Saya terima mesej dari teman yang mengatakan beliau ternanti nanti entri baru
Jujurnya saya juga rendu blog saya
Sebab saya menulis bukan kerana nama-Sue Sarip
Semuanya sebagai kenangan bila saya makin berusia
Macam sekarang ni, saya malu alah bila baca entri lama rasa nak hantuk kepala kat tiang katil dan blurkan mata..haha
Tapi saya takkan delete entri lama
Sebab semua itukan kenangan..kenangan yang saya pernah emosi melampau
Pernah tak suka orang tu, orang ni (ada dia kesah?)
Kawan dengan orang tu, berjimba huha huha dengan orang ni (Astaghfirullahazim)
Saya akan terus menulis, insyaAllah
Sya & Firwan, tahniah atas berita gembira (TIJU)
Kami sekeluarga doakan agar semuanya selamat dan menggembirakan
Anyway (jalan yang mana pun), saya nak jawab soalan dari blog Sya
Berkongsi rasa sebagai wanita-ibu-isteri-dan-pekerja
a) Adakah korang tak sibuk di tempat kerja? Korang kurang kerja ye?
Saya berkerja dari semua tempat(rumah, pejabat, kereta) pada setiap kali anak tidur atau leka bermain
To-do list saya amat panjang
Tapi bila berhadapan dengan masalah anak anak, saya paksa diri saya untuk mendahulukan mereka
Ianya tidak mudah. Kerana itu banyak kerja saya tertangguh (sangat banyak)
Kalau sebuah organisasi yang memerlukan pekerja untuk dibuang, nama saya akan berada didalam toplist mereka (haha)
b)Tempat kerja dekat dengan rumah?
Saya cuba disiplinkan diri berkerja dari Lunatots HQ yang berada 10 minit dari rumah
Tapi dalam kebanyakan hari dalam seminggu, saya akan berada di luar pejabat
Seperti pejabat itu ini mahupun Jusco sana sini (hah!) untuk urusan pejabat
Bila hujung minggu, biasanya saya ada aktiviti di Sara Kids mahupun Kelas Penyusuan Susu Ibu
Hari yang saya rasa lelah, saya berehat dan berkerja dari rumah dengan anak anak
Dan saya bukan berehat bila berada dengan anak anak..ekeke
(Anda akan faham bila anda mempunyai anak anak atau adik adik kecil)
c)Korang takde anak lagi?
Saya mempunyai 2 orang anak
Anak yang berumur 2 tahun agak mencabar bilamana dia mahukan perhatian kita dalam SEMUA aktivitinya
(Termasuk poo poo di toilet-nak buat apa ada mommy secara logiknya?)
d)Korang tak masak kat umah?
Saya baru mula memasak dirumah
Perlahan lahan saya belajar melalui buku masakan mahupun resipi dari internet
(Doakan saya…haha)
e)Korang tak buat kerja rumah atau suami korg buat kerja rumah?
Saya buat bila saya ada masa dan tenaga
Dia buat bila saya muncung (kih kihhhh)
Bila penat, kedua dua kami biarkan sahaja semuanya bersepah (haha)
(Tiap tiap kali mak saya datang rumah kami, dia geleng geleng kepala)
Sesibuk manakah beranak dua?
Bila kedua duanya perlukan anda dan otak anda penuh dengan to-do list
Gambar gambar dalam entri ini adalah aktiviti saya sepanjang Sabtu & Ahad lepas
Pukul 8 pagi, saya ke Amcorp Mall menyambung urusan renovasi
Berkerja tak sampai sejam, dah ajak suami pi makan (keke)
Kami makan di Restoran Rak Thai di Lower Ground
Bukan-model-Rak-Thai makan bihun tomyam terhebat dalam bandar
(Itu yang mereka tulis didalam menu-best in town)
Saya suka tomyam putih berbanding tomyam merah
Tapi bihun tomyam ini habis juga saya sedut..slurpp
Anda suka tomyam yang bagaimana?
Ini Nasi Goreng Daging Rak Thai
Dagingnya lembut dan lebih sedap bila anda berebut makan dengan suami (keke)
Dari Amcorp Mall, kami ke Karangkraf di Seksyen 15 Shah Alam
Walaupun kami baru makan di Amcorp Mall
Saya masih mampu makan lagi dan lagi
Entah kenapa kebelakangan ini perut saya sangat cepat menghadamkan makanan (haha)
Sambil makan, kami ada discussion dengan graphic designer yang kami paksa beliau datang hantar bunting stand
Hihi..terpaksa dalam rela dia datang walaupun hari cuti
Dan diskusi ringkas saya dengan team Pa & Ma
Sebelum balik, saya dapatkan tandatangan dari penulis novel Seindah Sakura, kak Liza Ali
Semua orang ada impian kan, dan saya dah lama teringin gambar seperti dibawah
‘ Gambar tengah beratur dapatkan tandatangan penulis novel’
Akibatnya?
Saya gembira sepanjang hari…..(haha)
Lunatots di booth Pa & Ma
Sampai dirumah, siapkan anak anak dan saya ke Meru menghadiri kenduri aqiqah Nur Hani Syafiyyah yang lahir pada 21 Januari 2010
Ini sepupu belah mak saya
Masa kami kecil kecil bawa ke remaja, ramai yang kata kami seiras
Bila saya pandang berkali kali selepas masing masing bergelar mak-kepada-2-anak
Macam tak sama je kan…hihi
Ini kakak Nur Hani Syafini yang sangat omel!
(Mommy Sue rasa dirinya sangat cute bila sebut comel sebagai omel..haha)
Gambar saya dengan Hanis Al Husna diambil oleh Zikry
Suram kusam lesu muka mommy-tapi-masih-suka-dapat-berjalan-kesana-kumari…ekeke
Kami sampai rumah jam 1 pagi dan terpengsan sampai ke pagi
8 pagi hari Ahad, kami tercongok di Amcorp Mall
Macamni punya rajin, guard Nepal di Amcorp Mall pun surrender tak buleh cari makan wehh…haha
Suara 1 “Jongosnya tertonggeng2 lap almari, mesti orang ingat pekerja kontrak yang dibayar gaji hari”
Saya “Cisssss….”
Tengahari, saya ke Amcorp Mall bagi menghadiri Pertandingan Memakai Lampin Kain Moden anjuran bersama Pa & Ma dan Lunatots
Puan Hazarina sedang memberi penerangan ringkas tentang Lunatots Lampin Kain Moden
Puan Suraya sedang menggigil tiba tiba acik nerves
(Tak cukup tidur agaknya)
Thanks Haza!
Seramai 6 ibu menyertai pertandingan ini dimana ianya dibahagikan kepada 2 kategori
Iaitu Katgori A: Bayi bawah umur 8 bulan
Dan Kategori B: Bayi bawah umur 2 tahun
Gambar gambar aksi sempena pertandingan tersebut berlangsung
Pertandingan diadili dari segi kekemasan saiz, peha, larasan pinggang dan bahagian belakang bayi
Ini antara gambar-pasrah saya tengah muncung muncung terangkan mengenai lampin kain moden kepada pengunjung karnival
Penyampaian hadiah kepada pemenang
Bila Lunatots memerlukan model lampin kain nanti, kami akan hubungi anda ye
Terima kasih kepada team Pa & Ma iaitu Kak Liza dan Intan
Serta Haza sekeluarga (dan baby di dalam perut)
Insya Allah panjang umur, murah rezeki, kita akan berjumpa dan berkerja bersama lagi
Maria Tunku Sabri dan krew Apa Apa Aje akan menyertai komuniti SaraLuna untuk aktiviti Parents-Kids Art Day pada 20 Februari 2010 jam 2pm-5pm di Sara Kids TTDI Jaya
Daftar tempat anda melalui email info@lunatots.com
*Bagi peserta pada 7 Februari 2010, Team Sara Kids akan menghubungi anda bagi men’confirm’kan kedatangan anda
Ya Allah Sue, akak tak cam muka Sue (pengakuan ikhlas Kak Maria)
Huwaaaa…Kak Maria, haritu di TV3 Sue ditacapkan, inilah muka jongos sebenar Sue…ekeke
Nota Mommy Luna : Berkerja 18 jam sehari? Gulp!
Related posts:


































Wahhh hebat la sue… bila baca entry sue… macam sue ada lebih dari 24 jam sehari, hari-hari lina pun amat sibuk sebagai seorg cikgu… kekadang rasa cam nak berhenti kerja…. buka la showroom kat ipoh… bleh lina keje hehehe….
—
Salam Lina : Kalaulah Sue ada lebih dari 24 jam sehari, mesti kejap kejap je Sue update blog..ihihi..
Yup, selamat menjalankan tugas ye dear. Jangan berhenti kerja, anak murid Lina memerlukan Lina
k.sue
“Tengahari, saya ke Amcorp Mall bagi menghadiri Pertandingan Memakai Lampin Kain Moden anjuran bersama Pa & Ma dan Lunatots”
yg ni bukan ke sepatut nye akak g s.alam?hehe
*akak rest la dulu ye.penat gamak nye nih.heheh
—
Haha : Ok akak betulkan sekarang..
Kalut nak update blog la tu..isk
huh sibuk tul ye k.sue..agknye time bile lak akak bergelak tawa ngn ank2..bekerja sendiri kdg2 jauh lg sibuk dr keje mkn gaji.
bz tul sahabat ku ni sekrg yek..tahniah yek sue..sue dah melangkah jauh bertapak2..lunatots dah makin popular sekrg, sue jugak! hehehe
saya suka soalan n jawapan kat Berkongsi rasa sebagai wanita-ibu-isteri-dan-pekerja xcept sue 2 anak saya br sorang..heheh.. saya ingat bila saya jadik ibu, klam kabut itu hanya saya rasa, rupa nya sama aje kita smua hehehe… i wonder how’s my late mom managed time very well with her 7 putera puterinya.. sekarang ni pun dah tak tlarat rasanya, smapaikan doktor suruh rest coz dia kata sham stress..heheh.. tp sham lg stress bila dgr statement doktor sbenarnya
..
sayang btul sham btul2 tlupa psl karnival karangkraf tu, kalo takmesti sham dtg menambahkan lg orang heheh…
sue, ku poon rasa apa yang kamu rasa……… but no sweat kan… anak oh anak
ala, tak sempat menjengok kak sue di karnival karangkraf itu hari. yg sy sempat pegi ialah karnival MPH 2010 di stad melawati. nengok upin ipin! punye banner.. hahaha — upin ipin dtg tghari kot sbb ktowg dtg pagi dorg takde.
congrats jugak kat kak sue di atas pembukaan butik kedua lunatots di amcorp mall. tak penah ku ke situ seumo hidup. salu lalu tepi federal hway je –oo, itu amcorp mall. dah.
sure k.sue dah tak cukup kaki tangan berlari-lari anak atau berlari-lari mendukung anak kiri-kanan ke sana ke mari kan.. sy sgt impress! semoga ksu dimurahkan rezeki dan sentiasa sihat walafiat. ameen! gooo mommy!
sue, dah 2 entry akak tak dapat view. nape ek?
Lama dah tak jenguk web sue. Rupanya dh buka showroom baru. Bila lah dpt pi kedai sue nih. Time turun KL, bila nk round sehari, kene pilih 1 tempat je. Sbb dgn anak2 (boy-2.8yrs & girl-10mths) meround 3jam+makan+cari parking+jammed+silap jalan=berkerja sehari suntuk letihnya. Bila begitu, ku minta singgah mana2 pula, ade yg moncong karang. Haha. Sue yg tinggi kesabaran&stamina ni, sgt2 mencabar i la.. hehehe. As surirumah, i ibarat bekerja 24jam sehari. Berehat hanya bila anak2 tidur SERENTAK!.. Memasak adlh rutin harian yg amat memalaskan aku. lipat kain pun tkde lah sampai 3kali sehari kn? Rutin yg best bila bleh online tanpa gangguan! (lama dh tk dpt ni). haha..