Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
Nuffnang ADV
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Luna’s Shop
Tweets

Email ini dihantar kepada saya pada pertengahan tahun 2009
—————————————————————————

Salam kak sue,

saya adalah follower diary akk lebih kurang sebulan yg lalu n baru jer b’dftr secara sah sbgi follower diyaluna/diary… ermmm, mmg bagus sgt2 info yg diberikan, ekceli kwn sy yg kenalkan psl diyaluna/diary ni. sumernyer bermula bila sembang2 ngan kwn sy tu psl susu ibu.. sy jadi seronok sgt bila ambil anak dr pengasuh mesti nmpk anak kwn tu yg pakai CD n minum susu badan..

bila b’kesempatan b’sembang ngan kwn sy tu, dia mula tanyer anak sy minum susu apa?? sy bgtau dia yg anak skrg ni minum cmpur = susu bdn+formula.dia tanyer nape cmpur n sy jwb dgn alasan2 yg sy rasa betul antaranyer susu sy x byk mcm org lain n anak sy ni kalo menetek mesti lama n sy b’anggapan anak sy x puas minum susu dr ibunya.

w/bagaimanapun kwn sy ckp sy silap n rugi sgt sy x bg anak sy susu badan..dr penerangan kwn sy tu mmg sy jadi semangat yg sgt2 semangat2nyer. tapi ade soalan yg muncul dlm benak fikiran sy ni (dan sy telah utarakan pada kwn sy tu) antaranyer betul ke ble stimulate smula susu sy ni?? betul ker sy dpt hasilkan susu yg banyak?? boleh ker sy bg anak sy menyusu fully BF..sesungguhnyer kak sue sy mmg cemburu sgt2 pd kwn sy malahan pd sape2 sajer yg dpt menyusukan anak/anak2 mereke dgn kdr susu bdn yg byk. bila sy tanyer kwn sy tu sekali pam dpt bape oz dia ckp dpt 5oz kdg2 4oz…

warhhhhh, byk tu sy penah pam (pam manual) tapi 1/2 oz pun x smpi n sbb tulah mak sy b’anggapan susu sy x byk..1 lagi sbb sy x mcm org lain x menitik2/meleleh air susu.. okes smbg balik citer, nak d jadikan citer d atas sokongan kwn sy tu sy kembali b’semangat n dia mula m’perkenalkan laman2 web mengenai info susu ibu antaranya diyaluna/diary, susuibu.com n mcm2 lagi tapi paling sy suka diyaluna/diary..

mmg b’tuah dpt kwn mcm kwn sy tu, dia sokong sy n m’beri saranan agar sy beli spactra3 mulanye mmg x nak sbb harga yg agak mahal d smping soalan bolehke dpt pam susu yg byk ni?? kalo x byk x ke rugi sy membelinyer?? tp bila diberi penerangan dr kwn sy tu sy tetap puas hati n sekarang telah m’gunakan spectra3 baru saje 5 hari t’masuk hari ni.

namun begitu kak sue, permulaan pam (dpt pam ni pas keje) sy dpt 4oz mmg gembira bukan kepalang, tp hari ke 2 nak dpt 1 oz pun susah, tp sy pam juga … smlm balik keje sy pam dptlah 3oz (utk pengetahuan akk sy mmg x pam kat opis), kelmarin dpt 1/2 oz bila pam 2 2 belah, pastu cmpur 1 oz dptlah 1.5oz… adus kak, sy hampir lemah jadinyer.. perasaan/niat utk fully BF mmg m’buak2 sgt sbb sebolehnyer nak anak BF sampai besar.. tp bila keadaan cmni hati b’kata2 dptkan aku melakukan mcm org lain lakukan??

sy pun dah cuba fenugreek capsule/domperidone utk tambahkan air susu n mmg masih meneruskan… mesti akk rasa email sy sebenarnyer nak apakan?? ntahlah mungkin utk meluahkan kerisauan d hati sy ni, sy tatau nak citer pd sape sbb sy risau jer sy ni menyusahkan kwn sy tu dgn b’tanyer mcm2 pd dia yg sememangnyer byk m’bantu sy..

Alhamdulillah sy m’dpt sokongan dr suami/keluarga… cuma suami kesian kat sy bila sy pam2 susu dgn hrpn tggi tapi x dpt byk seperti yg sy harapkan apatah lagi sy nak buat stok utk anak sy yg sememangnyer sy x nak lagi dia menyusu susu formula.

mcm mana sy nak buat ye kak utk masalah sy ni?? adakah sy mampu utk lakukan mcm akk, kwn sy atau yg lain2 lakukan iaitu fully BF anak masing2 sehingga umur 2 tahun sekurang2nyer…

kadang2 kak, t’detik dlm hati sy napelah sy x kenal diyaluna ni seawal sy pregnant lagi, mesti byk info yg sy dpt smpn n praktikkan lebih2 lagi utk fully BF n pam susu…

-saya yang runsing-

—————————————————————————–

Ibu ini menghadiri kelas Relaktasi yang dianjurkan pada 13 Jun 2009
Dan percayalah, dari hari dia menghadiri kelas sehingga usia bayinya kini 8 bulan
Bayinya disusukan 100% dengan susu ibu sahaja!

Relaktasi bukanlah mudah tapi tidak juga mustahil
Semangat ibu, stimulasi yang baik dari bayi dan pam, dorongan suami dan panduan daripada kaunselor/konsultan laktasi adalah resipinya

Ibu ini risau stok susu perahan(ebm) yang tiada
Bagi ibu yang tidak sempat membuat stok susu semasa dalam pantang
Atau baru memulakan relaktasi
Saya kongsikan tipsnya

Sekiranya bayi anda minum 15 oz semasa siang
Dan 3 kali mengepam di ofis, katakan anda dapat 12 oz sahaja sepanjang minggu itu
Anda boleh :

  1. Beritahu pengasuh anda bahawa bayi anda sudah mula minum 12 oz sahaja (siang)
  2. Hantar lebih makanan ataupun snek seperti biskut dan buah untuk anak anda (sekiranya bayi berusia lebih daripada 6 bulan)
  3. 8 ke 15 oz ebm semasa siang sudah memadai

Atau

  1. Bawa pulang pam anda dan sambung mengepam sekurang kurangnya 2 sesi di rumah
  2. Katakan bagi 2 sesi, anda dapat 4 oz. Hasil pam di ofis 12 oz + dirumah 4 oz = 16 oz
  3. Bayi minum 15 oz, jadi anda dapat 1 oz sehari untuk disimpan. Tahniah!
  4. Sekiranya diteruskan selama 5 hari berkerja, anda sudah dapat 5 oz!
  5. Mengepam semasa hari minggu, walaupun bayi anda minum secara direct dari anda. Ingat, tiada istilah susu habis kerana badan ibu dicipta untuk menghasilkan susu secara permintaan.
  6. Campurkan dan bekukan ebm tersebut 3 oz satu bekas mengikut panduan
  7. Tips : Bangun mengepam pada jam 12 pagi hingga 6 pagi (selepas bayi minum) kerana kadar hormon prolaktin yang tinggi pada ketika itu membuatkan badan ibu akan menghasilkan susu yang agak banyak
  8. Makan supplemen lain untuk memberi anda lebih tenaga
  9. Jangan tinggi ekspektasinya, selepas bayi berusia 6 bulan apatah lagi 1 tahun, ibu akan kurang menghasilkan susu kerana kadar kebergantungan terhadap susu ibu semakin berkurangan. Maksud saya, berbanggalah dengan diri anda walaupun hanya 1 oz sehari yang dapat disimpan. Tiada 1 oz, tiada datangnya berbotol2 kan?

Kan saya dah kata, ibu itu kuat orangnya :)

Relaktasi Kisah 1

Salam sayang,
Puan Suraya

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Kelas dan Kaunseling Khusus Relaktasi
  2. Relaktasi
  3. 13 June 2009- Kaunseling Relaktasi
  4. Kelas Relaktasi & Low Milk Supply
  5. Kisah Oktober Mommy-Wrap

5 Responses to “Relaktasi Kisah 2”

  • best..best..best..suke..suke..suke..teringat pengalaman dulu..

    Aini : Aini relaktasi juga? Yang baby no 2 ni Aini fully BF dari hari pertamanya kan dear?
    Mehla sharing is caring (cuit cuit pinggang Aini..hihih)

  • syaz:

    akak bila next class akak kt Sara kids TTDI tu? fees skali dgn husband brapa? kalau xpegi dgn husband tp tempat husband digantikan dgn org len bole ke? harga sama dgn dgn harga pasangan ke?

    Salam Syaz : Tarikhnya akan diberitahu kemudian di dalam blog Sara Kids dan Lunatots.
    Harga RM80 adalah dengan pasangan suami isteri dan tidak applicable untuk orang lain selain suami.

  • iranatrah:

    Menitis air mata baca email tu….bersyukur sbb dpt pendedahan awal mengenai susu ibu & dpt panduan dari sue….ira pn byk lg kene belajar….& lebih menitiskan air mata, iffah da makan nestum pd usia 4bln…nenek iffah(mama ira) bg mkn…mama ckp iffah lapar…tu sbb nangis & sakit perut….kebetulan slps mama bg mkn kt iffah, iffah da x nangis2 lg…tp ira ttp bf iffah….& terasa keakraban kami bila iffah sdg menyusu…terutama bile ira pndg iffah, iffah terus senyum wlupn puting ada dlm mulut iffah…..

    Ira : Teruskan menyusui Iffah ye dear. Kalau boleh sampai dua tahun atau lebih lama. Memang comel..interaksi ibu dan anak, bonding yang ujud memang tak ternilai.. :)

  • sabar:

    salam sue…busy lately x sempat meninjau website ni…sy ada mslh susu tetiba x byk…mungkin sbb stress kerja…sempat pam sekali ajer waktu opis…dpt dlm 4oz…smbg pam 2 kali kat rumah dpt la 6-8oz…stok langsung xder…anak skrg dh 1 th 3 bln…sy mampu bekalkan 6-8oz ajer ke rumah pengasuh…sambil tu risau takut dia x cukup khasiat….alhamdulillah pengasuh bgtau dia pandai adjust…dia minum byk air kosong bila dia rasa dahaga…tp bila g ambik ptg mmg x menyempat terus mintak susu…then bila kat rumah pun bergayut ajer…mungkin dia nak ganti ms siang kot…nmpk dia sihat dan aktif mcm biasa…ada tips nak tambah stok tak? Sy risau bila kena kerja luar…mesti sy x sempat pam…lg x cukup bekalan utuk anak…apa yg perlu ku lakukan?

    Sabar : Seperti yang pernah saya nyatakan, selepas umur bayi setahun, ibu akan menghasilkan susu yang kurang berikutan permintaan bayi dan perubahan hormon dalam tubuh ibu.

    Sabar boleh :
    - Mengepam 3 jam sekali di ofis
    - Teruskan menyusui bayi semasa dirumah/pulang dari kerja
    - Bekalkan makanan yang tinggi kalsium, zat besi dan nutrien lain yang diperlukannya.
    - Cuba milk booster (berkesan dengan stimulasi pam 3 jam sekali)
    - Mengepam malam jam 12 pagi sehingga 6 pagi ketika hormon prolaktin tinggi

  • hana:

    Petua-petua yang saya amalkan utk byk susu :
    1. Jaga makan (mkn makanan yg berkhasiat)
    2. Saya minum air halba setiap malam (mmg berkesan)
    3. Kerapkan mengepam (utk merangsang ehem..ehem anda mengeluarkan susu)
    4. Bila nak pam gentelkan puting ehem..ehem..anda (bukan puting botol susu ye..)

    Hidup susu ibu..hehe

    Terima kasih dear for the useful tips :)

Leave a Reply