Tempohari Zikry ke zoo dengan mak abah saya
Saya tak dapat ngikut sebab ada urusan di showroom
Dan saya cemuruk sebab dia tengok elephant tanpa saya
Balik dari zoo, dia bercerita “mommy, elephant besarrrrrr…”
“Yeke, siapa besar, mommy ke elephant?”
“Ermmmmm….elephant kot” (agak lama juga masa yang diambil untuk Iki berfikir..cis)”
Dan selepas kelas penyusuan di Pulau Pinang tempohari
Saya ajak satu keluarga melawat Zoo Taiping (haha)
Semua orang macam terperanjat bila saya ajak ke zoo
Berbanding Jusco atau Bukit Merah mandi manda
Adakah selama ni wajah saya tak animal friendly? hihi
Dzakwan didalam pouch dan tak terjaga sepanjang omaknyo tengok gajah
Untuk bayi yang berusia dibawah 10 bulan (masih suka baring berbanding duduk)
Reversable pouch sesuai untuk anda!
Tips : Untuk infant yang kecil, selalu perhatikan bayi anda didalam pouch dan pastikan pengaliran udara yang baik utk bayi bernafas
*Thanks MalaysianBabyWearers Team (Shida, Alyn dan Liza) di atas tips yang diberikan
Satu train diisi keluarga kecil kami termasuk si kecil Dzakwan dan Iki
Agak kelam kabut juga bila ‘orang yang bawa train’ beri penerangan seperti di kiri anda zirafah dan dikanan harimau
Tertekan juga nak pilih untuk tengok yang mana satu
Kami naik train sbb tak laluk pusing zoo secara berjalan kaki

Ammar Zikry seronok tengok elephant
“Uuuu..besarnya mommy”

Saya nak ke zoo sebab seronok melihat telatah Iki melihat binatang binatang yang selama ni dilihat dalam flash card mahupun laptop sahaja

Jangan kata Zikry, saya pun ternganga tengok gajah gajah ni
Comel ya amat (patutnya comel untuk benda benda kecil kan?)
Sebelum makan, elephant kena duduk beri hormat dulu
(Jadi sebelum makan, Iki pun akan buat perkara yang sama)
Contoh melalui teladankah?

F for Flamingo!
Game ABC yang Iki main tempohari di link ini

Tiap kali lalu kawasan rusa, Iki nyanyi “anak rusa nani…baru kembang ekor”
Hihihi…cik nani, Iki rindukkk kamu…hihi

Dzakwan selepas sudah menyusu dengan mommy
“Terima kasih mommy, Dzakwan sudah mengantuk…”
Jujurnya, peluang ‘menyusukan’ anak adalah antara anugerah terindah saya sepanjang bergelar ibu
Besar harapan saya melihat ramai ibu lain boleh menyusukan anak mereka sepanjang 2 tahun pertama (atau lebih)
Kerana itu saya galakkan ibu ibu yang sedang mengandung untuk menghadiri kelas asas penyusuan samada yang saya anjurkan mahupun konsultan/kaunselor laktasi yang lain

Manyak sungguh monyet berkeliaran di zoo ini
Ngeri rasanya kalau kalau monyet ni menerjah saya atau anak anak
Masa ni Iki tengah makan roti, dan atoknya sembunyikan roti dalam poket seluar sebab takut monyet rampas dan terambil Iki sekali
Bayangkan Iki jadi jungle boy..hihihi (Hah, ada ke mak bayangkan begitu?)

Gambar keluarga di depan Zoo Taiping
Waktu ni hujan dah mula lebat dan anak anak kecil perlu dipayungkan
*Tapi dalam gambar tak nampak macam hujan kan?

Pulang dari zoo kami ke Doli
Kedai ini adalah kedai-mesti-pergi oleh sesiapa yang datang ke Taiping

Bermula dengan sebuah gerai kecil sehinggalah dah ada beberapa cawangan

Menu utama mereka ialah kueytiaw goreng (RM3.50)
Berpeluh2 Iki makan…hihi (Iki baru lepas basuh muka)
Rambut macam Jack dalam Titanic datang majlis tari menari
( Hah, ingatkah lagi?)
Ini kueytiaw goreng special (RM8)
Selak sikit nampak udang, selak sana nampak kerang
Saya jumpa kawan-masa-sekolah di sana
Kebetulan dia tengah makan dengan kawan kawan ofis
“Itu kawan sekolah Sue, sebaya Sue kah?”
“Ha a..”
“Comelnya macam budak sekolah”
“Dia memang comel dari jaman sekolah”
(Candid masa saya tengah meraba raba cari business card-yang-berterabur dalam handbag)

Nota Mommy Luna : Nasib baik ada tudung serindit buat pengubat rasa rendah diri comot ya amat dengan 2 anak (kih kih)
Related posts:




“Jujurnya, peluang ‘menyusukan’ anak adalah antara anugerah terindah saya sepanjang bergelar ibu”
betul sue, setuju sangat2,
anak dua sempat jugak amik gambor…zah yg anak satu ni tak sempat amik gambor camner…?huhuhu
waaa best nyer p zoo..
dr ari 2 lg sy plan nk bwak nuha p zoo..ye la kna la tgu nuha bsar ckit n paham keadaan sekeliling br best kan..
iki pun nmpk excited sesgt dpt tgk real animal kat zoo..
utk iki,
acik (alamak acik ke…huhuhu) doakan agar iki jd anak yg soleh dan berjaya dlm hidup..
Pegi Zoo,oh bestnya dengan anak2 dah pandai bertanya…..masa umur Amani 1 setengah ada penah pegi skali…..plan tahun ni nak gi bila Tihani dah mula becok macam kakak dia……(haha leh handle ke masa tu hahahaha)….meriahnya keow teow…..puas hati 6 hengget….tak nampak k.teow dah,nampak udang ngan kerang je….(patut dipanggil k.teow kah ….)…ada anak2 chomel memang maknya nampak shomot amat….tudung macam tudung serindit memang amat sesssuuuaaiiii sekali dengan ibu muda yang multitasking macam kita….mengembalikan aura ibu2 …(yang muncung2 siap jari asik nak cubit anak yang meragam)
hurmm sweetnye…jalan2 tgk menatang…sape kate ibu yg BF ank ssh nkbergerak kesana sini..hehe
alang, ayang dok taiping
tumpang bangga alang sudi singgah zoo taiping dan doli. hrp2 satu hari nanti kedai farmasi ayg boleh se’gah’ doli dan org boleh ckp ‘kalau singgah taiping x sahkalau x jenguk farmasi khazis kota’ pulak
alang jgn lupa kalau dtg taiping jenguk2la ayg di kedai. ayang x dapat hidang kueyteow, tp ayg boleh bawak pi minum cendol n makan pasembor baekkk punyer!
cm dejavu plak…smlm baru g zoo taiping bwk syeefa
sronok sgt dia tgk mcm2 haiwan. heran agaknye kat rumah tak ada suma tu…hihi.
betul la kak sue, bila naik train tu jenuh teleng2 kepala tak tau nk nengok belah mana, pastu jalan seraun lagi…tak puas…hehe.
Rasanya tempat yg paling menyeronokkan utk anak2 adalah ZOO….? kan? sebab animal hidup adalah suatu yg interesting bagi anak2 yg selalu duk tgk animal dlm gambar jerk..
eh, tu zahanariah kan…makin cantik dia………….
alang, kuey teow doli memang best!!!!
*tetiba mengidam kuey teow..heheh*
alala… bestnya dpt g zoo.. aritu mmg dah nak g tgk zirafah kat zoo negara, tp mr.husband risau takut ter-kenan zirafah plak nnt, haha (ada ke..?) :p
urm, kuewtiyau doli tu xde delivery ke kl ke? ehem ehem ada mak buyung yg dah termengidam kuewtiyau malam2 buta begini!! :p
sue comot tang mana? slalu je kata comot tp tgk takde la comot pun..hihi. betul..betul..menyusukn anak anugerah terindah. kite sendiri mcm tak sangka dpt BF safiyyah smpai skrg. mdh2an dipermdhkn smpai umurnya 2 thn. doa kn ye
for iki….
cik nani pun rindddddduuuuuuu iki,dear…
bestnye g zoo…xpecially ngan family..bery2 wonderful moment….
wani pcmc,
k/tiaw DOLI tu ada branch kat taman tun.. hehehe.. promote jap walaupun xder kaitan ngan doli
mula2 singgah taiping, pasnih wat class BF kat taiping plak.. bolehhh?? teringin sgt nak join, tapi apakan daya, kak su wat class jauh bebenor.. aritu class kat Penang ingat nak join, tapi umah sebelah kenduri plak.. xleh nak tinggal.. hurrmmmm..sedey!! *luahan perasaan dr mak buyung yg frust*
tq kayong 4 da info, hehe..
1) zoo mmg sesuai utk kanakkanak dan org tua. supaya kanak2 gembira dan org tua seronok dpt buat kanakkanak gembira
2) bersemangat nk bf ijaz until 2. sikit lagi, sikit lagi! chaiyuk!
3) sue manade comot. sue pun kiut gak, mcm baru form 3 apa.
Sue, apasal singgah Taiping x singgah rumah akak??? dgn kuey teow doli tu dah dekat dah tu… huh!