Saya pulang awal jam 4 pm hari ini
Sebab stok EBM (susu perahan) anak sudah habis
Hari hari saya mengepam 3 jam sekali cuma adakalanya susu ‘malu malu’ nak keluar..ekek
Apa yang saya buat?
Survey breastpump baru kekdahnya (ahaha!)
Bukan bukan, saya mengepam susu malam sebelum tidur dan pagi sebelum ke ofis
2 hingga 3 Mei tempohari saya & Farah ke Brunei demi tugasan
Entry sebelum berlepas & semasa sampai di airport Brunei disini
Makan makan di Brunei tanpa menghiraukan jiran tetangga disini
Tempat menarik di Brunei?
Acik Luna tak habis round sebab masa 2 hari 1 malam itu diperuntukkan dengan terkejar kejar
Berkongsi sejarah sumber www.wikipedia.net
Negara Brunei dijumpai oleh Awang Alak Betatar
Bila pertama kali beliau sampai ke tanah yang baru dijumpai ini, beliau berkata “Baru nah!” yang bermaksud Hebat!
Pada kurun ke 14, negara Baru nah berubah nama kepada Barunai daripada bahasa Sanskrit Varunai yang bermaksud ‘seafarers’ sebelum bertukar kepada Brunei Darul Salam
(Bertuah cikgu Sejarah acik Luna..ekeke)
Selepas pulang dari Majlis Hari Lahir Hawa Baheerah, kami beritahu Izz yang nak membeli sehelai dua kain ela utk ibu ibu tersayang
Izz bawa kami ke kedai Nazmi berhadapan pasaraya Huang Ho
*Pasaraya Huang Ho adalah antara yang terbesar dan mempunyai banyak cawangan di Brunei
Dalam tak laratnya Farah, bila kata nak pergi shopping
Dia beratur di bahagian hadapan sekali..ekeke

Harga kain di Brunei tidak murah, lebih kurang 4 meter B$80 = RM192
Yang paling murah B$40 = RM96
Kami beli buat kenangan dah sampai Brunei..hihi
Senyum mesra tokei Nazmi ni menerima kunjungan bukan wakil kedutaan Malaysia

Kedai Nazmi ni cantik hiasan dalamannya
Macam dalam istana, pekerjanya pun cantik cantik
Rambang mata memandang kain cuma poket enggan berkerjasama..ekeke
Seterusnya Izz bawa kami ke Hotel Empire
Memang gah, cantik dan terbaik la hotel ini
Lobi sahaja dah sebesar besar alam, kerusi meja menunggu macam ni punya gaya tunggu sampai esok pagi berakar akar pun ai tak kisah..ekek
Kalau berkunjung ke tempat tempat menarik, saya pasti singgah tandas!
Fuhh..cermin sana sini besar berukir ukir bagai
Otomatik bila didalam bilik cantik (tak kisahlah ianya hanya tandas sekalipun), tiba tiba rasa diri sendiri cantik…ahahah!
Dalam hotel yang banyak bintang ni, ada escalator 2 tingkat
Sesuai untuk main kejar kejar dalam kawasan hotel..hihi
(Ke saya seorang berfikir begitu?)
Dengan tiang seri yang berseri seri, saya terbayangkan istana Nabi Sulaiman yang marmarnya jernih sehingga Puteri Balqis menyinsing kainnya kerana menyangkakan ianya adalah air yang bertakung
(Eh apasal tiba tiba acik Sue sinsing lengan baju ni-no no no-ahaha)
Ini pemandangan dari luar hotel yang berhadapan dengan pantai
Harga satu malam di hotel ini (paling rendah) ialah B$188=RM451.20
Bukan main lagi ibu ibu ini berposing sakan
Walaupun gambar nya kejip kejip mata memandang
Sila bersabar tunggu saya kumpul duit tabung Iki & Omei beli Olympus Pen E-1
Tapi elok juga gambar gambar kabur mata memandang ni
Tidaklah jelas sangat balance jeragat saya..haha!
Bersebelahan dengan Hotel Empire adalah panggung wayang di Brunei
Huwoohhh..cantik…
Masih, hujan batu dinegara sendiri hujan emas di negara orang
Lebih baik tempat sendiri kan.. (tempat sendiri belum ada panggung wayang gini…ekeke)
Izz ialah tourist guide kami yang baik budi
Tak henti henti dalam kereta kami bertanya itu ini
Izz layankan je..ekeke
Yang kelakarnya bila Izz berhenti kereta
Saya bertanya “Kita dah sampai mana ni Izz, apa nama tempat ni”
Izz “Kejap ye Sue, Izz nak tanya orang tepi jalan kejap macamana nak ke tempat yang dituju”
Ahaha..very-the-joyah-tak-sabar-sabar!
Kami solat Maghrib di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam
Masjid ini terletak di Kampong Jerudong kira-kira 24km dari Bandar Seri Begawan. Ianya adalah wakaf Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Hajjah Maryam binti Haji Abd. Aziz
Mula digunakan pada 28hb. Januari 1999 iaitu malam Jumaat dan telah dibuka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan, Negara Brunei Darussalam pada hari Jumaat, 11hb. Syawal, 1419 bersamaan dengan 29hb. Januari, 1999. Kapasiti masjid ini boleh menampung kira-kira 2,000 orang jemaah.
Bergambar dalam masjid (pun jadi? ekeke)
Keesokan paginya, kami ke Radio Televisyen Brunei (RTB) berjumpa Hj Morsidi
Orang kuat RTB, sudah berkhidmat hampir 30 tahun disini
Selain Izz, wakil kami di Brunei ialah Kak Mahani
Beliau menguruskan urusan jual beli Lunatots & Stylo Mama di Brunei
Contact detailsnya seperti berikut:
Pn Mahani Hj Mandin
No 7, Jln 77 SPG 226
Rumah Teres Perpindahan Lambak Kanan
BC 2515 Brunei Darussalam
Tel : 2395560 (R) , +6738880473 (HP)
Keudara di Rancangan Rampai Pagi TVB – 3 Mei 2010 (Isnin)
Kurang nervesnya sebab ada Farah…ekeke
9.00am-9.20 am Topik Asuhan Alami – Penyusuan Susu Ibu & Lampin Kain Moden
Alhamdulillah..semuanya sudah berlangsung dengan baik
Terima kasih atas doa semua, keluarga dan rakan rakan..terima kasih
Dari TVB, kami terus ke Studio Radio Kristal FM untuk sesi yang seterusnya sebelum pulang ke Malaysia
11 am hingga 11.30 am bersama deejay Yanti!
(Yang dipintu ialah pengacara Rampai Pagi yang juga bertugas di konti Kristal FM)
Mak mak seronok bergambar walaupun kamera phonenya suram..ahaha
Pengalaman pertama bersiaran melalui konti memang mengujakan!
Mendengar suara sendiri keudara di radio (bunyi sengau pun ada..ekeke)
Sambil bersiaran, sambil berchatting di laman chat Kristal FM
Jenny Malai Ali bertugas di Kristal FM (kembar Paula Malai Ali) selepas selesai sesi Lunatots & Stylo Mama
(Candid-Jenny sedang bertugas)
She is beautiful, she is!
Dari Kristal FM kami kembali ke Dewan Tertutup Hassanal Bolkiah untuk menjenguk booth pameran Lunatots
Great job Kak Mahani!
Tahniah..
Besar hati saya melihat produk Lunatots di luar negara
Ada rezeki dan kekuatan, kami akan ke tempat lain insyaAllah
Kekuatan saya, suami, anak anak, keluarga dan anda, terima kasih dari dalam hati saya!
Brunei, kami pasti datang lagi!
Penerbangan balik jam 2.55pm – tak sabar jumpa anak dan suami (ada maknakah? ekeke)
Nota Mommy Luna : Lelahnya masih belum surut (asmakah? ekeke)
Related posts:
































wahhhhh .. besh nye ..
banyak tui gambo … and meriah nye g sopingg huhuhuhu tingin nak g sanun ..
—
Zura, shopping tak meriah disana. Makanan meriah, teringat ingat sampai ke harini..ekeke
congrate to both of u kak sue & kak farah..sungguh ayu mak2 berdua ni berposing di BRUNEI…dah boleh jadi kedutaan Malaysia di brunei ni…ekekekekeke
—
Terima kasih Ila. Rancak bergambar sbb tiada anak anak disisi..ekeke
ekeke… akhirnya settle sudah bab brunei.. terbang jauh lagi ya dear…
owhh sue n farah bgambar dpn signboard (btul ke namanya signboard) the empire sama mcm sham bgambo time g sana 3 thn lpas… mmg cantik hotel tu, merasa laa dok sana beberapa mlm, mkn pun best… chef nya org msia… g brunei ni sronok coz org nya baik2 n peramah2 blaka… kalo g theme park dia (yg free tu) bole naik samppi 20x satu game coz org takde heheh(kitorang g time mlm, apa lg main mcm bebudak laa)… g brunei mmg wajib g beli kain.. at least selai coz ktanya lebih murah dr msia kain2 yg mahalnya tu….
—
Sham, betul, signboard rasanya..ekeke
Sue tak masuk theme park sbb reserve untuk berjimba jimba untuk anak anak nanti
wahh..Sham dah sampai 3 tahun lepas, Sue baaaru nak sampai..hihi
Nanti kita buat rombongan cik kiah ke sana, mahu?