‘Tag’ di dunia Facebook
Sume gambar lama saya buleh dilihat semula..ekeke
Siapa sangka dalam nakal nakalnya kami – tidur dalam kelas, ponteng prep, pakai serkop hitam, pakai selipar, ponteng usrah you name it…haha
Daripada kami ada doktor, ada cikgu pendidik anak bangsa, ada pakar IT, ada usahawan farmasi, ada pemegang PHD, ada pakar forensik dan ada yang tak-tau-ape-dia-buat-ntah…kekek (saya lah itu)
Saya berniat untuk hadir ke majlis perkahwinan teman teman sekolah
Sebab masa saya kahwin, mereka sudi memeriahkan majlis kami suami isteri
Tapi ada tarikh2 yang clash dengan beberapa hal keluarga
Jadi saya tak dapat menghadirinya
Kali ini bila saya dapat kad jemputan Ude Alfa
Saya tanda awal awal tarikhnya dalam jadual saya sebagai event-mesti-pergi
Siapkan anak anak, apak anak dan diri sendiri
Dari Kuala Kangsar kami bergerak ke Ipoh
Saya pergi sendiri sebab kawan kawan lain tidak dapat hadir – mewakili ‘geng budak baik’ di sekolah…ekekeke
Pandang muka Iki, saya harap dia tidak senaughty saya dahulu (pandai, nak anak jadi baik-haha!)
Dan Dzakwan pun sama!
Be a good boy, dengar cakap cikgu, jangan ponteng prep, berjaya dunia akhirat tut tut tut tut (panjang sungguh ceramah mommy…keke)
Hadiah ini hanya tanda doa kami ye Ude
Yang paling utama, salam sayang dari kami semua yang mahukan Ude & suami bahagia selalu dalam melayari rumahtangga..aminn
Saya pandai bawa diri dan keluarga
Mula mula sampai, kami suami isteri makan lauk kenduri dulu
Sorang pegang anak nombor 1, sorang pegang anak nombor 2
Rapat tunduk kemeja
Sempat berbisik “Abang, ni kalau ada paparazzi amik gambar kita, mesti gambar itu nampak ‘gigih’ menghabiskan makanan ..haha”
Lepas makan, terus menuju ke pelamin
*Bukan untuk bersanding, tapi untuk menikmati keindahan pengantin dan pelamin
Fuh…cantik sungguh semuanya
Dari pelamin, ke pengapit, ke pengantin ke tetamu yang hadir (perlukah dinyatakan tentang tetamu..ekeke)
It is a beautiful wedding!
Malu malu ayam acik Luna merenjis pengantin
Tua sungguh saya!
Saya beratur belakang makcik2 dan pakcik2 Ude untuk merenjis…klassss (haha!)
Ude dearie,
Anda sungguh cantik dikelilingi majlis yang cantik
Tahniah!
Nota Mommy Luna : Saya saaayang semua kawan kawan yang pernah saya jumpa!
Related posts:












alang, ayang xsempat bergambar dgn kalian time kenduri kawin alg..sedey..tula, gigih sgt nk drive sensorang, sekali sesat barat. keke.
—
Ayg, kita ada bergambar kan? Kan?
Takpe Ayg, the thought that counts. Thanks!