Wah, lamanya saya tak update blog!
*Teringat cikgu Bahasa Malaysia saya ajar, tanda seru bubuh di hujung ayat teruja tapi saya masih rasa tanda seru (!) lebih molek diletak di sisi perkataan wah, kan?*
Kalau begini gayanya untuk minggu minggu mendatang, saya rasa saya bukan lagi blogger tegar malah lebih baik digelar blogger berkala…hihi
Haza cakap “buka blog asyik nampak cerita potty train Iki”
Hah.. itulah Haza, nanti saya nak buat kuiz bergambar untuk memastikan Haza tak tertinggal sebarang info mengenai potty train..ekeke
Saya buat apa ya? (Cubaan berfikir…em…emm)
Disebalik jadual waktu yang ketat + talian internet yang sukar didapati+jarang dapat berada di depan laptop tanpa anak anak dan bila ada mereka saya rasa bersalah untuk mengadap laptop+masalahnya bila mereka tidur, saya ikut sekali, bagaimana?
Lunatots Putrajaya & Penang sudah mula beroperasi
Dan saya baru selesai urusan pindah rumah Fasa 1
Dari Batu 9 ke Batu 11, Cheras
Walaupun saya jadi watak tambahan, tapi penatnya masih terasa
Terima kasih pada keluarga (mak, ayah dan kak yong) yang baaaanyak membantu
Sehinggalah pagi ini, saya buleh bangun awal kembali ke rutin suatu ketika dulu
Dan update blog bertemankan internet yang kejap ada lama tak ada ni
Inspirasi saya ialah apa yang saya mahu jadi
Saya pernah bercita cita menjadi guru untuk mendapat banyak hadiah semasa hari guru
(Untuk teman teman yang menjadi guru, Huda & Ayu, saya tahu niat anda jauh lebih suci jika dibandingkan dengan acik Sue)
Dan saya sekarang ialah guru, guru kepada Iki dan Dzakwan!
Juga pernah berangan menjadi peguam demi memakai baju kot
Walaupun sekarang, saya bukan peguam tapi saya masih menggunakan perkataan ‘kot’ bila tidak pasti tentang sesuatu
Saya suka berniaga sebab suka berada di depan mesin duit (yang ada troli keluar masuk sendiri tuuu)
Bila saya berada di depan mesin itu, saya akan rasa ‘hah, hanya dengan sekali klik sahaja’ tiba tiba
*Saya belum ada mesin itu*
Dan yang terakhir sekali, saya suka ‘menulis’
Bila rasa mahu ‘menulis’ itu tiba, biarpun sekadar meng-eja T-H-O-M-A-S atau M-Y-D-I-N di word document bersama sama Iki, saya gembira!
Jadi, saya akan terus menulis insyaAllah!
Kenapa saya diam lama
Sebab saya takut dengan diri sendiri
Saya takut apa yang saya cakap, bukan apa yang saya akan buat
Atau apa yang saya pernah cakap, saya terlupa sendiri
Ingatkan saya bila terleka ya!
Saya mahu jadi yang ‘melakukan’, berbanding hanya yang ‘berkata’
*Kak Zana & Ayang, terima kasih sebab menelefon dan bertanya ‘Sue dalam kesusahan ke?’
Tidak, saya bukan dalam kesusahan fizikal tapi dalam kesusahan hati..hihi
Kaizen – hari ini akan lebih baik 1% berbanding semalam
Jadi dalam masa 100 hari, seseorang akan menjadi lebih baik sehingga 100%!
Sepotong dialog anak anak:
(Dalam kereta)
Iki : Mana adik kita mommy?
M : Mommy dah beri pada jiran sebelah sebab Iki selalu tolak adik
Iki : Hah, janganlah beri adik. Ambillah balik..
M : Biarlah pada jiran, Iki pun bukannya sayang adik
Iki : Iki sayang adik…Uwwwaaa (apa motif nangis neh..ekeke)
(Adiknya pada atok dan opah dalam kereta lain)
Bila dah sampai tempat yang dituju
Sedang berehat rehat dengan keluarga, Iki tengah main dengan Dzakwan
Iki : Mommy, tadikan mommy cakap adik dengan jiran sebelah. Sebenarnya adik dengan opah, mommy terlupa ya tadi? Ha…sebab mommy terlupa, mommy cakap adik dengan jiran pula:sengeh besar sambil tepuk kepala adik-ya bukan usap:
Nota Mommy Luna : Anak anak dah besar, maknya juga
*Gambar tak tacap-kalau-tacap-pun-tak-jauh-bezanya-sebelum keluar dari rumah lama*
Related posts:






akhirnya…hehehe..slmt menulis kembali sue..
—
Terima kasih Mirah. Esok nak tulis apa ye…iskk…ihihi
tu la sue, bila bukak asyik iki potty train je, bila la sue nk tulis citer baru.akhirnya , ada gak ari ni.wah…..sudah beli rmh ka???mesti rumah beso kan…..
—
Kak Ada, sukarnya mencari masa untuk berada didepan laptop..uwaaaa (eh mengadu pula..ekek)
Rumah teres sahaja Kak Aida, belum mampu nak yang beso (slurp!)
Dont know why…tapi boleh rasa kalau sue susah hati… Be good to IKI and OMEI.. sebab diaorang la penghibur bila kita susah hati even kadang2 diaorang buat kita macam Tarzan setiap hari…!
—
Kak Zana, kadang2 rasa macam Tarzan, ada harinya jadi raksasa dalam cerita Ultraman..ekeke
Anak anak memang pengubat lara
su!!! nanti update la plak gambar rumah tu.. hehe.. bz nye dia kan..
—
Sue, rumah kecil kami itu, nanti Sue tepek ye.
cawangan di penang area mana.nak gi serbu ni.hihihihi.tahniah sue
—
Cawangan Penang di USM Sungai Dua, berhadapan McDonald
Selamat kembali, dah lama tunggu su update
—
Lina, acik Sue kelam kabut dengan diri sendiri dan pengendalian jadual waktu..uwaa