Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
Nuffnang ADV
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Luna’s Shop
Tweets

Ikutkan hati nan tulus murni takde sapa cakap, cakap sendiri ni, hari hari saya nak update gambar blog saya
Oh oh bukan ada apa apa yang penting dan berilmiah
Cuma ada hari harinya tiba yang rasa nak bergambar di sini sana
Dan semua gambar tersebut akan jadi berjarak dekat sbb sayalah model lantik sendiri, sayalah photographer ..hihi
(Kalau ada paparazi upahan ikut saya sana sini, baru lah boleh ambil gambar aktiviti si Luna dari jauh)

Sambil sambil tengok gambar, saya akan eksplenkan mengenai baju mengandung tanpa ditanya
Ehem ehem, set di bawah ialah warna hijau kuat hadiah raya dari Kak Yong
Katanya jalur jalur menegak sengaja di pilih bagi menampilkan imej kurus
Dan butang di bahagian dada baju bagi kemudahan menyusukan anakanda
Terima kasih Kak Yong!

Muka acik dibawah gigih sbb nak pergi shopping di Jusco
Nak cari bekas kuih, nak cari bekas kuih, nak cari bekas kuih
Motifnya : Nak isi kuih untuk dimakan sendiri..hihi
29092009357

Round round Jusco yang lengang
Senyap sunyi macam dilanggar garuda
Pekerja pun lagi ramai dari pelanggan
Ape kes shopping lepas hari raya sale sume dah habis kan?
Sebab masa saya datang sebelum hari raya, Jusco penuh sesak dengan umat manusia sekalian alam
Tak muat nak lalu perut saya yang ala ala ni (alasan seorang wanita meroyan shopping)

29092009358

Mencari bekas kuih pun tak sesusah yang dijangka sbb ada 3 pilihan ni je..hihi
Saya pilih yang senang dibuka, senang ditutup dan tak masuk angin serta menyelerakan mata memandang iaitu bekas dibawah
Kalau kalian datang ke Lunatots Showroom, jenguk2 lah bekas kuih di sudut showroom paling dalam ye

29092009359

Pusing pusing beli vacuum dan air cooler untuk ofis
Pusing lagi cari purse dan handbag
(Kes kad kad hutang berterabur dalam handbag tak muat nak letak dalam purse)
Saya test purse ni di pasaraya itu juga dengan soalan “dik, boleh tak akak nak test masukkan SEMUA kad kad akak ni sebelum memilih purse yang serasi dengan akak?”
Haha…senyum simpul adik lawa tu :)

29092009360

Prffff…bila saya belek belek barang barang meroyan yang saya ada
Semuanya MERAH menyala!
*Jam tangan hadiah dari ZEN

Gambar ini agak gelap sbb diambil didalam kereta pada jam 8 malam
HAH, apa saya buat tanpa mengambil anak lagi dan masih dalam kereta di kawasan ofis?

29092009368

Kisahnya kunci stereng saya hilang
Turun nak ofis-kereta-ofis balik tak jumpa jumpa
Cari punya cari punya selongkar, saya call suami, suami callkan tukang kunci
Tukang kunci datang bawa gerudi segala untuk bukakan kunci stereng saya itu

Wah…sangat penat dan speechless
Dan incik suami tak marah saya pun (mujur…)
Dia cuma cakap tersengih2 menahan penat berulang alik mencari kunci
Dan saya berkata perlahan “Mommy dah buat yang terbaik dah harini :(
Mulalah mood sedih tiung tiung berkumandang…hihi
Acik sedih pagi hari gigih ke Jusco cari troli, renew membership card, cari buku di MPH, tolak troli berisi vacum, air cooler dan bekas kuih etc etc, cari parking ntah park kat level mana, balik ofis siapkan pesanan, vacuum kedai, entertain customer yang datang
Dan bila tiba hari petang, kunci stereng pula hilang..uwaaa…
*Locksmith ni cas RM70 bagi servis menggerudi yang amat berhati2 takut merosakkan airbag

29092009364

Dah alang alang masih di kawasan ofis, xbos lama jemput ke ZEN makan makan
Wah…ni la namanya –> there’s silverlight at the end of tunnel
Berbaloi semua rasa penat dengan hidangan nasi, kambing, ikan, daging, ayam bagai…hihihi
Sementara kawan kawan lama saya meeting
Saya tumpang makan di tempat lama yang pernah saya jajahi duduki

29092009370

Sudut pandangannya masih sama, Nendoroids beratur meraih kasih sayang

29092009371

Dan meja ‘kemas’ jiran sebelah cubicle saya pun masih sama
Masih penuh dengan Nendoroids kegemarannya pelbagai saiz

29092009372

Oh ini bukan Nendoroids..hihi
Ini anak Mr Yap bernama Hui Yi yang sangat gembira bermain suis
Rambutnya sangat cantik…dan comel :)

29092009369

Ha…ada banyak lagi gambar dalam laptop saya
Kalian jangan bosan dulu ye..selalu2 melawat blog ini untuk perkembangan perut Luna yang lebih mantops :)

Nota mommy : Dan mommy terus bergerak dan bergerak..hihi

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Mommy – 31 weeks
  2. Cencalok Untuk Mommy
  3. Template Baru Mommy
  4. Bila Mommy di Rumah
  5. Mommy Masih di Kuala Kangsar

9 Responses to “Mommy bergerak dan bergerak”

  • fatonah:

    comey yer hui yi ni….ni yg berangan nak bby girl ni…ameen..si kiut ni pakai baju kurung kan sue?

    Comel kan Fatonah..hihi..Ha a, pakai baju kurung. Fatonah menjangkakan baby girl kah dear?

  • cepat apdet lagi dan lagi kak sue…tak saba nak bace :)

    Kih kih : farah jangan menguap sambil membaca tau…kalau menguap pun kaver biar sampai air mata keluar daripada kak Sue nampak..hihihi

  • sue..beli balang nak buat open shop ke? :)

    Munira : Niatnya begitu..tapi tiada kekuatan kudrat :) insyaAllah lepas melahirkan, Sue buat majlis makan makan cukur jambul :)

  • merah yer sue??? ;) hehehehehehe

    Merah menyala Sue hujung tahun ni Za..

  • sya:

    huih… banyak bergerak.. bagus, bagus… senang nak bersalin.. :P

    hmm, masa saya dulu, bergerak sikit dah rasa penat…
    tapi, kalau ronda dua-tiga shopping complex, takde rasa penat pulak.. hihi

    Haha : Sue kalau shopping barang2 Sue, cam ada lebihan tenaga. Tapi kalau bahagian komputer, alat letrik, kereta etc etc…terus lesu…ekeke

  • haza:

    comeinya hui yi berbaju kurung…. wah wah… *mode berangan.. hahahha

    Wah wah haza : Berangan ye…hihi..sila sila :)

  • Teori berjalan memudahkan bersalin???
    Jadik tau Sue …
    Cuba la jalan banyak-banyak bila dah nak dekat EDD …

    Wat macam akak,
    Hari tu, akak pergi J card members’ day sale kat midvalley shopping (sakan) sorang2 …
    Esoknya terus deliver …
    Alhamdulillah …

    Hahahahahaha …

    Kak DNNA : Kalau jalan jalan time ‘rasa’ nak shopping tu tinggi, sangat bahaya. Elok jalan jalan masa lepas bayar bil, hutang kira komitmen sana sini jadi ‘rasa’ itu lebih terkawal..haha

    Wah, kalau nak dekat sangat dengan EDD, Sue terbayang kalau Sue sakit nak bersalin, pengawal Jusco sorong Sue guna troli..hihi

  • fatonah:

    mmg pon sue…scan doc kate pompuan…tapi dah dkt due ni tibe2 terpikir kalo2 kelua nanti cam haiqal gak!!!.terbayang nak letak mana baju2 pink tu nanti..huhuhu

    Haha : Fatonah, Sue pula imejin, kalaulah SEJU nanti wanita nan ayu cam mommy dia, confirm lepas balik hospital, Sue singgah mana mana beli gaun putih berbunga bunga pink.
    Takpun order online pun mudah, cepat dan selamat..hihih

  • amboih…semuanya merah. sue suka warna merah ke?

    Nadiah : Makyong ni susah di jangka…Sue nak kirim apa apa yg berwarna pink kemerah merahan kalau Nadiah balik Malaysia ye :)

Leave a Reply