19 Disember, Kelas Penyusuan Susu Ibu Lunatots-Sarakids istimewa utk ibu bapa yg berada di kawasan Lembah Klang
Ahad minggu depan, 27 Dis 2009 kami (saya & Farah) akan ke Bukit Jambul, Pulau Pinang
Dan Sabtu berikutnya, 2 Jan 2010 ke Kota Bharu Kelantan
16 Jan 2010? Kami sedang merangka rangka sesuatu yang istimewa untuk pembaca (ha…apakah? majlis jamuan hari raya kah?) hihihi..
Sesi pagi dimulakan dengan Puan Farah
Pengenalan terhadap susu ibu, posisi dan lekapan penyuan
Asas pemahaman terhadap susu ibu adalah penting
Sebab itu bila ibu bertanya “macamana nak banyakkan susu ibu?”
Kami perlu pastikan ibu tersebut faham bagaimana badan ‘berkerja’ untuk menghasilkan susu terlebih dahulu
Ibu perlu selesa bila menyusukan anakanda
Nursing pillow boleh membantu terutamanya bagi ibu yang melahirkan secara caesarian dan akan kerap berada di depan laptop menyiapkan kerja semasa dalam pantang (hehe..)
Dialog saya pada incik suami “ibu2 sekarang bertuah, para suami semuanya supportive dan memahami”
Tugas memelihara anak tidak lagi disandarkan 101% kepada isteri/ibu sebaliknya mereka sudi berkongsi sama rata (atau lebih?)
Terima kasih bapa, dan bapa anak saya tidak terkecuali (terima kasih)
Saya dan Puan Farah masing2 dengan baby betul (biasanya pegang patung untuk demonstration)
Beza SEJU dengan baby yang Puan Farah pegang?
Baby tu tua 10 hari dari Dzakwan, anak pertama, baby girl lengkap berbib sepersalinan
Seluar SEJU, saya pun tak tau kemana..ekeke bolen tinggal CD saja
Sesi acik warna biru untuk berkongsi dengan ibu dan bapa yang hadir
Saya berdua beranak dengan SEJU sebab daddy jalan2 dgn Iki
Sementara sesi saya, saya minta tolong Linda, Hawa & Ernie pegangkan Dzakwan (Thanks dear)
Bila tiba waktu menyusu, Dzakwan tak buleh tunggu sejam dua lagi, ianya harus sekarang
Kelas pun tak buleh ditangguh2 sebab masing2 ada plan nak gi kenduri shopping2 barang baby
Jadi saya sekalikan sahaja penyusuan dan kelas
Baru saya perasan, ada bahagian yang terseksi..lalukah anda makan tengahari hari itu?
(Mode rasa bersalah)
Nursing cover (poncho) dari link ini
Gambar kenangan bersama peserta2
Ibu lain bawa bayi dalam perut, logiklah nampak berisi
Saya tak bawa sesiapa, tapi masih berisi..huwaaa…
Salam perkenalan untuk semua yang hadir,
Ibu ibu, saya berjaya menyusukan secara eksklusif bukan kerana saya adalah kaunselor laktasi
Tapi kerana saya adalah ibu
Ibu yang punyai naluri yang sama seperti anda
Selamat berjaya, dari saya & Puan Farah.
Related posts:




Seronoknya dapat kursus macamtu,leh tau lagi banyak info…..emmm….bila la ku berpeluang nak gi,jauh and masa je tak brape sesuai.Amani ada kat umah (yay…..:-D) baru amik hari jumaat aritu sebelum gi soping haha.umahku kecoh semula (ala2 mode CD rosak) yang tak tahan malam time nak keluar pegi Temerloh sepanjang jalan dok tanya “nak gi mana ni ibu”,papanya dok jawab gi Temerloh pastu tanya lagi (soalan sama-sebiji2 kuar) dok jawab la gi Bandar Baru….leh lak dia kata “bukanlah,nak gi Temerloh la”….aduhai terkono den semulo huhuhu
—
Haha : Samalah Iki “ni apa atuk?”
“Ini biskut” (sambil makan cupcake)
“Bukan, ini kek”
Hah, kalau dah tau kenapa tanya lagi? (Jerit kami beramai ramai..ekek)
sue, sy suka ayat last tu..
**saya berjaya menyusukan secara eksklusif bukan kerana saya adalah kaunselor laktasi
Tapi kerana saya adalah ibu
—
Laila : InsyaAllah SEMUA kita akan berusaha melakukannya, kan.
ya Kerana KITA SEMUA adalah ibu. No fullstop on BF insyaAllah
—
Puanpunyer, chaiyok!
vah vah vah.. ader kelas untuk kaum baper nih..
—
Vah Vah en_me bawalah isteri sertai kami ye
sue, syok tengok sue berponcho masa tengah kelas.. buat saya berangan2 mengajar sambil menyusukan baby juga.. hehe.. boleh ke? (berangan, macam lah pegi sekolah boleh bawak baby.. hihi)
—
Sya : Cuba buat permohonan kat cigu besar..hihi manalah tau kan, dibenarkan ke
tahniah pn.sue..kagum tgok u boleh buat i
tahniah pn suraya…perhhhh agak tergamam sye bace ur blog..coz dlm hari n tempoh berpantang u dh buat mcm2..ceaser plak tu..ape rahsia…?boleh kogsi skit kt ur fan..bukan ape..sye punyela jge pntg dlu..mak sye ckp skang memg r kuat..sok dh tue takut skit dtg..huhu so what’s ur comment???
Salam sue,
suka sgt2 baca blog sue (dan farah). jadik kemaruk la pulak baca tips2 dr ibu2 hebat ni..
tgk sue ni sempoi giler..byk info2 pasal penyusuan, parenting & mcm2…
Sbnrnya agak frust gak sbb akak ni, dah anak yg ke5 baru dapat fully & eksklusif breastfeed disbbkan kurang ilmu.. Tapi better late than never kan..
kraziah