Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
Nuffnang ADV
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Luna’s Shop
Tweets

Selamat Tahun Baru 2011!
Apa azam tahun baru anda?
Hihi…saya tak berani berazam untuk mengupdate blog setiap hari sebab berazam dari 1 hari bulan, bawa ke 7 haribulan baru boleh realisasikannya
Entry Hari Pertama Persekolahan Zikry perlu disegerakan supaya tidak dipublishkan semasa hari pertama dia di sekolah menengah pula..ekeke

Saya perlu berazam sesuatu yang lebih praktikal seperti
Mandi 2 kali sehari dan buang air besar setiap hari (nyeh nyeh)
Sebab saya sampai hati masuk bilik air dan biarkan anak menangis diluar atau dibantu pegang orang lain berbanding blogging semasa mereka sedang berjaga
Mungkin bila anak anak dah besar sikit dan bila dah pandai main sendiri
Mommy ada masa sambung blogging shopping etc etc

Pagi ini saya tidur jam 9.30 mlm dan cuba bangun jam 3 pg untuk menulis
Bawa ke jam 5 pagi baru tidur semula dan confirm pagi esok mata memberontak nak bangun sebab konon kononnya tak cukup tidur…ekek
Siap kira pakai jari berapa-jam-dapat-tidur-lepas-tolak-anak-terjaga-menangis-pee-dan-minum-air

Teringat nak cari ‘How Many Hours 29 Years Old Needs to Sleep’
Sebab saya masih terngiang ngiang yang kita kena tidur 8 jam (Masa Remaja)
Dan acik Sue, anda bagaikan remaja yang terperangkap dalam badan wanita berusia 29 tahun sebab memerlukan tidur terlalu banyak
Walau dalam masa yang sama, kedutan dan penuaan terus berlangsung juga..kekek

Jumpa!
—-
A full adult sleep cycle is approximately 6 hours long, anything over 6.5 is not normally medically required…
->Adults sleeping less them 6 hours usually show signs of memory problems and obesity
->People sleeping more 7-8 hours, are usually just as healthy as the 6 hours per day, if not healthier; However, for some reason they die earlier! This is an undeniable fact. What is unknown is why
->People sleeping more them 8 hours, will not only die sooner but experience of side effects
->Naps are EXTREMELY HEALTHY. Between 8-12 hours after waking from your primary sleep block, it is a good idea to take a 15-30 minute nap.
->Anything over 30 minutes will begin to disturb your primary sleep block and begins to get unhealthy.
->Anything under 15 minutes should still be taken!!! If you only have 2 or 3 minutes then learn meditation then close your eyes and do it!
Napping will improve your mood, allow you to think better and clearer, and improve your overall health.

—-
Gambar hari pertama Zikry tertidur balik dari sekolah
Baiklah, sebenarnya yang betul betul tertidur ialah emaknya
Sementara beliau leka bermain disekeliling radius saya
Bila dia lihat saya tak bangun bangun, dia join sekaki..ekeke

Uniform belum dapat sebab saiz S tak available lagi
Boleh pakai pakaian bebas sepanjang minggu ini

Malam sebelum Zikry sekolah, yang nerves ialah ibubapanya
Nerves nak keluar rumah awal pagi
Dah beberapa tahun tak keluar rumah sebelum jam 9 pagi
Meredah jem, rebut jalan dengan kereta sebelah, pandang pandang menung menung dalam jem

Saya juga nerves tentang bagaimana-Zikry-mandi-pagi-fuhhh
Zikry kata air di Malaysia ni sejuk..ekeke

3 hari pertama adalah Orientation Day untuk anak anak disini
Ibu bapa dibenarkan masuk pada 15 minit pertama sahaja
Dan diminta meninggalkan anak anak kepada cigu cigu yang terlatih
Saya temankan Zikry dengar cerita dan lagu terlebih dahulu

Saya rasa saya berada di dalam kelas selama 30 minit pertama (atau lebih) !
Carikan kerusi untuknya
Temankannya makan bahulu
Berinya buku dan ajak teman sekelasnya berbual seperti ini:

“Oh..there’s 2 boys : Mikail and Zikry!”
(Sambil tunjuk buku angka 2 yang mempunyai gambar 2 boys-Adam&Abu)
Mikail : No no, this is Mikail. Ini pun Mikail
Zikry : Ehhhhh..kasila satu Zikry!
HAH…okeh dah tu, dah boleh berebut…ekeke

Sampai bila teacher ajak line up sebab nak main di playland
Baru Zikry seronok beratur di barisan boy dan sama sama choo choo train dengan kawan baru yang lain
Saya tinggalkannya masa dia main di playland

Mirah yang bertanyakan gambar ibu menanti di luar pintu sekolah, Sue tiada gambar tersebut kerana masuk dalam kereta dan tertidur…hihi
Buruk weh melihat mak mencari posisi tidur yang selesa dalam kereta sebab sangat mengantuk bangun awal siapkan anak dan sarapan
Padahal orang lain tak tergugat pun macam Kak Ina dengan 4 orang anak, saya kagum dengan Kak Ina!

10.30 pagi, kesat kesat mata terus ambil Zikry balik sekolah
Riuh mulutnya bercerita
“Iki school, mommy work. Mommy work angkat barang, hantar barang”
(Hah, boleh imejin Zikry jawab pada cikgu tentang pekerjaan ibu bapanya…ekeke)
Katanya “Iki tak nangis pun. Harini ada raaaaaamai oghang menangis”

Masuk hari kedua sekolah “Mommy, harini ada 2 saja oghang menangis”
Sebab apa hari kedua ada 2 orang sahaja menangis?
Bukan sebab anak anak dah semakin biasa, tapi sebab Zikry sampai sekolah lewat jam 10 pagi (jalan jem teruk)
Oghang lain dah penat nangis dah dek non awok baru sampai sekolah…kekek

Tips Menghantar Anak ke Sekolah/Pre-school dari Acik Luna:

1. Tidur awal dan bangun awal
Lebih awal anda bersedia, ianya lebih mudah bagi anda dan keluarga bersedia dengan perkara perkara diluar dugaan seperti tiba-tiba-nak-underwear-kuning atau pagi pagi nak makan nasi (macam Zafran..hihi)

2. Pastikan semua peralatan anak sudah dilabelkan dengan namanya
Botol air, bekas makanan, beg, pensil, pemadam dan lain lain. Maklumlah yang bawa beg Ben 10 ada 4 orang, beg Chuggington 3 orang, Mickey Mouse, Upin Ipin, Princess pun beberapa orang (angka hanya anggaran)..hihi
Ajar anak untuk mengenal namanya di beg supaya tak tertukar seperti  ”Ha..beg Iki ada nama Z-I-K-R-Y bunyinya Ammar Zikry!”

3. Bawa seluar dan seluar dalam extra
Hari awal awal disekolah kadang kadang membuatkan anak malu tapi mahu nak beritahu cikgu untuk ke tandas jadi probability untuk ter’pee’ didalam seluar itu agak tinggi ya adik adik..hihi

4. Beritahunya berulang ulang bahawa dia akan kesekolah untuk bermain dengan kawan kawan dan mama pergi berkerja (bukannya meninggalkannya)
Acik ulang ulang tips ni, anak tak mahu terima kenyataan juga…ekeke
Katanya “mommy tunggu la sini”
Hari pertama dia, saya cuba tinggalkan handbag saya untuk dia ‘jagakan’ tapi tips itu tidak menjadi kerana nanti nak bayar makan mamak bawah bagaimana…kekeke
Hari kedua, saya beritahunya saya nak turun ke kereta ambil handbag
Ralat woh meninggalkan anak ketika dia sedang yang menangis
Karang acik nangis sama lebat macam peserta yang kena AF undi keluar tu karang …hihi

Saya beritahunya “Mommy orang lain semuanya tiada”
Memang mak orang lain semua dah bekerja, anda masih disana ya!

Saya segan dengan cikgu sbb sempat saya tolong cikgu ajak anak anak beratur
Tolong 2-3 org anak anak yang nak pee di toilet
Sementara menanti mood Ammar Zikry sesuai dengan keadaan semasa dan mula involved dengan kawan kawan yang lain
Nanti mommy apply jadi reading teacher atau auntie bawa van sekolah ke di sini ya Iki!

5. Beritahunya anda akan kembali
Anak anak belum mengenal waktu seperti “Zikry sekolah 3 jam sahaja, mommy dulu asrama pagi sampai malam prep bla bla bla”
Eh melalut!
Ok, maksud saya, beritahunya –>’Mommy akan datang semula ambil Zikry selepas Zikry habis main dengan kawan kawan’ berbanding ‘Mommy datang 3 jam lagi’

6. Tiada perjanjian bersekutu
Seperti kalau Iki pergi sekolah harini, dapat aiskrim cornetto..hihi
Give him a bright smile dan beritahunya dia akan OK dan gembira di sekolah bersama kawan kawan berbanding menjanjikannya ‘sesuatu’
Oh, tapi bila kami gegham kami cakap “Kalau Iki naughty, tak buleh ikut mommy dan daddy work”
“Hooo…macam adik yang kena tinggal dirumah?” tanya nya semula- nak-jawab-macamana?

7. Jemputnya tepat pada waktu tamat persekolahan
Hari pertama di sekolah dan mak ambil lewat?
Uwaaaaaaa…. eh eh acik Sue pula menangis…ekeke
Betul, saya tangkap leleh lihat wajah anak yang ibunya belum sampai
Kesian, kalau lah boleh saya buat cerita seperti
“Fatihah, mama minta mommy Sue dengan Zikry tunggu mama sama sama “
(Mama Fatihah lambat jemput beliau)
Mesti cikgu tak benarkan kan, muka kau tak sama langsung dengan Fatihah yang comel tu (kut kut nak mengaku mak sedara belah ayah dia ke)..ekeke

Kembali ke alam realiti, lambat jemput dari sekolah je, bukannya tak bayar yuran sekolah kan..hihi

8. Bayar untuk trial basis sahaja
Saya tak pasti nak letakkan ini bawah tips am atau tips acik Sue namun bagi sesetengah preschool, anda boleh membayar as per trial basis iaitu mencuba sebulan samada anak boleh meneruskan preschool atau tidak
Bayaran masuk preschool agak tinggi dah ala ala masuk kolej swasta
Jom kita sama sama berdoa agar mereka dimurahkan rezeki bagi menampung kos perbelanjaan pendidikan..ekeke

9. Setiap hari adalah hari yang berlainan
Nampak macam harini dia dah OK bukan semestinya esok dia OK
Hari ini riuh mulutnya bercerita mewarna epal, teacher cerita tentang cat warna orange etc etc
Hari esok NO SCHOOL!  Hah sudah…
Ya, expectation..expectation..

10. Usah beritahu tentang hari anda
Contohnya sebaik sahaja mereka pulang dari preschool, tanya tentang mereka seperti apa yang mereka makan
Teacher cerita pasal apa, main apa dan kawan nama apa
Berbanding kita bercerita tentang kita seperti “Mommy pergi Tesco makan McD Prosperity masa Iki ke sekolah tadi”
Sakit hati kan?
Haha!

Okeh, tips tips hanya sebagai sumber bacaan saja saja bagi yang masih mengingati acik Sue yang selalu confuse samada nak putihkan gigi atau pulihkan liang liang minyak pada wajah terlebih dahulu..ekeke

Selamat meneruskan kehidupan!
Dan Zikry, hari pertama awak di sekolah besar maknanya buat kami

Mommy & Daddy

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Hari Hari Hari Jumaat
  2. Puteri Pertama Kami (TIJU)
  3. Hari Isnin Hari Memulakan Twitter
  4. Anak Kedua & Pertama
  5. Keluar Pagi Hari

9 Responses to “Hari Pertama Dia”

  • tq for the tips.. :)

    Salam Aima, nanti buleh applykan masa hantar Mikhail ke sekolah ye..hihi

  • Salam Sue, masa ist day hntr anak ke sekolah mmg mcm tu.
    Kekadang mak yg over kan. Hihi.hntr aisyah kali ni dia ok je, sbb ni thn ke-2 dia kat sekolah tu.

    Aisyah dah senior tahun ni..hihi
    Harini hari ketiga, Sue dah boleh adjust waktu tidur ibunda..ekeke

  • wah..besarnye beg iki..;) dalam beg kakak iffah ade pony 5 ekor..bwak pi school..

    Haha Sya : Ye ke Sya, Iffah bawa kawan ye. Qistina bawa apa pula?
    Iki bawa nugget dan sosej.

  • comelnya iki.auntie rasa mcm nak ikut iki pergi sekolah je gantikan mommy…hihihi

    Hihi Mirah : Nanti anak anakmu bagaimana..kena masuk sekolah sama Iki..hihi

  • cepatnya masa berlalu. iki dh masuk skolah! rasa mcm baru je memandu sorang2 gi carik dewan alang kawin. kekeke. ayg dpt bayangkan cara iki cakap. iki budak baik, bijak, insyaAllah dia dpt sesuaikan diri dia dgn cepat. :)

    Ayg, Iki baru preschool, belum darjah 1 (tiba tiba defensif amat..ekeke)
    Maksudnya, baru lagi Ayg datang kenduri kawin Alang tempohari dan terima kasih Auntie Ayg, Iki akan cepat belajar!

  • Watie:

    armand tade drama2 time nk msk school dulu..lebih sronok gi school dr dgr mama die bebel kot..huhu..time konsert last year siap bisik ngn ayah die “ayah bleh balik..sume kawan tade ayah” :P

    Wah Armand big boy nih..hihi. Pandai!

  • qas:

    haih. time flies. tibe2 iki dah beso dah. :)

    Hah, mana pulak tiba tiba.
    Beritahu Kak Sue, macamana Amani boleh tiba tiba ada? Hihi..

  • MaMa:

    wah.. iki dah sekolah.. sue anta kat kindy mana tue.. besar tempatnya.. :)

    MaMa, preschool dekat dengan Bandar Permaisuri tak jauh dari ofis Sue. Yang besar ialah KK Mart dibahagian bawah preschool, sonang omak beli aiskrim..hihi

  • zira:

    memang mak yg nervous lebih drpd anak. si wafi baru masuk sekolah thn ni..nk masuk 5 thn dh. siap ckp “wafi pi sekolah, mak dok umah elok2 tau..wafi dah besar, adik kecik lagi”…huhu..tetiba terasa dah besar betul anak bujang mommy ni…

    Pandai Wafi.
    Zikry masih hok hek hok hek lagi…hihi
    Hari hari kena reka cerita menarik supaya dia mahu ke sekolah dan boleh ditinggalkan.

Leave a Reply