Komen ikhlas dari teman “Sue, ko hutang entri tu, entri ni, entri tu..”
Ala ala kalau hutang dengan bank, dah masuk kategori bad paymaster dah ni…ekeke
Mengenangkan hutang entri lama yang tertangguh dari bulan 5 ( masa Program Santai Pa & Ma, Vietnam, kelas sana sini)
Saya terus je skip ke entri 2 minggu lepas
Semasa ke Jabatan Bendahari Universiti Malaya (UM) 39 July 2010

Sesi 2 jam tersebut dihadiri oleh lebih kurang 14 wanita dari kumpulan anak dara, sedang hamil juga sedang menyusukan
Ada juga yang hadir demi menuntut ilmu walaupun anak sudah besar, tahniah!
Sesi ini berlangsung semasa waktu solat Jumaat dan dihadiri oleh saya & Puan Haza dari Lunatots Putrajaya
Puan Farah mempunyai urusan lain pada waktu ini
Berehat sebentar menjamu nasi ayam
Uniknya nasi ayam ini bila sayurnya ialah nenas dan bukannya tomato -macam selalu-
Bos bahagian ini ialah Puan Dalila yang pro ke arah menyusukan anak
Tahniah warga kerja Jabatan Bendahari UM, anda mempunyai org atasan yang amat memahami dan menyokong penyusuan susu ibu
Seronok mendengar ulasan Puan Dalila mengenai penyusuan susu ibu
Katanya “Kucing tak beri binatang lain susukan anak, begitu juga anjing. Hanya manusia mempunyai pilihan”
Jom ramai ramai kita susukan anak
Sesi Puan Haza berkongsi Penyusuan Semasa Ramadhan
Lewatkan sahur, awalkan berbuka
Makan kurma atau kismis yang mempunyai gula ringkas yang mudah untuk badan ‘kerjakan’
Minum air sepanjang malam dari waktu berbuka sehinggalah waktu bersahur
Dan ya Haza, Ramadhan sama sekali tidak mengganggu produksi susu ibu
Bergambar kenangan bersama warga kerja disana
Jika dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dan ada jemputan, kami akan ke sana lagi, insyaAllah
Bagi organisasi yang mahu mengadakan Program Bincang Bincang Susu Ibu di tempat anda, emailkan info@lunatots.com
Terima kasih Yati diatas anjuran yang sangat bermakna buat kami dan harapnya dapat dijadikan panduan untuk ibu ibu di UM Jabatan Bendahari amnya
Ibu yang menyusukan kurang mengambil cuti anak sakit
Bukankah ianya tanda produktiviti meningkat?
Salam Sayang,
Puan Suraya merahnya!
Related posts:












Kak Sue, kawan-kawan tanya nota penyusuan hari tu..terima kasih diucapkan kerana memberi bimbingan kepada kami semua..insyaallah jika ada kesempatan di lain masa kita akan berjumpa lagi..tak lupa diucapkan juga selamat menyambut ramadhan..
—
Terima kasih kembali Yati, Selamat Bersahur