Kelmarin kan gigih saya mengupdate beberapa entri dari jam 4 pagi-tak sambung tidur-uruskan anak-kemas rumah yada yada dan tiba tiba dah malam
Buhunglah tiba tiba dah malam kan..ekek
Dan malamnya saya terpengsan
Bukan pengsan betul2 tapi pengsan pengsan ayam
Baru nak tertidur, yang sana merengek, yang sini menangis
Tertekan..memang tertekan..hehe (kena bubuh hehe juga bagi memadam rasa)
Pagi semalam saya bangun jam 6 pagi, susukan kedua duanya dan berangan nak update blog
Tapi siapkan invois, pesanan, email, anak anak itu ini dah pun pukul 10.30 pagi dan saya masih belum mandi2!
Keadaan saya sangat buruk dan masam pada ketika itu ( ha..cuba imejin..keke)
Dan anak anak saya (sikecil dan sibesar) hanya mahu berlegar legar di radius punggung saya sahaja (tak mahu diletak, tak mahu ditinggal)
Ohh pening…
Kepada yang hadir menjenguk blog Mommy Luna ini, terima kasih dari kami sekeluarga
Harapnya yang baik jadi teladan dan ikutan, yang tak elok (seperti tudung senget2 comot amat), cubalah elakkan ye..ekeke

Haritu yang saya gigih ke Tesco walaupun penat adalah untuk mencari kek
Sambutan hari lahir Iki akan diadakan pada 26 Dis nanti
Tapi kalau buleh, kami nak Iki potong kek juga di hari lahirnya
Di Tesco ada Kings, bulehla beli kek yang akan menggembirakannya (harapnya)
Hari Isnin 14 Dis, lepas incik suami balik kerja
Kami ke McDonald Taman Connaught sebab di sana ada indoor playground utk Iki main
Mommy temankan Iki tiup lilin
Lilin kek Iki baru 2 ketul, kalau kek mommy, tak muat lilin nak susun di kek..kui kui
Ianya hanya sambutan kecil kecilan keluarga
Dimana Iki bebas buat ‘apa sahaja’ dengan keknya
Dan dia nampak gembira bila ‘dibiarkan’ tanpa sesiapa menegur atau mengelap mulut comotnya..ekeke
Iki & daddy potong kek untuk semua
Maksud saya, untuk semua ahli keluarga kami..bukan semua yang datang ke McDonald tu
Tak cukup kasih sayang eh cream2 yg ada wooo..hihi
Ini abah saya dengan mode ada aku kesah..ekeke
Muka beliau memang begini
Hadiah Iki dan Seju daripada tok abah & tok maknya
(Tengok, untuk cucu hadiah siap bereben, anak, reben saja pun tak merasa..ekek)
Patung Ninja Turtle ni buleh makan
Di Kings haritu ada patung Ninja & Pikachu sahaja dan Iki pilih ninja ni
Tapi sampai ke harini dia asyik bertanya soalan “ni apa?” dan “kenapa Iki pilih ni?” (isk)
Tak dpt hadiah pun tak mengapa, mommy tolong Iki bukakan hadiah pun jaaaaaadila kan bang? *oh sempat juga beri hint mahu hadiah berbalut dari incik suami
Iki main di indoor playground
Mula mula ada ramai budak budak dewasa Melayu (umur lingkungan 7 dan 8 tahun) main kejar2 dlm bahagian ni
Semua kami taknak temankan Iki main di playground sebab takut kena libas dengan budak budak yang sedang aktif berkejaran
Tapi dengan strategi yang berkesan, kumpulan budak budak itu berjaya di singkirkan (ya, dihalau)
Caranya begini
- Kenalpasti kedudukan ibu bapa budak budak tersebut (Kalau tak ada/mereka tak nampak apa yang berlaku, lebih mudah
- Puji budak budak itu yang mereka nampak dah besar dan tak best bermain di dalam playground budak-budak-tak-macho-ah!
- Buhung pada mereka yang playground itu untuk 5 tahun ke bawah sahaja (dan katakan ada ditulis di pintu playground *dimana tulisan Please Take Off Your Shoes nya dalam bahasa Inggeris* )
- Hantar ahli keluarga anda yang paling besar dan bermuka paling garang untuk temankan anak bermain …haha
Akhirnya playground ini selesa untuk budak budak seusia Iki bermain tangga dan gelongsor
Selamat Hari Lahir Iki!
Iki merengek rengek masa saya tengah sibuk email tempahan cupcake untuk sambutan majlis hari lahirnya nanti
Dia mahukan perhatian, tapi saya perlu tempah harini juga sebelum terlupa dan bagi memudahkan urusan ‘pembuat’ cupcake
Dalam hati Iki “kenapa lah mommy ni tak nak berhenti buat kerja dan main dengan aku..uwaaa uwaaa” (dengan muka paling sedih dan tangisan paling kuat)
Dalam hati mommy “Adoyai, mommy tengah buat sesuatu demi masa depan Iki juga ni (tempah cupcake?) Kalau mommy tak buat sekarang, macamana jika sesuatu berlaku? Seperti terlupa tempah..dan takde cupcake? Ha…macamana? arghhh arghh” (dengan muka paling tension dan muncung panjang tak hengat)
Nota Mommy Luna : Kalau 2 batang lilin itu boleh menggembirakan Iki, mommy boleh beli berkotak kotak. Tapi mommy tahu, yang menggembirakan Iki ialah momen mommy dan daddy temankan Iki tiup lilin iaitu ‘masa bersama’. Mommy tahu, cuma dalam byk keadaan mommy rasa tak mampu & terganggu dengan kerja/masalah dunia yang lain.
Sekian, ibu yang emosi..uhuks
Related posts:




terharunya……………….
rasa macam nk tumpnag kasih sayang kak sue jek…muahaha.
lawo kak sue pakai baju merah.:)
kenapa rasa mcm tersentuh sgt….huhuhu…berkaca2 mata ni kak sue..rasa macam nak balik rumah skrg dan peluk anak juga suami (heheheh)….
susah juga ye beranak dua…saya baru terfikir nak bg abg green light..sebab susu dah makin kurang dan saya percaya..kalau saya preggy dan bagi akmal adik…susu utk akmal dan adikpun makin byk…hahhaha..boleh ka camtu..?
selamat hari lahir iki… sama la danish celebrate 12.12 aritu… bestnyer dapat hadiah.. sue mommy cantik yg gigih.. chaiyokk
Warna merah pun cantik!!!!
Nanti ku buatkan satu warna hijau ye..!
suka idea menyingkirkan kumpulan kanak2 lain bermain d playground coz habib klu ramai org main mula2 dier akan beralah n terjerit2 mintak tolong ‘mummy, mummy’ haihhh. hahahaha
Akhirnya nampak gak si Iki sunyum (yang paling sweet) hoho……teringat my daughter tengok Iki main2 macam tu dengan mulut tak renti2 bertanya (sama kita sue weh)….tak kira sok kena bawa dia balik umah gak
yup, betul, moment dgn anak2 lah yg paling berharga.
Tu pasal kdg2 (@ slalu jugak) ku sanggup x masak, kemas rumah lps balik keja semata2 nak main golek2, gurau senda dgn anak2. Rindu kat derang mcm x jumpa setahun wooo…
acik..ni osmet acik kat mmu dulu ni..tak sangka acik skang dah ada 2 spare tyre ye,iki dah 1 tahun pun..hihi..iki,iki nak tau tak dulu mommy iki kan suka cakap dengan kura2 dan hamster..hahaha..
Happy Bufday Iki…
Wow sume looks RED…
masa zaman akak ambil spm dan pmr dulu soalan penulisan bahasa melayu ada bahagian ringkasan…kekadang tu soalan ringkasan tu dia bagi bar graf….cam contoh yg sue tepekkan kat entry ni….nak dapat markah byk kena buat ulasan tersurat ngan tersirat…berdasarkan graf tu…pada waktu cuti jumlah pelawat blog ni merudum hampir 2/3….kenapa yer….akak rasa tersiratnya ibu2 yg mengunjungi blog ni hanya mempunyai kesempatan ketika di pejabat….sibuk nak tahu citer sue yg menghiburkan ini…tapi bila weekend….kami lak yg kena berperang ngan anak2…
happy besday utk iki…
-dari Iki mots
—
Haha : Makna tersurat, hari hari Sue ‘berperang’ dan cemurukkan masa masa ibu ibu di pejabat…kih kih
Weekend Sue luangkan dengan mengambil gambar sendiri situ sana sini..
Thanks Kak Huda for the wish