Ibu yang berprasangka baik “Sue tak update blog malam malam sebab buat kuih raya ya”
Hakikatnya, daripada 30 malam Ramadhan, rasanya 2 ke 3 hari je saya dapat berjaga selepas pukul 9 malam untuk buat l
Malam malam lain, tertidur secara berjamaah dengan anak anak ..ekeke
Kuih raya yang ada ialah kuih favourite keluarga
Bukan kuih raya indah indah macam Nian Di Hati Siti ke atau Selagi Ada Ning (Eh ada ke nama kuih begitu..ekeke)
Ini Cornflakes Cappucino namanya
Ramuannya ialah cornflakes..hihi
Resepi sebenar, tidak diketahui cuma anda dicadangkan untuk menempah sendiri dari saya eh dari tuan punya…hihi
Kuih ini sedap, sungguh!
Sesuai untuk hidangan rumah terbuka anda nanti
Ianya ‘fresh’ dibakar mengikut permintaan (tiada ready stock)
Jadi saya order, mahu yang ini beberapa bekas (termasuk untuk dimakan malam malam selepas berbuka puasa)
Ini nasta nenas (favourite acik Sue-nanti soalan keluar kuizkah?)
Tak sabar nak makan masa raya nanti ..keh keh kekdahnya..
Kesemua tart buah ini berisikan jem nenas
Acik tak jumpa jem manggis nak isi dalam buah manggis
Jem jambu air dalam buah jambu air dan berikutnya..hihi
25 hb September nanti datang rumah saya untuk rasa tart ini ya
Kuih tradisi seterusnya, Almond London
Rasa coklat sama sahaja kan, yang penting dalam pembikinan Almond London ialah badannya
Macamana saya tahu?
Sebab saya duduk diam diam semasa pembancuhan..hihi
Ini kuih sarang semut
Bila Iki tanya, saya jawab “sarang ulat gonggok”
Tepung perlu diracik di atas mangkuk2 kertas yang bersusun
Sepatutnya ia menjadi benang2 halus seperti sarang semut
Kadang kadang rasa nak gumpal besar besar membentuk busut..keh keh (dasar pemalas!)
Kuih seterusnya ialah cornflakes madu berkismis..hihi
Gaul gaul, susun dan bakar
Hah, baju raya dah kemas
Kuih raya pun sudah susun

Tinggal nak balik raya mengikut Jadual Perjalanan yang disarankan PLUS
Kami akan pulang ke Kuala Kangsar Yeopp tahun ini
Jika anda mahu menempah kuih untuk Rumah Terbuka ataupun makan saja saja, boleh hubungi no dibawah untuk sebarang pertanyaan
Related posts:













selamat hari raya sue
maaf zahir batin ye
same la sue..tahun ni beraya kat kuala kangsar..hehe..rumah MIL ek