Artikel ditulis untuk Majalah Mingguan Wanita kolum Permata Hati Jan 2011 (sebelum diedit oleh journalist)
Saya kongsikan sebab saya takut dengan masa yang singkat dan terkejar kejar, semakin sikit saya menyumbang.
Cabaran acik Sue –> menyusun sebaik mungkin tentang susu ibu dalam ayat yang ringkas dalam 2000 patah perkataan (dalam masa 2 jam) dengan niat, ada yang terbuka hati untuk menyusukan anak
Dan terus menyusukan walaupun kembali berkerja.
Selamat membaca!
—
Polisi Penyusuan Susu Ibu Dunia dan Malaysia ialah : Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja sepanjang 6 bulan pertama dan meneruskan penyusuan sehingga usianya 2 tahun. Makanan pelengkap dimulakan pada usianya 6 bulan.
Polisi ini jelas menyatakan HANYA susu ibu SAHAJA makanan bayi untuk 6 bulan pertamanya dan penyusuan masih diteruskan sehinggga anak berusia 2 tahun. Nyata susu ibu sahaja tanpa air suam mahupun susu tambahan mampu memenuhi khasiat yang diperlukan sepanjang tumbesaran bayi.
Bila dinyatakan susu ibu adalah makanan terbaik, ianya memberikan ruang yang longgar untuk ibu bapa untuk memilih susu mamalia lain. Namun apabila ditekankan bahawa hanya susu ibu satu satunya makanan yang sesuai untuk bayi mereka, ramai ibu bapa mula memahami kepentingan susu ibu.
Kolustrum adalah susu ibu awal
Susu ibu terhasil dalam bentuk KOLUSTRUM pada minggu pertama kelahiran. Kolustrum ialah susu awal yang likat dan berwarna jernih malah terhasil dalam kuantiti yang sedikit. Ramai ibu bapa beranggapan bahawa susu mereka tidak cukup untuk bayi namun hakikatnya perut bayi yang kecil (hanya sebesar ibu jari) pada 3 hari pertama tidak memungkinkan mereka minum dengan banyak seperti yang ibubapa jangkakan. Cukuplah kolustrum yang mengandungi antibodi untuk melindungi anak kita daripada jangkitan penyakit. Kurang lemak, tinggi karbohidrat, tinggi protein dan mudah dihadam. Kolostrum juga membantu mengkumuhkan mekonium (najis pertama bayi di dalam kandungan) dan bilirubin serta seterusnya akan mengelakkan jaundis (demam kuning).
Kolostrum mengandungi immunoglobulin A (IgA) yang menyaluti saluran pencernaan bayi untuk melindunginya daripada jangkitan kuman terutama daripada mukus pada trakea, esofagus atau di sepanjang saluran pencernaan atau kuman-kuman daripada persekitaran.
Antara tips untuk menjayakan penyusuan susu ibu ialah ‘menyusukan bayi seawal dan sekerap mungkin pada tempoh awal kelahiran’. Mengikut case study, lebih awal ibu dapat menyusukan bayi selepas melahirkan, semakin panjang tempoh penyusuan tersebut dapat direalisasikan.
Hospital Rakan Bayi juga memainkan peranan yang penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Hospital Rakan Bayi mempunyai anggota perubatan yang terlatih dan memahami kepentingan susu ibu dimana tiada susu formula mahupun botol tiruan dibenarkan dibawa di hospital.
Kolostrum akan digantikan dengan susu matang dalam beberapa hari kemudian. Ia hanya hadir pada hari hari awal kelahiran sahaja, berikan peluang untuk bayi mendapat imunisasi semulajadinya yang pertama pada hari-hari pertama hayatnya supaya dia dilindungi daripada kuman-kuman yang ada di persekitaran kita ini.
Sebaik sahaja ibu pulang dari hospital, cabaran lain bermula. Sokongan insan sekeliling seperti ibu bapa dan keluarga mertua amat diperlukan pada waktu ketika ini. Bayi yang baru lahir biasanya kerap menangis walau hakikatnya menangis ialah satu satunya cara mereka berkomunikasi. Malangnya kebanyakan tangisan bayi ditafsirkan sebagai lapar dan keadaan ini menyebabkan bayi diberikan susu formula atau makanan tambahan lain (seperti bijirin) bagi membuatkan mereka tidur lena.
Bayi mungkin menangis kerana lapar, takut, sunyi, lampin basah, sakit mahupun mahu mendengar suara ibunya. Susukan bayi sekerap mungkin dan elakkan pemberian minuman atau makanan asing kerana usus bayi yang masih belum matang meningkatkan risiko infeksi dan penyakit sekiranya terdedah awal dengan bendasing. Bayi yang tidur lena dan lama bukan petanda yang baik kerana ia meningkatkan risiko SIDS (Sudden infant death syndrome ) dan boleh menyebabkan bengkak susu terhadap ibu. Susukannya selang 1 ke 2 jam bagi menenangkannya sekaligus melancarkan pengaliran susu ibu yang masih belum stabil.
Cadangan kaunselor : Beri sekurang kurangnya masa 9 bulan bagi bayi menerima keadaan sekelilingnya berikutan 9 bulan beliau berada didalam perut dalam keadaan yang sunyi mungkin menyebabkannya takut dan kerap menangis.
Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya
Bagi ibu yang akan kembali berkerja selepas 2 bulan usia bayi, mereka boleh mula memerah susu pada usia bayi 2 minggu. Susu boleh diperah menggunakan tangan (dengan teknik tertentu) atau menggunakan pam susu bergred hospital. Pam yang baik menyokong ibu untuk meneruskan penyusuan kerana sedutannya yang tidak menyakitkan. Ibu boleh memerah susu semasa anak tidur atau mengepam sebelah payudara semasa menyusukan anak.
Susu yang diperah boleh dilabelkan dengan tarikh dan disimpan 3 oz satu bekas didalam peti sejuk. Susu ibu tahan selama 3 bulan didalam peti ais 2 pintu. Cadangan kaunselor : Ibu mendapatkan sekurang kurangnya 20 botol 3 oz = 60 oz sebelum kembali berkerja.
7 hari sebelum masuk berkerja, ibu boleh mula menghantar bayi ke -rumah pengasuh bagi melatih bayi minum susu ibu perahan (SIP) sewaktu ibu pergi berkerja. Ibu boleh memulakan dengan 3 jam (pada hari pertama) dan jumlah jamnya ditingkatkan hari demi hari.
Untuk hari pertama berkerja, ibu boleh meninggalkan 5 bekas 3 oz = 15 oz susu ibu untuk anak mereka kepada pengasuh. Susu ibu ini perlu direndam didalam bekas air suam sebelum diberi kepada bayi. Bayi yang minum susu ibu akan minum dalam kuantiti yang sedikit namun kerap.
Sepanjang berkerja di ofis (katakan 10 jam), ibu perlu mengepam 3 jam sekali 20 minit sebelah payudara sepanjang di ofis. Pengepaman di ofis ini penting untuk membekalkan susu kepada bayi sekaligus memberitahu badan ibu untuk terus menghasilkan susu. Ini kerana jika tiada (atau kurang) signal yang dihantar kepada badan, badan akan berdikit dikit menghasilkan kurang susu. Signal terhadap badan boleh dihasilkan dalam 2 bentuk iaitu bayi menyusu secara terus dengan ibu dan yang kedua ialah ibu mengepam selang 3 jam.
Jarak yang terlalu jauh antara tempoh pengepaman juga boleh menyebabkan susu ibu berkurangan (seperti mengepam hanya sekali sepanjang 10 jam). Makanan tambahan mahupun suntikan hormon boleh membantu penyusuan susu selagi badan menerima 2 signal yang dinyatakan seperti diatas.
Perbincangan bersama majikan adalah diperlukan bagi menjayakan penyusuan susu ibu kerana ibu perlu keluar mengepam selang 3 jam dan keadaan ini mungkin mengambil waktu berkerja. Kebanyakan majikan semakin menyedari kepentingan penyusuan susu ibu terhadap keluarga amat menyokong penuh tindakan ibu dimana mereka berbesar hati menyediakan bilik penyusuan khas untuk ibu mengepam susu.
Mengikut beberapa kajian yang dijalankan oleh jabatan human resource, ibu yang menyusukan anak lebih jarang mengambil cuti kerana anak sakit berbanding ibu yang menyusukan anak dengan susu formula. Ianya satu kelebihan untuk majikan dan syarikat itu sendiri berikutan produktiviti yang meningkat dengan penyusuan susu ibu.
Penyusuan susu ibu diketahui umum memberikan antibodi yang ada didalam badan ibu kepada bayi. Keadaan ini adalah berfaedah kepada bayi kerana sudah memiliki antibodi tanpa perlu sakit terlebih dahulu.
Ramai ibu susah hati dengan 2 tahun kerana risaukan mereka tidak menghasilkan susu yang mencukupi sepanjang tempoh itu. Sokongan suami, keluarga, pengasuh bayi dan rakan sekeliling amat diperlukan dalam menjayakan usaha ini. Bayi yang minum susu ibu tidak minum susu sebanyak bayi yang minum susu formula. Ini berikutan kuantiti 3 oz yang diminumnya untuk sekali minum adalah mencukupi untuk fungsi normal badannya. Susu ibu yang dihasilkan ibu berubah komposisinya mengikut cuaca dan usia bayi. Kebaikan susu ibu ialah ianya bersesuaian dan berkadaran langsung dengan keperluan bayi pada ketika itu.
Seperti yang dinyatakan diatas, bayi yang baru lahir dengan perut yang kecil hanya memerlukan kolustrum susu ibu yang sedikit. Malah susu ibu akan semakin banyak jika bayi semakin kerap dan banyak menyusu.
Penyusuan melalui botol (sewaktu ibu keluar berkerja) tidak dapat dijadikan kayu ukur dalam menentukan berapa banyak bayi perlu minum kerana biasanya bayi akan minum lebih banyak dari yang diperlukan. Ini berikutan ketidakbolehan mereka mengawal aliran susu daripada botol dan tindakan menggerakkan rahang melekakan mereka (lalu menyebabkan mereka menghabiskan susu dengan banyak).
Cadangan kaunselor kepada pengasuh, elakkan memberikan bayi susu pada setiap kali mereka berbunyi sebaliknya cuba tukar lampinnya, pujuk/tepuk perlahan lahan atau ajar bayi menghisap jarinya.
Pada permulaannya, penyusuan susu ibu akan sedikit rumit apabila ianya masih asing dikalangan wanita berkerjaya namun selepas beberapa bulan, ibu dan keluarga akan mula terbiasa dan merasakan kepraktikalitiannya. Ibu bapa yang sedang menantikan kehadiran cahayamata dicadangkan menghadiri Kelas Penyusuan Susu Ibu yang sering dianjurkan oleh kaunselor dan konsultan laktasi di Malaysia.
Tuntutan kerja rumah & menyusukan anak sering bertembung dan ibu akan lebih cepat berasa letih dan memberhentikan penyusuan susu ibu.
Kerana itu perhatian dan sokongan suami amat diperlukan demi meneruskan penyusuan selama mungkin. Seperti yang dinyatakan didalam Al-Quran mengenai kewajipan menyusukan anak sehingga 2 tahun, kerjasama semua pihak amat dituntut.
Bagi ibu yang tidak dapat menyusukan anak (mungkin atas faktor kesihatan), mereka digalakkan mencari ibu susuan untuk menyusukan bayi mereka. Ini kerana hanya susu manusia yang bersesuaian dengan perkembangan tubuh badan dan otak bayi manusia yang mana susu mamalia lain hanya memenuhi kriteria perkembangan anak mamalia tersebut.
Mengikut Akademi Pakar Kanak Kanak Amerika, bayi yang disusukan dengan susu ibu akan mencapai pertumbuhan yang lebih cepat berbanding jika disusukan dengan susu formula. Ini kerana pertumbuhan bayi dirangsang pada setiap kali proses penyusuan berlangsung. Tahukah anda bahawa bayi menggunakan 44 otot semasa menyusu dengan ibunya berbanding 4 otot ketika menyusu dari botol? Ini menyebabkan bayi yang menyusu susu ibu lebih cepat bercakap, berpusing, meniarap, merangkak seterusnya bertatih dan berjalan. Malah jarak pandangan mata yang tercapai oleh bayi baru lahir ialah antara payudara dengan mata ibu ketika menyusu. Interaksi dan sentuhan berterusan semasa ibu dan bayi sedang menyusu menggalakkan pertumbuhan fizikal dan emosi bayi yang baik.
Penyusuan susu ibu menjadikan anda benar benar ibu bila mana hanya anda yang boleh menyusukan anak anda (semasa ibu dirumah) dan bayi disusukan dengan susu ibu biarpun ibu keluar berkerja.
—
Akak Sue, Cheras
Related posts:




nanti nak minta share ye link ttg info ni kat blog..sangat bermanfaat dan dapat memberi penjelasan bagi yang masih kabur2 ttg cabaran penyusuan susu ibu
—
Salam Nurul, boleh.
Semuanya berterabur dan Sue berharap disusun elok oleh journalist MW sebelum dikeluarkan..ehehe
salam su.. nak minta copy artikel ni masuk dlm blog aina ye. tq
—
Salam Aina, kalau bermanfaat, harap harap dapat disampaikan ya. Terima kasih Aina
mohon share sue..
salam kak su,
boleh tak kite bagi puting kosong pada baby yg sedang fully bf?
sy dh buntu ni kak, baby still nanges2 ble cabut botol dr mulut even dh bg 3oz per feeding every 2-3hrs. rasanya dia kenyang dh, cuma nk isap puting tu je. baby baru 1mth+. tgh train baby guna botol sbb nnti dh nk start keje n anta baby kt nursery.takut nyusahkn org nursery je.ngn saya bleh la pujuk2,dukung2 keliling. even sy dh cuba cm kak su tulis tu, saya cabut mitten n bg dia isap jari dia. tp tak jln la kak. i need ur advice kak.
thanks
—
Salam Intan, penggunaan puting kosong dibimbangi boleh mengganggu penyusuan.
Intan jangan risau ye, baby baru 1 bulan++. Perlahan lahan nanti dia belajar yang mama pergi kerja dan dia berada di nursery jadi kurang ragamnya.
mintak izin share ye..banyak info yg sgt bermanfaat di sini..
—
Ok Ummie, minta dikreditkan semula kepada http://www.diyaluna.com ya
tq kak, bb saya dh 2 bln+ dh..puas hati bile tgk dia mmbesar hanya dgn susu mama dia..huhu..syukur sgt dia ok..
skrang dia suka isap penumbuk dia,kdg2 mcm dikunyahnye jari2 dia..tp tak kesah la jnji dia tenang..saya bekalkan 7-8 x 3oz susu utk dia sehari, kalau amik dia lmbat habes la susu,kdg2 blebih satu..suma ilmu penyusuan saya dpt dr blog2 ibu yg hebat2 ni..terima kasih eh..
—
Wah Intan, banyaknya susu Intan..Minta sikit..hihi
Selamat menyusukan sehinggalah baby umur 2 tahun dan lebih, insyaAllah.
Kak Sue aminkan dari kejauhan..hihi
Salam su, nk mtk pendapat bantuan..sy sdg nenyusu ke3 dah 4 bln, anak je2 hari tu hingga 2 thn juga. Alhandulillah, dari blog2 ibu BF tegar n kursus BF support group, saya faham all d rules of bf.
Kesilapan saya 2 mggu lps adalah time mgt ketika saya attend 4 dats course di mana masa sgt pack utk pump (saya managed to pump cuma lmbt dari sesi biasa n tekejar2).
Akibatnya mngu berikutnya, susu mengurang! Dari boleh bekalkan 5, jd 3 je sedangkan average bby sy minum 4-5 botol! Saya sgt ssh ht, saya kerapkan pam sbb stok ebm makin kurang tp hasilnya setiap kali pam nasih sikit ( ye, bil.botol bertmbh!). Yg saya pelik, bila bby hisap susu boleh memancut tp bila saya pam @ hans expression, x dpt.. Tak tahu salah di mana
—
Sal cuba hantar pam untuk diservis dan makanan galagtagogues seperti fenugreek mahupun moringa. Mungkin membantu! Pilihan milk booster untuk dicuba di link ini http://www.lunatots.com/shop/index.php?cPath=49&osCsid=8e73d29bd0d15d341436947597a85176
sue..sal mmg dah htr pam servis.Baru je pam tu balik tp sama gak! hehhee…tp mls nak fikir. biarlah, sikit2 pun lama2 jadi gak bukit!!
—
Chaiyok ye Sal!
Sue..Sal dah berjaya atasi tempoh kesukaran itu! Skrg sesi pam kembali menyeronokkan
Satu sesi sal dah boleh dpt 5-6 oz semula…So 2x siang,dptlah bwk balik 10-12oz.
—
Hihi, tahniah Sal. Sekejap je dah jadi bukit semula!
Assalamualaikum..
saya berazam untuk menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya..anak saya sudah mencecah 4 bulan lebih (hampir 5 bulan).
Masalah yang saya hadapi ialah kekurangan stok dan kini saya telah mencampurkan dengan susu formula.saya masih bernasib baik kerana anak saya tidak minum susu formula tersebut dalam kadar yang banyak, mungkin dia lebih sukakan susu ibunya.Namun yang menjadikan saya runsing adalah kedua2 puting saya mengalami luka di sekitarnya dan bila saya memerah darah akan terpancut sekali.sudah 2 kali saya mengepam payudara tapi darah masih lagi keluar.minta tolong jasa baik puan utk eritahu bagaimana nak mengatasi masalah ini.terima kasih
—
Salam Marina,
Marina ada 2 isu disini iaitu:
1. Masalah kurang susu ibu dimana penilaian secara face to face diperlukan. Jemput hadir ke Lunatots Cheras (HQ) untuk sesi kaunseling. Email saya terlebih dahulu untuk appointment di suraya@lunatots.com
2. Mengenai luka di puting, biasanya ia berlaku kerana salah lekapan anak ketika menyusu. Praktis menyusukan dengan cara yang betul boleh membantu.
Selain itu, perubahan hormon seperti sedang mengandung atau sedang datang bulan juga boleh menyebabkan puting lebih fragile.
Marina boleh mencuba krim sapuan pada puting untuk memulihkannya.
Link untuk membeli krim ini ialah http://www.lunatots.com/shop/product_info.php?cPath=24&products_id=591
assalamualaikum kak su..
sy baru je jd ibu bg ank yg pertama..baby sy skrg ni dah 2bln setengah n fully bf..lagi 2week sy nk masuk kije..n sy risau stok xbyk sbb kdg2 sy pam dpt 2oz je..mcm pg td pam kul 7 dua2 belah brest dpt 4oz tu dlm sejam pam…n kul 1ptg td pam dpt 1oz je, tu dua2 belah..brest ade susu lg tp xnk keluar la..risau sy..sy try ank sy susu botol nk ajar dia nnti nk anta nusery..alhamdulillah dia isap..yg sy musykil nape tiap kali baby minum susu yg diperah dia akan berak cair byk lak tu..kalu direct bf xlak baby berak..jarang2..ke susu yg diperah tu kualitinya x ok..atau baby sy nk susu fresh je..ye la sy xde pengalamn 1st time jd ibu..
—
Salam Julie,
Tahniah diatas kelahiran cahayamata pertama ya!
Menjawab kemusykilan Julie, bagi bayi yang minum susu ibu sepenuhnya, jangan risau jika dia jarang buang air besar. Ini maknanya dia menyerap semua nutrien susu ibu.
Mengenai kualiti susu perahan, ianya baik dan ok, jangan risau ya.
Jauh lebih baik daripada susu lembu, insyaAllah.
salam….sy m’hadapi mslh yg mn ank sy kini b’usia 12 hari dan xmau isap susu sy. pd mulanya minum tp sjk sy berikn susu botol krna xckup susu m’ybbkn bb xnk isap susu sy lg. kini susu sy semakin kurang. minta tlg, cmne sy nk atasinya….
—
Salam Tasya, untuk maklumat lanjut, Tasya boleh menghubungi Puan Farah (Sara Kids) atau mana mana kaunselor laktasi untuk mendapatkan kaunseling penyusuan susu ibu. Saya tidak berada di Malaysia pada minggu ini.
Secara ringkas, Tasya dicadangkan menghentikan penggunaan susu botol dan menyusukan anak secara terus. Ini akan membantu susu ibu untuk menjadi lebih banyak berikutan adanya demand anak.
Anak Tasya masih kecil iaitu 12 hari dan masih ada ruang untuk dipujuk, insyaAllah.
Susukan anak sebelum dia menangis kerana lapar iaitu selang 1 jam ya Tasya.
salam kak su..
Hari ni rs sedih la jgk wlpn xnak ikut perasaan sgt..pas raya nnt sy kena outstation ke tempat yg xde peti ais, travel kn naik bot 2,3 jam ke pedalaman utk lawatan projek dan mungkin mngambil masa berhari2, xd hotel tumpang rmh panjang/rmh org asli…sy risau nnt susu saya kurang klu xpam..or nnt saya pam tp terpaksa buang sbb nak maintain production susu..huhu..kak su, sila bagi tips2 bagi saya tak susah hati sgt yer…saya kj gomen kena ikut arahan, saya yang mengikut perintah;) think positif…chaiyok!
AS salam kak sue..
Sy suke entri kak sue nie..ia mmg sgt membantu..untuk makluman sy baru melahirkan 1st baby 1/7/11..skrg baby sy da msk 3bln..Alhamdulillah pd mula nye sy perah menggunakan tgn tp hasilnya xbyk sgt dptla 2oz skli perah..tp bila kwn sy kenalkan dgn breastpump medela Alhamdulillah setiap 3jam sy pump dpt 4oz*3=12oz.lps tue sy ambil jus kurma rmai jugak yg menyatakan bole tmbhkan penghasilan susu..so kwn2 bole cube..
salam k.su. mcm mn nk kurangkan atau atasi bby yg suka gigit puting. br tumbuh gg la ktkan..
—
Izah, kena ‘alert’ semasa bayi menyusu kerana dia ‘mengasah’ gigi dan gusinya ketika dia sudah kenyang