNATOTS : 0102414050 /0125502515
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Luna’s Shop
http://www.lunatots.com/shop
Readers
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: