Sepanjang Ramadhan tahun ini, pertama kali kami suami isteri berbuka puasa di luar dan belum lagi ke Pasar Ramadhan
Niatnya, nak ‘exclusively’ memasak di rumah
Lebih jimat, lebih bersih dan sedap (eh sedapkah?)
Air tangan kan..air tangan…hihi
Semalam kami berbuka puasa di Saloma Bistro atas undangan dari Rangkaian Radio Media Prima HOT FM, One FM & Fly FM
Bertolak dari Cheras jam 4 pm, singgah Amcorp Mall beli penyangkut kunci (motifff) haha
Tidaklah, singgah Amcorp Mall menghantar barang sambil menjenguk kawasan harga rendah berdekatan
Seterusnya ke Saloma Bistro Jalan Ampang
5 pm sampai 6 pm di Federal Highway (berpeluh)
Dari topik Berita Nasional – org buang anak sampailah ke berita sukan Dato Lee Chong Wei kami suami isteri bincangkan
Kereta tak bergerak gerak juga (jem teruk)…hihi
Hihihi…kami pusing pusing lorong belakang Kuala Lumpur bila GPS tiba tiba lost satellite reception
Beberapa kali Puan Sri Haza call tanya “dah sampai mana? GPS jumpa jalan tak?”
“Okeylah ye, nak ambil gambar dengan Fafau…bye!” Gulp! Haha..
Sampai tempat dituju jam 6.45 pm, cari nombor meja yang diberi dan berbual bual sebentar dengan teman semeja
Dari belakang dicuit Rachel
Sebab Sue-bukan-makyong-dah-lama-teringin-bergambar-dengan-FAFAU (Farah Fauzana)
Siap tersenyum terkulat kulat lagi…motiffff!
Tak perlu pun sebenarnya tapi entah kenapa jadi begitu..ekeke
Saya rasa la, saya rasa…sbb belum makan berbuka puasa lagi
Sebab tu senyumannya serba tak kena mata memandang (halohhhhh…hihi)
Lepas bersalaman dengan Fafau, ajak Hunny Madu pula bergambar
Lampainya awak Hunny…
Tak matching dengan acik merah disebelah awak
Nasibbaik Kieran ada disana
Tidaklah segan bergambar dengan Kieran
Lagipun haritu guna suara Kieran untuk talent voice-over suara iklan Lunatots
Kalau bawa Adam, boleh juga jumpa hero Kieran yang dahpun memakai lampin Lunatots
Seterusnya Majlis Berbuka Puasa dimulakan dengan membaca doa berbuka puasa dan doa makan oleh AG
Majlis juga diserikan dengan persembahan oleh artis artis berduet dengan penyampai radio HOT FM
Anne yang manis bertudung, Hafiz AF dan Tini
Bila tiba giliran Black & AG
Oleh kerana suara Black sedap, AG buat pentomen je di atas pentas
Tak berhenti saya makan
Ada nasi berlauk ayam, kambing, ikan, lembu
Ada satay ayam dan daging
Ada laksa Penang, ada cucur, ada buah, ada kuih muih
Licin beberapa pinggang eh pinggan kami
*Dah selesai pinggan saya, saya pindah ke pinggan Haza
Sambil menikmati makanan, terserempak dengan Leeya yang slim
Warna putih membuatkan anda nampak berisi?
Ianya applicable untuk acik Luna sahaja rasanya sbb Leeya kecil sahaja, kan?
Seterusnya persembahan trio dari Leeya, Shila dan Fafau
Anak anak yatim dari Rumah Nur Hikmah mengerumuni Fafau sbb Fafau ajarkan mereka menari robot..ekeke
Di atas pentas ialah bakal pengganti Anne yang akan meninggalkan Hot FM
Untuk mengundi mereka, layari link ini
Makan sudah, minum pun bertambah tambah
Sebelum pulang, jumpa FBI dulu bergambar
Dan AG yang menjadi hos pada malam itu
Sampai ke hari ini saya hairan, kenapa penyampai radio semuanya tinggi tinggi belaka
Kanke dalam radio, tak nampak ketinggian?
Atau orang tinggi mempunyai kotak suara yang lebih baik? Hihihi
Sebelum berjalan keluar dari ruang makan, bergambar dengan rambut Hafiz dulu..hihi
Besar senyuman acik yang dah kenyang, alhamdulillah!
Saloma Bistro memang menghidangkan makanan yang sedap dan mengenyangkan
Panjang umur murah rezeki, kami akan kesini lagi anak beranak
Boleh Iki bermain orkid didalam pasu air..hihi
Terima kasih HOT FM diatas jemputan!
Related posts:



















Di atas pentas ialah bakal pengganti Anne yang akan meninggalkan Lunatots — sape plak anne kat lunatots??
—
Kih kih..Anne ialah assistance di Maju Junction yang juga akan meninggalkan Lunatots (kebetulan)
Acik Sue tersalah taip, Anne meninggalkan HOT FM
hebat.
—
Niji, CEO HOT FM itu hebat.
oh..kita pun ada kat situ…tapi tak join hot fm..makan luar je..
—
Zura, wahh..kalau kenal, buleh bertegur sapa
wah bergambar sakan sue ngn selebriti ek..huhu
—
Hihi..