Archive for December, 2009
Seperti yg dirancang, Majlis Kesyukuran keluarga kami diadakan pada 26 Disember (Sabtu)
Persiapannya dirangka sebulan lebih awal
(tu yang gigih kesana kumari haritu tu..hihi)
Saya teringin mahukan ‘sesuatu’ untuk Dzakwan
‘Sesuatu’ yang menggembirakan hati mommy macam Majlis Aqiqah Ammar Zikry

Dan tema untuk Majlis Aqiqah Dzakwan adalah biru
Gambar sewaktu Marhaban masa pagi
Saya dan suami lambat bersiap sebab kalut dengan anak anak
Sudahnya dia tak sempat set kamera dan gambar jadi gelap
Atok Abah gunting sedikit rambut Dzakwan
*Patutlah mommy nampak bertampuk2 rambut Dzakwan..ekek
Gambar tempat letak rambut Dzakwan, gunting dan daun-taktau-daun-apa
Beberapa shot semasa Marhaban dan ada Dendang Fatimah
Antara bait bait yang diendoikan ialah
Ayuhai anak di dalam buaian,
Pejamkan mata jangan tangiskan,
Lagu Berendoi kami dendangkan,
Di dalam majlis tanda kesyukuran.
Lamalah sudah kami menanti,
Namun engkau tak kunjung tiba,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Kini engkau sudah menjelma.
*Rujukan dari sini
Dan info mengenai Adat Naik Buai disini
Quoted dari link di atas:
Pantang larang selepas 3 hari Majlis Naik Buai yang perlu diikuti ialah:
1. Bayi tidak boleh dicium.
2. Bayi tidak boleh dibiarkan menangis di dalam buaian.
3. Si ibu tidak boleh memakai baju ketika mengambil bayi dari dalam buaian.
4. Mengambil bayi tidak boleh dalam keadaan menonggeng.
5. Buaian tidak boleh dibiarkan kosong. Ketika bayi tiada di dalam buaian,
parang puting hendaklah diletakkan ke dalam buaian sebagai pengganti
bayi
Hihi…
Ammar Zikry bad mood dari ke pagi sebab dia demam sepanjang 3 hari lepas
(Makin kelam kabutlah hari kelam kabut saya)
Bagi kawan kawan yang selalu nampak Iki sneyum manis nampak sweet
Jom tengok macamana Iki meragam (dalam gambar dibawah)
Saya nampak di suratkhabar, bayi 7 bulan didera ibu dan ayahnya
Dialog saya “siannya 7 bulan kena dera, kan ke comel lagi masa umur ni. Kalau besar Iki ni logikla” (siap dahi berkerut kerut menahan rasa tgk Iki asyik meragam)
Deko di bawah ihsan Kakyong, suami dan mak
Cadar dan sarung bantal dijahit oleh Mak Teh
Segala bear shomels dari Kak Yong
Dan bunga telur ni di custom made istimewa untuk majlis Dzakwan sebelum Dzakwan lahir lagi..ekeke
Bagi yang mahu menempah untuk event pertunangan, perkahwinan mahupun sewa cukur jambul
Layari blog ini atau email ke somesweet81@gmail.com
Saya suka hasil kerja Kak Yong sebab kalau saya buat, ianya takkan jadi begini..hihi
Ianya akan jadi agenda tarik tarik baju suami ke kedai untuk membeli bunga
Sumsweet juga buleh buatkan kuih tart nenas shomels untuk majlis anda
Be it majlis pertunangan, hamper syarikat mahupun birthday anakanda
Cuma emailkan nak bentuk manggis, orange, durian atau petai (petai?)
Emailkan somesweet81@gmail.com untuk sebarang request
Istimewanya, Kak yong sanggup tak tidur malam untuk menyiapkan majlis anda!
Saya dah tergolek awal dengan anak anak
Hubungi Wani (Kak Yong) 012-6362919 Nor 017-6221373 untuk tempahan
Dan sila tempah awal sebulan lebih awal daripada majlis anda untuk mengelakkan adegan bunga telur tak siap..hihi
Cupcake yang menarik tertarik ni dari E-car
Gambar Dzakwan & Zikry semasa mommy masih di hospital
Buat adik Dzakwan yang baik budi (apakah?-rasa macam matching je guna perkataan baik budi..ekeke)
Semoga Dzakwan membesar dengan sihat dan selamat
Dear Ammar Zikry & Ammar Dzakwan,
Ever since you were born
We worried and wondered about whether or not we were being the best parent we could be
Did we make you feel important?
Did we find enough time for the little things?
That live on in happy memories - like laughter and hugs
and “just-between-us” moments
And even when we disagreed, did you always know we loved you?
If we didnt always find a way to say it
We hope we always showed it
We are proud that you are our Son and we love you, we do.
Mommy & Daddy
Nota Mommy Luna : Baju warna hitam untuk imej lebih kurus kekdahnya..hihi
Kalians, gambar very the bersusun dalam draft blog saya untuk diceriterakan
Dan saya tak tau kenapa mood tiba tiba nak tambah ‘the’ depan semua ayat (gilo hapo)
Abaikanlah grammar, kosakata perbendaharaan semua itu ye ye
Kalian cuma stay tuned saja..hihi
Ahad lepas, jam 7.30 pagi saya dan suami serta anak bertolak ke Penang
Seorang lagi anakanda (Iki) tinggal di rumah opah demi masa depan yang lebih cemerlang
(Haha..sebenarnya dia demam dan kami mahukannya berehat dirumah)
Saya pun lebih tenang berkerja
Tapi tenang di luaran saja, di dalam hati rasa nak terbang polok Iki kemudian patah balik Penang..keh keh (apakah?)
Sampai di Bidasari Collection di Kompleks Bukit Jambul
Saya pegang baju sana sini sambil otak logat berfikir kenduri apa/sapa yang terdekat dan apa warna temanya
Baju yang ada cantik cantik belaka dan saya cuba ambil masa untuk tenangkan diri berfikir dengan waras (haha)
Gaya di dalam gambar dibawah hanya eksyen saja, sebenarnya saya sedang mengedit gambar yang mana nak buh dalam blog
Bila dah penat edit gambar, saya masuk dalam bilik rehat dibelakang baca Media Hiburan cover depan Ummi dan Remy Ishak (oh oh, kenapa Puan Haza senyum senyum?)
Saya dan Zafran sedang tengok video Iki menari
(Nanti saya uploadkan)
Iki mewarisi mommynya yang tak pandai menari dan sekian sekian..kih kih
Sesi berkongsi dari Puan Farah
Benar, hanya manusialah mamalia yang boleh memilih untuk memberi anak samada susu ibu atau susu formula manakala mamalia lain menyusukan anak mereka sejurus sahaja melahirkan sehingga tempoh yang sepatutnya
Kerana kita ciptaan yang TERHEBAT, maka kita akan menyusukan anak kita dengan susu yang TERHEBAT, kan?
Kemudian berhenti makan nasi kerabu yang sodap
Acik tunduk takdo pandang pandang sesapo dah
Sebenarnya acik tengah nerbes jumpak orang Penang yang manis manis belaka
Dan demi menikmati masa tanpa anak untuk sementara waktu
Sampai ke tulang2 ikan, acik ratah!
(Polistrin acik buang sebab taknak terlalu obvious..haha)
*Dzakwan bersama daddy
Ini sesi saya bercerita tak sudah sudah
(Sila tunjuk isyarat bila saya patut berhenti..hihi)
Istimewanya Kelas Penyusuan di Penang berbanding kelas lain?
Ada yang belum berumah tangga dan baru berkahwin (belum mengandung) turut hadir untuk mendapatkan ilmu penyusuan!
Saya terharu!
2 orang ibu yang mengandung, Nadia dan Sakinah
Sementara ibu ibu lain adalah ibu yang sedang menyusukan anak termasuk exclusive pumper
*Ibu yang tidak dpt menyusukan anak secara terus atas sebab2 tertentu dan mengepam untuk membekalkan anaknya susu ibu
Tahniah kepada anda semua!
Sebelum kami bersurai, sesi Puan Hazarina untuk berkongsi pengalaman menyusukan anak selama 2 tahun 4 bulan tanpa setitis susu formula
Sekarang beliau hamil 4 bulan dan masih menyusukan Zafrannya
Tips mengatasi ibu yang tidak percayakan penyusuan eksklusif dari Puan Haza ialah :
Bawanya berjumpa doktor yang pro bf ataupun kaunselor laktasi untuk mendapat penerangan
Ini Puan Shida dari Penang bagi sesi demonstrasi babywearing
Iaitu membawa bayi anda dekat dengan hati anda
Gambar kenangan kami beramai ramai didalam butik Bidasari
Terima kasih kak Anis di atas jemputan
InsyaAllah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, kita akan berjumpa lagi
Nota Mommy Luna : Saya akan datang lagi untuk membawa Iki ke Rumah Kelahiran P.Ramlee dan tudung, dari Kak Serindit lagi…wiu wiuu
(Memang tak nyesal dengan tudung ni sebab muka anda akan jadi glowy glowy gitu..hihi)
Sekian,
Bukan Model Tudung
*Minggu depan nak poie Kelantan nak pakai tudung yang mane ye Kak Serindit?



