Dah seminggu (atau lebih lama) saya tak berblog
Mommy Luna dalam mode anak dua & tak sempat nak update per’kembang’an diri
Bila ada kelapangan, saya keluar masuk blog kawan kawan dan tak berapa lama selepas itu, anak anak dah mula memainkan peranannya sebagai anak anak (haha!)
Per’kembang’an diri pun dipantau melalui mesin penimbang di Tesco
Dan ya..output penimbang itu sedikit melukakan
Saya masih berusaha untuk menurunkan beberapa kg di beberapa bahagian
Ada yang sudi temankan saya menyertai Fitness First?
Mesti sunyi kalau berjalan diatas threadmill tanpa teman
Saya bukan ‘pendengar lagu’ maksud saya, orang yang pakai earphone sambil mendengar lagu
Saya cuma mendengar lagu (radio) semasa memandu berseorangan didalam kesesakan lalulintas (jem) sahaja
Dulu dulu, semasa student, saya pakai earphone (walaupun tak on CD player – masa tu belum ada MP3 player) supaya orang lain dalam bas tak tanya soalan seperti “asal mana?” dan “belajar dimana?” dan lebih rencam “dah ada boyfren ke belum”
Ah, remaja dan isu dalamannya! Haha..
Kebelakangan ini, saya tidur awal malam sebab sangat penat
Dzakwan dah pandai meragam malam malam
Menangis untuk dipujuk dan dipeluk..ekeke
Fuh..tarik nafas, lepas!
Saya sangat penat but deep inside I know, I wouldn’t trade any second of it for anything else in the world..hihi
Pagi tadi lepas memujuk Dzakwan, bangun jam 5.30 am dan menukar lampin anak dan kemudian theme blog!
Ianya menggembirakan saya dan terasa tidak sia sia ijazah-IT-bercampur-extend itu..ekeke
Pink lembut ke merah menyala, atau merah lembut pilihan hati (pink la tu kan?)
Perkara baru, akan buat anda teruja dan rasa ‘baru’
Mungkin beberapa entri setiap hari, macam dulu dulu..hihi
Bekas handphone berbentuk kasut yang sungguh comel pun buat hari saya indah
Ini bukan kasut Iki yang dah tak muat ye..ahah!
Lepas ni bila anda call saya dan saya tak cam suara, ianya bukan sebab saya tak save nombor anda
Tapi sebab saya tak nampak skrin handphone saya..ekeke
Related posts:






Sue…. ingat salah masuk blog tadi..dan mcm mana sue nak taip mesej kalau ada cover macam tu???
—
Ahaha..Kak Zana berada di blog yang betul.
Sue jarang taip mesej, jadi tidak menjadi masalah kepada Sue..ekeke
mommy luna sudah ada template baru yerk!!ingat kan ila salah bukak blog tadi..ekekekekek..pin pink kaler lagi..ermm..gegurl nya..
Ila, acik Sue dan jiwa lembutnya, buleh? Keh kehhhh (nah plastik)