Semalam hampir seharian saya tiada di showroom
Kepada teman teman yang mahu datang semasa weekdays
Call dulu untuk appointment ye
Biasanya saya setia menanti di kedai
Cuma ada hari harinya saya tiada keluar bershopping menguruskan sesuatu
Ianya untuk majlis hari Sabtu(10 Oktober) ini
Kelas Persediaan Penyusuan + Hot FM Viva Zoomers + jamuan hari raya yang bertempat di Sara Kids, TTDI Jaya (Klik sini untuk peta)
Lunatots dan Sara Kids perlu menyediakan beberapa hadiah untuk 20 ibu bapa yang hadir awal ke ‘tempat kejadian’ (seawal 12.40 pm)
-Jangan lupa kata laluan Lunatots ![]()
Hadiah istimewa pula untuk ibu bapa dan bayi mereka yang menang peraduan yang kami anjurkan
Sesi memilih bakul yang sesuai diletakkan product range of Lunatots Cloth Diaper/Lampin Kain Moden
Goodies yang saya beli ?
Oh oh..biarlah rahsia…hihihi (Pinjam tajuk lagu Dato Siti)
Ianya sekadar untuk suka suka menggembirakan hari dan hati anda
Bagi tujuan makan makan pula
Kami terjah bahagian wholesale Mydin USJ
Tu dia…sayup mata memandang kekotaks
Sesi makan makan pada hari Sabtu ini ialah pot luck tapi saya belum fikir nak tempah masak apa
Lepas shopping yang mana perlu
Kami ke bahagian baju baju yang tidak perlu
Saya teringin nak carikan baju sempena Deepavali untuk keluarga kecil kami
Saya dah pernah ajak suami ke kedai kedai India di KL untuk cari sari
Tapi dia buat muka blur “Sari nampak perut tau” (Dengan bahasa lainnya “Perut Sue kan buncit besar” uwaaa…
Saya beli 2 helai Kurta untuk saya, 1 untuk Iki dan suami
Bagaimana rupanya kami nanti?
Akan saya tempekkan gambar di kemudian hari…hihih
Mari menyahut seruan 1Malaysia
Selain itu, saya terambil beberapa helai kain chiffon saree untuk ahli keluarga yang lain (boleh dibuat baju kurung)
*Yang ada di troley itu bukan kain yang saya ambil sebab lepas tu saya letak balik, ambil yang lain, letak balik, ambil lain pula secara berulang ulang
(Kes rambang matoo weh)
Dah sudah pusing kawasan, saya ke Medela di Dataran Palma
Dan saya bukan sendiri
Kalau shopping sorang2, macamana lah saya nak berposing dengan Kurta Pink sebegitu ayu kan..(Oh cepat skrol semula gambar saya di atas-kelip kelip mata check part mana yang ayu) hihi
Terima kasih Farah sbb bawakan acik & perut pergi jalan jalan ![]()
Kami bergambar di Medela sambil paksa Siti Medela yang lawa tangkapkan gambar kami
Bagi menghargai jasa Siti, saya bergambar berlatar belakangkan beliau
(Mesti beliau vanggaaaa)
Beliau berbisik2 dengan kuat “Lawa baju ko nyah..kat mana ko beli?”
Jawapannya “Kodai mak ada nyah, ni senang nak menyusu, ada bahagian untuk diselak”
Saya sebenarnya mencari Nursing Pillow di bawah untuk menyusukan SEJU nanti
Serik rasanya sakit belakang nak susun bantal keliling katil semasa menyusukan FIJU (Iki) dulu
Dan memang nursing pillow ini berada dalam list penting menanti kelahiran saya



Bayi yang baru lahir agak kecil dan perlu diampu dengan tangan semasa menyusukannya
Lenguh wei kalau ampu gitu gitu je
Kalau guna bantal buat tidur tu pun buleh cuma banyak bantal yang perlu digunakan
-Kiri, kanan, depan, belakang- dan nursing pillow ini insyaAllah membantu mengurangkan tekanan ibu yang BANYAK semasa menyusukan nanti
It is HIGHLY recommended by me
Klik sini untuk membeli
Selain itu, saya beli Kiddopotamus SwaddleMe yang boleh digunakan untuk membedung SEJU nanti
Jadi tak perlu guna kain lampin segala untuk bedung baby
Dan penyusuan semasa berbaring akan lebih mudah sebab baby dalam keadaan dibedung


Andaikata nak tukarkan CD nya, ibu/bapa hanya perlu buka bahagian kaki tanpa membuka bedungan tangannya
Wow, saya suka!
Klik di sini untuk mendapatkannya
Nota mommy Luna : Bagi barang2 SEJU kali ini, saya lebih beretika dalam memilih kepraktikalitiannya (berbanding pengalaman pertama)
Yang penting, ianya mudah dan selesa untuk menyusukannya dari hari pertama, insyaAllah
Related posts:




kalau dekat lama ku terjah…cayalah kak sue…dalam sarat boleh buat mcm2..zah diwaktu2 ini hanya boleh baring ajer..sebab sudah buncit gumuk pendek..hahahha
—
Haha : Pst Izzah, akak jalan dengan saaaaaaangat lambat. Take sweet time gitew (sebenarnya mata melilau pandang baju sana sini)
Alahai…bagusnyer….yelah sekarang ibu2 semakin bijak…
sangat2 bagus….blh jadi gift kan….nak beli utk diri sendiri…baru je melepasi…
Hmmmm…..modern kain bedung pun bagus jugak…wah….menariknye…
—
Shogun Na buleh simpan untuk junior juniormu yang seterusnya..hihi