Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
Nuffnang ADV
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Luna’s Shop
Tweets

——

Ini adalah posting beradvertorial sempena Playhouse Disney Earth Hour Handy Manny

——-

Gambar tiada motif, asalnya nak ke taman dengan anak anak petang kelmarin
Dah siap tema hijau anak beranak!
Tapi petang dah gelap, tak nampak yg mana rumput yang mana bulu kaki
Lalu ditunda ke pagi semalam

Earth Hour adalah sebagai tanda kasihkan bumi
Dan apa pula Earth Day?

Wahhhh..berlagak acik Luna ni
(Padahal baru baca pagi tadi..ekeke)
Earth Day disambut pada setiap 22 April (bermula pada 22 April 1970) dan ianya adalah inisiatif seorang senator US, Gaylord Nelson
Maknanya, pada 22 April 2010, kita akan menyambut Earth Day yang ke 40, yeay!
Hari Bumi (Earth Day) disambut bagi menghargai dan meningkatkan kesedaran berkenaan dengan alam sekitar bumi kita.

Mommy Luna bawa anak beranak dan semua props untuk mengajar anak anak tentang bumi kita

Bukan ajar yang susah susah macam cikgu Umi Maznom (cikgu Biologi) saya ajar dulu

3 fakta menarik tentang Bumi (Earth)

  1. Hanya 3% daripada air di bumi kita adalah air tawar. Daripada 3% ini, 2% adalah ais glasier dan kepingan ais di kawasan Kutub. Lagi 97% lagi adalah air masin!
    (Perghhhh..pastu air mineral, air suling, air dari penapis air Bio Aura tu, hanya 1% lah)
  2. Salji pernah turun di Gurun Sahara pada 18 Februari 1979!
    (Uihh syoknye panas panas tu turun salji…kih kih)
  3. Tiada tanah di Kutub Utara, hanya kepingan ais yang meliputi permukaan laut!
    (Wah, bayangkan sekiranya semua ais itu cair! Nauzubillah! )

Sekadar berkongsi, sharing sharingkan tips untuk mengekalkan dan membaiki bumi kita

Sebagai bapa/lelaki :

  • Tak perlu panaskan enjin kereta (10 ke 15 minit) sebelum memulakan perjalanan
  • Tutup aircond, radio dan enjin kereta semasa berhenti
  • Lebihkan berjalan atau menaiki basikal berbanding menaiki kenderaan
  • Berhenti merokok!
  • Tutup lampu dan kipas serta alat elektrik lain yang tidak digunakan
  • Jimatkan penggunaan air – jangan mandi berlama lama ..aiceh (mak jeles noks, sejak anak 2 ni, tak pernah sempat sental daki belakang badan dalam bilik air…uhuks)
    Penggunaan air juga dapat dijimatkan dengan cara menutup air semasa menggosok gigi
  • Cipta dunia tanpa kertas. Resit online, shopping online bank, statement online, surat cinta online eh.

Sebagai ibu/wanita pink (tiba tiba tukar warna font)

  • Pilih fabrik organik cotton
    (Tahukah anda bahawa dalam industri kain, banyak pesticides dicampurkan didalam cotton untuk membuat kain dan ianya membahayakan keluarga farmer itu dan diri kita sendiri!)
  • Gosok kain baju seisi keluarga secara berjamaah
    Maksudnya elakkan gosok
    tudung serindit lepastu off iron, pastu on balik gosok adik adik (adik adik pun gosokkah?
    Biar gosok jangan tak gosok sekaligus pakaian sepanjang minggu dalam satu masa untuk menjimatkan penggunaan elektrik
  • Recycle! Jangan buang semuanya!
    Asingkan kaca, plastik dan
    kotak/kertas untuk dihantar ke Pusat Pengumpulan Semula
    Baju lama anak? Jahit dan
    tambahkan hiasan felt ataupun butang.
    Ianya akan kelihatan baru semula.
  • Guna reusable shopping bag. Stop using plastic!
    Lunatots menyahut seruan
    tiada plastik pada hari Sabtu.
    Reusable shopping bag berharga RM18 dijual dengan harga RM9.90 sahaja pada hari Sabtu.
  • Jual dan beli preloved cloth/item
    Lambakan baju murah menyebabkan semua orang dapat membeli baju dengan harga rendah tanpa kisah kualitinya. Apa orang kata wear-today-throw-tomorrow-cloth..hihi
    Tiada siapa mahu jual/beli baju/tudung terpakai kerana kita boleh mendapatkan baju baru dengan harga tersebut!
    Tahukah anda bahawa pekerja kilang baju di Bangladesh dan merata rata dunia merana kerana gaji yang diterima AMAT sedikit (demi menghasilkan baju murah). Turut berlaku penganiayaan buruh kanak kanak terhadap mereka.
    Kebetulan, saya nak jual baju yang saya pakai dalam entri ni. Dibeli dengan harga RM39.90 (baru pakai sekali) dan dijual dengan harga RM15 (tidak termasuk postage RM8)
    Reason : Saya tidak sesuai digandingkan dengan baju ini

Sebagai bayi (pun ada juga!)

  • Minum susu ibu
    (Bila bayi minum susu ibu, kurang tin dihasilkan untuk mem’packing’ susu susu tiruan tersebut. Kurang proses penghasilannya di makmal, kurang bahan kimia, kurang pencemaran )
  • Pakai Lampin Kain Moden Lunatots
    Tahukah anda bahawa lmpin pakai buang (disposable diapers) merupakan sampah yang ke 3 terbanyak di pusat pembuangan sampah walaupun hanya 5% populasi dunia yang menggunakannya!
    (sumber: treehugger.com)

Sebagai ibu bapa:

  • Bawa sicilik anda ke aktiviti kemasyarakatan seperti membersihkan taman pada hari minggu
    Dia akan membebel bebel “Kenapa orang ni buang sampah merata rata mommy?”
    “Kenapa Iki pula kena kemaskan daddy?” ekeke

  • Guna semula kertas yang dicontengnya
    (Kedua dua bahagian kertas boleh dilukis!)
    Dan kertas yang sudah dilukis juga boleh dijadikan kapal terbang kertas atau penanda buku
    It is fun!

  • Lukis alam sekitar dengan dia, pokok, burung, kolam, ikan
    (Walaupun mulutnya riuh – “Macamtu ke pokok mommy? Tak sama punnn..” )

  • Bawanya belajar tentang bumi, tentang sains melalui trip ke zoo, muzium atau tempat2 yang bertemakan alam sekitar
    Seperti Taman Burung KL, masuk RM15 dewasa kanak kanak percuma (bawah 3 tahun)

  • Ulang kali tanpa jemu beritahunya yang BUMI ini dikongsi
    Dengan adik Dzakwan, dengan burung, dengan ulat hatta dengan rumput-peti ais-berus gigi-janji dia faham makna kongsi!

Dalam gambar dibawah, Mommy Luna sedang cuba melukis pemandangan yang ada ditaman
Ada iras iras tak dengan situasi sebenar di atas?

Kenapa Mommy Luna gigih melukis biarpun tak seberapa
(Yaaa…anda jegil jegilkan mata sambil senyum simpul lihat lukisan saya kan? kih kih)

Begini, sempena Hari Bumi (Earth Day) pada 22 April ini
Handy Manny menawarkan hadiah hebat untuk hari istimewa bermula 22 sehingga 28 April ini

Siapa Manny? Kalau Suraya tut tut tut tu kenallah kan..ekeke
Dia adalah watak animasi kiut yang berkerja bersama talking tools
Anda boleh saksikannya on Playhouse Disney (Astro Ch 613) 22nd April, 9am
– 2pm!

Untuk menyertai Peraduan ini, anda perlu:

  • Mempunyai anak/anak sedara/ anak kucing tak buleh ye/anak tekak pun tak dikira berumur 2 hingga 7 tahun
  • Playhouse Disney Channel subscriber (sebab perlu masukkan no akaun Astro)
  • Masuk ke link ini www.playhousedisney-asia.com/earthday.html
  • Klik Manny’s Mini Garden Contest untuk menyertainya!
    (Peraduan bermula 22 April 2010)

Apa yang anda perlu lakukan apabila berada di dalam contest tersebut ialah:
Lukiskan Mini Garden yang ada dalam imaginasi anda dan anak anda menggunakan segala warna cat, berus, pensil yang ada
(Menjawab soalan, saya tak pandai berimaginasi jadi saya ajak Iki draft awal awal)
Aitellyu, ai tak kreatif!

Hadiah yang ditawarkan ialah Handy Manny’s Gardening Kit
Saya mahu hadiah ini kerana mahukan pasu comel, tanah comel comel dan pengorek tanah yang lebih lebih comel untuk lebih semangat bercucuk tanam!
Wang besar Kieran, saya putar lagi ..hihihi

Jadi kalian, ready dari sekarang, dari hari ini, dari malam ini
Bayangkan apa yang akan kalian lukis samada dapat mengalahkan lukisan Prince Aniki & Ratu Hatinya atau tidak..ihihi

Puncak Gunung Kilimanjaro, Tanzania pada tahun 1974 & lokasi yang sama diambil pada tahun 2005
Tiada lagi salji berikutan peningkatan suhu bumi
Takkan tiada apa apa yang dapat kita sumbangkan walaupun hanya sebatang pokok…kan?

Jangan lupa, Handy Manny akan beritahu kita secara details mengenai Earth Day di Playhouse Disney Channel  (Astro Ch 613) 22nd April, 9am – 2pm!

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Earth Hour & EBM
  2. Earth Hour 2010
  3. 22 April 2011 Earth Hour Mommy Luna
  4. Earth Hour
  5. Hari Ini Hari Bumi!

2 Responses to “Playhouse Disney Earth Hour Handy Manny”

  • sabar:

    salam sue.
    cantik ring sling yg sue pakai….nmpk selesa dan omei pun selesa..beli kat mana yea?

    Salam Sabar, ada di kedai Lunatots Amcorp Mall tapi Sue tak update dalam Lunatots.com lagi..hihi

  • nani:

    saya sokong earth day!!!!…cayala k.sue..eh..knape dlm lukisan tue ade amcorp mall?

    “jgn sampai BUMI marah pada kita”(sinarfm)

    Nani, dalam gambar tersebut pun ada Amcorp Mall (sebab dilukis di taman hadapan Amcorp Mall) Kih kih..
    Cuba tengok betul betul :)

Leave a Reply