Hari Ahad lepas kami sekeluarga ke Lunatots Showroom sebab saya ada temujanji dengan beberapa orang teman
Kebetulan hari Ahad kalini saya tiada aktiviti apa apa
Siapkan barang2 anak dan zassss ke showroom
Kalau nak bawa anak bermakna kena bawa segala macam makanannya
Daripada bubur kepada sosej membawa ke biskut raya
Begitu juga air soya, air kosong dan biskut Tiger
Satu plastik tu makanan kami sekeluarga saja…keh keh
Gambar gambar diambil sebelum customer datang
Kerana selepas itu saya agak huru hara tudung senget benget sampai jam 3 pm
Rasa nak minta naik gaji dengan diri sendiri..hihi
Tiada gambar saya semasa hari Ahad
Kenapa? kenapa? pelikkan..bila saya tak mahu bergambar…ekeke
Jawapannya mudah ditebak
Sebab….
Sebab….
Saya pakai tudung semalam (hihihi-malu pada diri sendiri)
Mungkin takde orang tau kalau saya tak beritahu, tapi saya tauuuuu
Dek kerana suka sangat dengan tudung hijau tu
Saya pakai berkali kali dan hari hari
Ups, ada harinya saya malas gosok baju dan tudung
Saya gunakan skill mix and match dari kelas Kemahiran Hidup Tingkatan 3
Yang mana bila dilihat berkali kali kijim2 mata pun
Tak nampak keserasiannya bersama
Macam warna tudung dan baju dibawah…hihihi
Nota mommy Luna : Saya dah mula rasa lelah sesak perut, bila hari hari ialah hari berkerja…fuhhhh
Related posts:




sue..katne sue beli toys iki yg huruf² tuh..hehehe..
—
Itu atok Iki belikan, tapi biasanya A ke tempat Z. B ke bawah sofa. O kat tong sampah (ku ugut utk buang bila Iki malas kemas balik..kijam kan?)
waa,,iki jadik assistant momy yeee..bagusss anak mommy.. (^_^)
—
Hah, kalau Hanis tgk dia bergayut gayut sambil merengek2, mesti Hanis tarik balik pujian ‘baguss’ itu..ekeke
Sue, blog jutt tak bersarang sgt dah…mehla lompat2 katak masuk….
—
Baiklah Jutt, Jutt kena tinggalkan link utk Sue melompat2 ..hihi
wahhh, baiknyer iki bersopan je dgn laptop mu, kalau danish… habis diramas2nya keyboad2 tu sampai nak tanggal.. Baiknyer anak bujang mu jd PA ye.. =)
—
Oh Lyn, tiada gambar dia angkat laptop tu ke sana kumari. Pastu kekadang siap baring dan letak atas perut, macam macam gaya..hehe