Sejak sejak berumur 28 tahun ni, Mommy Luna membiasakan diri ke dapur
Dah mula risau bila Iki lapar dan ajak makan begini “Mommy, jomla pergi kedai makanan beli makanan” Hihihi..
Berbuka puasa minggu lepas, saya masak ikan siakap stim
Resipi dari sini
Penyumbang resepi cakap, ini resepi yang ringkas
Dalam ringkas ringkas yang dimaksudkan, berpeluh juga saya didapur
Ini resepinya yang saya olah:
Mula mula beli ikan siakap dan minta adik kedai tu siangkan (Kalau di Jusco/Tesco, mereka boleh siangkan)
*Pernah ada adik buat lawak “Dah malam ni kak, macamana nak ‘siang’ kan?”*
Nasib baik kakak-beli-ikan tu kontrol cun dan lebih fokus nak memasak lalu malas nak menjawab…ekeke
Resepi Ikan Siakap Masak Stim (untuk 5 orang makan)
Bahan A :
Seekor ikan siakap sederhana besar + garam + lada sulah + tepung jagung (Perap selama 15 minit)
Bahan B :
3 sudu tepung jagung
3 batang serai (dipotong halus)
5 ulas bawang putih (dipotong halus)
3 cm halia (dipotong halus)
15 biji cili padi (lebih banyak, lebih pedas)
5 keping daun limau
3 batang daun sup dan saderi (dipotong halus)
1 biji capsicum
1 biji tomato
7 biji limau nipis (diperah airnya)
Garam secukup rasa
Campurkan kesemuanya kedalam satu bekas dan gaul hingga sekata
Tak sekata pun tak apa, tapi nanti orang tu dapat tepung jagung je, orang ni dapat serai sahaja…ha macamana? hihi
Bila dah siap Bahan B, campurkan dengan Bahan A (ikan yang diperap tadi) didalam aluminium foil (untuk dikukus)
Mommy yang gemilang terbilang takde sapa cakap kena cakap sendiri ni menggunakan periuk nasi demi menyempurnakan cita cita mengukus ikan siakap
Hasilnya…herm, buleh tahan
Masih banyak ruang untuk mencuba…ekeke
3 rasa yang perlu ada – masin, masam dan pedas
Macam kehidupan, perlu ada rasa gembira, sedih, marah dan ngantuk ..hihi
Nantikan entri kuih raya saya selepas ini!
Related posts:









oo.. mcm tu je.. senang je kan. tapi kena beli periuk kukus .. tak de lagi.. hehe
alang..nie angah taip kali ke-2 sbb yg first failed…huuuhh..selamat hari raya..maap zahir n batin..ikan stim alang buat angah stim nk makan…
—
Angah, selamat hari raya ya.
Raya ni buleh buat ikan stim untuk yang datang beraya..hihi