Saya printscreen dari Facebook Mimie, beliau pernah menghadiri Kelas Persediaan Susu Ibu anjuran Mumdreams, Bandar Baru Bangi
Add Facebook saya disini
Mimie ucap terima kasih dan saya gembira sepanjang hari dari pagi bawa ke malam!
Saya gembira, terima kasih kembali Mimie!
Diluar kudrat saya untuk menyusukan semua anak di Malaysia, tapi saya tahu saya boleh membantu ibu menyusukan anak mereka, insya Allah
Farah bercerita semasa kelas “Saya mahu menyusukan kedua dua anak saya selepas datang rumah Sue dan lihat stok susu perahan dalam peti ais”
Saya besar hati jika saya dapat membantu biar tak banyak
Cuma saya mahu anda tahu, anda hebat kerana determination anda!
Saya hanya 1% yang menyampaikan inspirasi
Selebihnya 99% ialah usaha anda, sokongan suami dan keluarga yang memahami
Sematkan azam anda : Susu ibu SAHAJA selama 6 bulan pertama dan selepas makanan diperkenalkan semasa bayi berusia 6 bulan, bayi masih disusukan dengan susu ibu sehingga usianya 2 tahun.
Related posts:






huaaaaaaaaa byk nye. kaksue kaksue. tunggu ye ujung tahun ni.
qas cari kaksue sampai lubang cacing. qas nak buat stok banyak macam gini jugeeeeeek!!!
—
Qas, buleh. Nanti kalau Dzakwan tak cukup susu, kak Sue minta susu anda. Hihi
alhamdulillah anak dah nak masuk setahun, masih menyusukan dengan susu ibu sepenuhnya, hope berjaya teruskan sehingga anak 2 tahun. Anak-anak sebelum ni kalau setahun ni dah campur dengan susu formula.
—
Fuh kak wan anie, tahniah!
Saya minta semangat kak anie sikit ye..hihi
oh rasa bersemangat jugak nak pump susu pas baca entry ni.tapi anak tak nak minum botol.tu yang rasa rugi kalo pump.sekarang 24hour direct BF,cuma nak pump untuk tinggalkan anak g kelas 2x sebulan.
—
Mrs Adam buleh buat puding menggunakan susu ibu. Mesti sedap dan disukai anak.
Mengepam untuk mengekalkan produksi susu adalah penting
saya nak kongis sket pengalaman saya,masa tu bru lps perah susu kat tmpt keje,seorg kaunselor laktasi yg terkenal kt tmpt saya bertanya ‘mmg ank full bf ke?’..saya jujur jwb ya.. dia tnya umo ank brapa..’10bln’..dia jwb..”dh bleh ajarkan susu formula dah..”susah asyik nak pam susu je dia kata.. kata2 dr kaunselor laktasi ni bt sy down kejap..tapi saya mind-set kalu slama ni dh bjaya full bf slama 10bln why not saya truskan tuk 2thn @ lebih lg.. cuma saya kecewa nape seorang kaunselor bertauliah & terkenal boleh cakap mcm tu kat saya…hmm..apa pndpt su?
—
Ummu Ilham, Sue tiada pendapat..ehehe,,
Mungkin Ummu Ilham boleh tanya kaunselor tu sebab2 dia berkata begitu