Saya rasa agak susah untuk hidup di Kuala Lumpur tanpa GPS
Okeh statement sangat exaggerate la ituh kan..ekeke
Tidaklah sampai susah untuk hidup
Tapi lebih kepada susah untuk drive
Masih akan sesat timur ke barat semasa menggunakan GPS
Alasan biasa:
- Tak dapat mengagak dah sampai ke belum simpang yang ditanda dalam GPS
- Tak pasti jalan atas ke bawah yang perlu diikut
- GPS hanged sbb dialah phone, dialah planner, dialah juga penunjuk arah
Cuma harini alasannya agak kurang boleh diterima minda sedar
Saya sesat sebab masa sampai simpang yang dituju (dalam gambar dibawah)
Saya very the sibuk buh SD card dalam kamera, bergambar dengan GPS pastu siap bergambar dengan kamera guna phone (perghhh)

Sudahnya terlepas simpang (huwaaa huwaaa)
Menangis air mata dara pun kena u turn juga kan
Jauh saya u turn guna Duke Highway siap kena bayar tol RM2 pergi, RM2 kembali
Moral of the story : Elakkan bergambar semasa memandu..hihi
Saya sekarang panas panas berada di tengah tengah askar yang panas panas (tudia..ekau ni buka gerai jualan ko nengok orang?)
Tudung ni rasanya buleh perah peluhnya dan sidai di rak jualan..ekeke
Kalau kalian mahu datang mencari:
- Produk Penyusuan Susu Ibu
- Lunatots Lampin Kain Moden
- Baju dan bra menyusukan
- Pouch untuk membawa bayi
- Nursing tea untuk membantu produksi susu ibu
Jemputlah ke Desa Tun Hussein Onn
(berdekatan LRT Setiawangsa)
Lunatots akan berada di sini dari 23 Mac sehingga 27 Mac (Selasa hingga Sabtu)
12 tengahari hingga 10 malam
No untuk dihubungi 016-7379547 (Puan Yatie)
Bila nak masuk kawasan perumahan ni, perlu nyatakan kita nak ke mana
Kalian buleh jawab “Saya nak pergi Gerai Jualan PERNAMA nak jumpa Suraya”
Eh..nak jumpa Suraya tu tak perlu sebut ye karang abang askar tu tarik anda ketepi dan tanya siapa Suraya susah pula nak menjawab..hihi
Gerai kami kecil sahaja warna pink pink dikelilingi TV2 besar, peti ais besar, radio besar semuanya besar besar sesuai dengan rumah2 besar askar2 disini
Ada Tupperware, ada Vantage, tudung kepala, tudung periuk, kerongsang, semuaaaa ada..fuhhh sekali nafas saja saya summarykan barang2 yang ada disini
Memang bersemangat saya duduk disini memerhatikan orang orang dan barang barang jualan
(sambil tekan tekan kalkulator kalau2 nak beli mesin jahit Singer secara ansuran..kikiki)
Sambil menjaga gerai, sambil mengepam susu untuk anak anak dirumah
Mereka tak buleh dibawa sebab panas sangat..kesian
Biarlah omak eh berpanas, anak anak rehat dirumah…ekeke
Saya dengan Tudung Ika dari Butik Khazis
Kemana mana kami pergi, bila ada yang bertanya siapa kami
Kami jawab “Kami (berharap menjadi) ibu kepada semua anak anak di Malaysia ” hihih
Ibu ibu ini tak pernah berhenti berjalan dan bernafas walaupun font logo Lunatots di guna orang..hihi
Sampai ke hari ini saya masih mencari sebab kenapa Allah temukan kita
Mungkin untuk saya belajar membezakan, yang mana teman dan yang mana duri dalam almari baju yang akan melukakan
Nota Mommy Luna : Lunatots juga adalah ‘anak’ kami
Related posts:











gmbo2 diatas menunjukkan puan punyer belog ‘sehat’ hehhehehe..jgn marah ekk sue
huhuh.. jenuh mencari port mu diamana.. rupanya kene masuk dlm erk.. huhuh, takpela sue.. setiap perbuatan baik ataupun tak memang akan ada balasanNya.. apapun Chaiyok..
kat sban pun ada org jual lunatots kat kiosk shopping complex bersama-sama CD dari produk lain. xtau la sue tau ke x
kak sue…kena masuk kat PERNAMA ke?kak su bukak booth kat situ ek?
alang, betul, dr pengalaman kita boleh kenal siapa betul2 kwn kita masa susah senang, dan siapa yg ada time kita senang jek, atau yg ada time kita susah dan ambil kesempatan. tp semua jenis kwn tu semuanya membantu kita secara x langsung dalam mematangkan kita. dan juga sebagai cermin supaya kita x jd seperti itu. (ayat skema) alang, dugaan seperti itu dlm bisnes perlu dijadikan pembakar semangat utk buat better and better and better and at last sampai org x terkejar. hehe
alg, tudung tu ayg bg sebenarnya tiada niat nk alg promosikan. hehe (malu) tp alg sudah promosikan, jd ayg ucap trima kasih. ayg akan cari yg pasolanya panjang sikit ke dagu supaya suit muka alg ye. ayg ketandusan idea masa nk pi kl haritu. jgn lupa pilih bj kurung kegemaran alg nanti ye, ayg blanje.
untung alg dok belah2 kl, bnyk tempat nk buka booth, di taiping ni stakat taiping central T_T.
p/s. alang ayg kurang paham, ada org guna font lunatots utk buat label sendirikkah?
cantik hbag merah sue, i jeless
sue,
akak pasan sue skrg asek guna BP Avent jek..apa dah jadik ngan Spectra sue dulu?rosak ke?
—
Kak Ina, Avent Isis sesuai untuk perjalanan jauh kesana kemari dalam kereta..hihi
Spectra 3 Sue dipinjamkan kepada yang memerlukan