Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
Nuffnang ADV
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Luna’s Shop
Tweets

Dah lama saya nak menulis tentang Kisah Potty Train Iki tapi tiada kesempatan
Niat saya, buat kenangan Iki dan dalam masa yang sama boleh dijadikan panduan pada ibu bapa yang bercadang untuk membebaskan lampin (diaper free) anak anda
Cabaran diaper free before three!

Tahukah anda berdasarkan survey yang dijalankan oleh Huggies kepada 600 ibu bapa di Malaysia dan Singapura mendapati purata usia bayi bebas lampin (diaper free) ialah sekitar 16 bulan ke 17 bulan (1 tahun 5 bulan)
Hakikatnya amat sukar berjumpa anak yang bebas lampin dibawah usia 2 tahun dan ramai kanak kanak belajar ke tandas pada usia antara 2 tahun ke 3 tahun
Kanak kanak lelaki biasanya akan lewat belajar ke tandas menurut Dr Chan Poh Chong dari University Children’s Medical Institute, National University Hospital Singapore

Saya memulakan latihan ke tandas seawal Iki 1 tahun 10 bulan
Tips yang raya praktikkan dari buku parenting yang saya beli semasa books clearance
1 tahun 10 bulan, dia dah boleh bercakap dan mengenal benda seperti toilet, seluar, kipas dll
Jadi saya ulang ulang beritahunya yang Iki akan pee dalam toilet macam orang besar yang lain
Saya cadang nak allocatekan masa berpantang melahirkan Dzakwan untuk mengajar Iki
Oleh kerana Iki pandai bercakap, jadi dia hanya pandai bercakap sebelum pandai melakukannya..ekeke
Seperti pujuk saya semasa saya mengelap ‘hasil’ beliau “Mommy, nanti bila Iki dah besar, Iki pee lah di toilet, sekarang Iki kecil lagi”
Atau “Oooo..orang besar pee di toilet kan mommy kan..”
Kadang kadang jadi teka teki, saya cakap dan dia sambungkan “Iki dah besar dan pee di toiiiiiiiii”
“LETTTTTT” jerit Iki kadang kadang sambil pee di ruang tamu (sigh)

Saya guna juga pengaruh rakan sebaya seperti dibawah
Yaya dah pandai shi shi di toilet” (Kisah Yaya disini)
Zafran good boy dan tak pakai lampin sebab dah besar”
Armand pun dah besar semua pee di toilet”

Selain itu, bila anak dah besar (lebih 2 tahun) najisnya semakin berasid dan kebarangkalian untuk ruam agak tinggi
Ini berikutan makanan yang diambil dan kebolehan buah pinggangnya untuk menyingkirkan bendasing dalam badan
Oleh itu, lebih cepat anda mengajar latihan ke tandas, lebih kurang risiko ruam lampinnya

Penggunaan prop yang membantu?Potty bench yang simple dari Ikea, hanya RM12.90

Sebenarnya saya lebih prefer Iki pee & poo secara mencangkung kerana lebih mudah membersihkannya berbanding menggunakan potty bench
Dan dia pun mahu dilayan macam orang dewasa, boleh belikannya seat extender untuk toilet bowl

Yang paling berkesan untuk melatih Iki ke tandas ialah memakaikannya dengan seluar dalam yang bercorak kereta
Dengan penuh perasaan kami beritahunya yang dia tak boleh pee dalam seluar kerana itu akan membuatkan car di seluarnya basah dan sedih
*Di seluar, gambar car sedang senyum*

Selama ini Iki leka menanda kawasan disana sini dan pengasuhnya berkali kali givap *dalam masa yang sama pengasuh perlu menjaga Dzakwan* dan memakaikan semula CD
Kadang kadang kami pakaikannya dengan pocket pants sahaja (CD tanpa insert) untuk membiarkan Iki rasa basah bila terpee dalam seluar

Sebaik sahaja pakai seluar dalam car pada bulan lepas *Iki 2 tahun 6 bulan*, dia terus beritahu setiap kali mahu buang air kecil semata mata tak mahu car di seluar sedih!

Bagaimana dengan perjalanan jauh?
Iki hanya memakai seluar dalam, dan kami akan berhenti di mana mana hentian setiap kali dia mahu pee atau poo
Dia perlu diingatkan yang dia tidak memakai CD dan perlu beritahu SEBELUM mahu pee/poo
Bila hentian jauh lagi, kami mintanya ‘tahan’ atau pernah juga sekali dua berhenti ‘kecemasan’ di tepi highway

Waktu malam?
Iki tidak memakai CD dan kami akan pujuknya pee sebelum tidur
Tidak minum air dengan banyak sebelum tidur dan kejutkannya dalam jam 3 ke 4 pagi tanya samada dia mahu pee atau tidak
Berkali kali juga tempat tidur kami ‘basah’ kerana Iki tidak shengaje
Tapi lebih banyak kali yang tempat tidur kami kering kerana cik abang dah pandai pee di toilet!

Honestly, ianya pencapaian yang membanggakan, tahniah Iki!

Cabaran 4 Minggu ke Tandas cadangan Dr Chan (sumber Young Parents July 2010)

Minggu 1
Bacakan cerita mengenai potty training dan beritahunya bagaimana ahli keluarga yang lain menggunakan toilet bowl di tandas
Biarkannya memakai lampin dan pujuknya untuk poo poo di atas potty bench *ditandas*

Minggu 2
Berbual dengannya semasa dia sedang di atas potty bench *sedang poo*
Tunjukkannya bahawa lampin kotor dan isi dalamnya diletakkan didalam potty bench – biarkan anak anda meletakkannya sendiri!

Minggu 3 dan 4
Apabila dia nampak tenang untuk poo di atas potty bench, buka lampinnya dan biarkan beliau poo secara terus ke dalam potty bench.
Jangan lupa pujinya setiap kali beliau berjaya melakukannya!

Tips dari bukan Dr Suraya..hihi
Perhatikan jam, selang 2 jam tanyanya samada dia mahu pee atau tidak
Alert dengan tingkahlakunya yang kadang kadang tersepit sepit mahu tahan kencing

Mommy Luna : You may be surprised at how easy he progresses to the next, as long as you have patience. Did I mention it? Yes, PATIENCE :)

*Disclaimer : Tips ini mungkin berbeza mengikut umur bayi, keadaan persekitaran mahupun reaksi bayi dan ibu bapa. Selamat mencuba!

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Sosej-Potty train
  2. Mommy Naik Train
  3. Sambung Kisah Mommy Luna Berpantang Selepas Caesarian
  4. Kisah mommy
  5. Kisah Lama

11 Responses to “Kisah Potty Train Iki”

  • fatonah:

    key word adalah sabar….sabar…sabar…dan sabar lagi…hihi…

    Hihi..betul Fatonah…Kalau ikutkan geram campur penyakit M Sue, ekeke..

  • setuju sangat memang kena sabar nak ajar anak ke toilet…

    anak2 akak bila mula belajar buang di toilet, setiap kali berjalan dan isi petrol, diorang mesti nak ke toilet walaupun tidak keluar apa2 pun, cuma bukak seluar dan masuk toilet :D hehe sabo jer lar

    Hihi..itula kak WanAnie, pengalaman pertama Sue
    Pernah juga drive laaaaaaaju sebab hentian jauh lagi dan Iki nak poo poo
    Kelam kabut minta dia tahan dan bila tiba hentian, dia tak jadi (termasuk balik agaknya) hihih..

  • kite belum potty train safiyyah lg. err..mksdnya secara konsisten. safiyyah dah 18 bln tp belum bercakap lg. tak tahu cara mcm mana nak ajar dia membuang kat potty bench. bila dudukkan dia kat situ, dia tak nak lama2..huhu..

    Hihi..Nadiah cuba, cuba dan cuba lagi ye.
    Kalau ikut buku parenting, biar baby leka di atas potty bench nya sampai dia membuang air besar
    Tang tunggu sampai dia buang air tu yang mak tak laluuuu..hihih

  • kayong:

    ekekeke.. iki senyum cam kena paksa jer… hehehe..
    dah besar dah.. kejap jer rasa… huhuhu…

    Kih kih , berhari hari Sue fikir nak letak gambar yang mana. Kalau gambar real Iki nanti dia malu (bila dia besar)…hihi
    Itu bukan gambar senyum kena paksa, itu senyum berumpan. Kalau dia senyum, dapat main gam lepas tu…ishkk..

  • Nia:

    Salam ziarah ya

    seronoknya Iki dah lulus potty training. Anak saya Diha tak pandai cakap lagi, tapi ingat nak train juga sikit2. Sekrg ni dah belikan yang untuk letak kat toilet kita tu. Nak senang cuci kononnya..hehe

    Entri Terkini: 10 Kerisauan Aku

    Terima kasih Nia sebab melawat kami disini..hihi
    Seronok bila anak dah pandai potty train, macam perasaan menghadiri majlis graduasi anak lagaknya..ekeke
    Selamat mencuba ye Nia.

  • ieda:

    salam perkenalan…tahniah to little iki..
    hopefully nabila will join the team soon.

  • ayg masih tidak ada anak. jd x dpt kongsikan kisah. iki sudah besar! :)

  • dah lama tak nmpk muka iki kat dlm blog ni.. :-) thniah iki..

    Su, Sue pula risau asyik asyik muka Iki eh mommy Iki dalam blog ni..ekeke
    Terima kasih

  • zira:

    waaa..iki dah nampak matang la…seiring dgn kematangan mommy iki..hehe…tahniah iki..

    Kih kih Zira, mommy Iki tua sudaaa..ihikss!

  • nina:

    tahniah kepada iki & mommy iki…

  • seronok nya dh free diapers.anak shima lom lagi..nk train utk poo poo ssh la sket.ari tu try dia leh sembelit plak..sbb tak jd bila kami angkat msk toilet

    Salam Shima, selalu juga terlepas disana sini..hihi
    Sama sama kita sabar ya dear!

Leave a Reply