Mulai hari ini, saya perlu lebih berdisiplin
Dengan cara mengallocatekan satu jam pertama dari waktu kerja untuk mengupdate blog
Kerana jika saya tidak berbuat demikian
Makin lama gambar di dalam folder goblog menjadi semakin banyak di dalam laptop mintakan perhatian
Ini kisah bulan Ramadhan
Kami berbuka puasa di merata rata (merata rata maksudnya selain rumahku sorgaku)
Pernah beli juadah di pasar ramadhan dua tiga kali je
Menumpang kasih berbuka puasa di rumah teman teman berkali kali
Selebihnya menumpang kasih di mana mana kedai makan
Hari terakhir sebelum balik ke kampung
Kami berbuka puasa dengan keluarga Sya dan Huda di Satay Kajang
Tahun ni dah berkali kali juga kami ke Satay Kajang antaranya Jan 2009 dengan Kak Yaya sebelum beliau ke UK dengan suaminya
dan April 2009 berjumpa Kak Ummi Ina & Haza yang lawa
Bangunan atas Satay Kajang Haji Samuri ditutup (tak pasti ditutup sementara atau selama lamanya)
Begitu juga ruangan beraircond yang selalu jadi tempat favourite kami yang beranak kecil ni
Dan tiada lagi pekerja mengambil pesanan, sebaliknya perlu order di kaunter
Bayar dahulu, ambil kuah kacang dan air masing masing, lamaaaaa lepas tu barulah satay akan dihantar
Pilihan satay pun tinggal satay ayam, daging dan perut
Tiada lagi kambing, arnab, kucing, rusa seperti suatu ketika dulu

Sementara menanti satay sampai, sempatlah kami yang lapar habiskan nasi impit ni

Ini baby Irdina Batrisyia, anak Huda & Saiful yang lahir pada 20 Julai 2009
Berusia 2 bulan++ dan mamanya kata tak tau ikut muka siapa
Yang pasti, mamanya kata perangai ikut papa yg suka mengamuk
(Wahaha..pandai pandai je mama Dina ni
)
Iki teruja sangat dengan budak kecil
Dia tanya “adik…..nak dukun?” *dukung
“Naik car, nak?”

Somelkan baby?

Ini group ibu ibu sedang bergosip
Mentang2 anak diam bersopan santun..hihihi

Group bapa bapa berbual
Wah…kenapa korang tak pegang anak pun?
Masing masing berlakon bujang ye…hihi

Saya duduk tak bangun2 kes makan kekenyangan
Susah nak ambil gambar beramai ramai sebab sekejap Iki pandang tempat lain
Sekejap lagi Dina pandang mama bergosip
Sekejap lagi Qistina penat boring bergambar…hihihi

Jadi sekeping ni je yang ada buat kenangan di hari tua
Moral of the story : Kalau ada yang sudi makan makan bersama di area sekitar Cheras atau Kajang, calling je Mommy Luna. Nanti saya datang bawa keluarga kecil kami. Selagi perut mampu digendong, saya akan berusaha!
Puteri Orkid merelip relip, Suraya (kih kihhhhh)
Related posts:




tak nampak pon gambar orkid?lenkali buh tgn kat bahu iki.. supaya lebih bersinar..hahahhaa
—
Orkid? Tak nampak? Oh…kena beli lagi besar nampaknya ni bang …hihihi
sue..sya suka gambar kat bawah skali..:)
—
Oh Sya suka Sue sengih begitu (padahal Sya suka gambar Sya senyum..hihi)
wah, ni mcm small gath budak2 MMU lak! hahaha
—
Ha a ye, ada Firwan, Sya, Shazwan, Suraya, Huda
Sue,
Gembira tengok Huda dah pandai pegang baby… tak percaya huda dah jadi ibu…
—
Ha a kesian Kak Zana dah lama nak tgk gambar Huda dan baby.
Inilah Irdina Batrisyia, mama & papanya
tak nampak orkid =(
—
Acu perlu renung dalam dalam guna mata hati..hihi