Entri ini sekadar berkongsi, yang baik boleh dijadikan teladan
Yang tak elok, buleh jadikan sempadan utk tidak melakukannya ya
Saya nak bercerita tentang sepanjang minggu yang genting menyediakan Lunatots Showroom
Mungkin ada yang boleh dijadikan panduan atau buat semat sematan di hati teman teman
Ianya tiada dalam perancangan awal saya
Dan tiba tiba sahaja terdetik dan terfikir “jomlah realisasikannya”
(sambil melompat turun dari katil-tak lompat pun tak apa sebenarnya)
Kalau disenaraikan buruk baiknya, mungkin lama saya akan duduk dan menulis sehingga ke hari ini agaknya..hihi
Pada masa itu saya cuma terfikir, kalau bukan sekarang, bila?
Dan kalau bukan saya, siapa?
Bermula dari hari membayar deposit kedai, hari hari agenda saya ke kedai hardware
Beli cat, beli karpet, beli windows blind, beli rak, gondola, offer bin, aircond, pintu, mangga, kerusi dan meja
Baru saya tau dari semurah murah cat ke semahal mahal kapet
Selama ni kapet hanya ‘kapet’ di mata saya
Memang hanya jauhari mengenal manikam

Hari hari juga si kecil ni tolong vakuum ruang baru kami
Sementara daddy, umi, abah, atok dan mak ngah mengecat

3 malam sudah mengecat, kita beralih ke pemasangan kapet ye tuan tuan dan puan puan
(Mode verangan jadi Eric Deko Idaman)
Kali ini kami dibantu oleh Puan Haza sekeluarga
Saya sangkakan mudah sahaja pasang kapet, rupanya tugas ini antara yang paling susah
Sebab bukan letak gitu gitu sahaja kalian
Perlu kemas2 dan digam dengan kuat supaya tidak gelembung

Kami tak besar dan kami tak kuat
Bila berkerjasama, semua jadi mudah… (refer gambar dibawah-pembantu kecil yang ‘membantu’)

Biarpun karpet tak habis dipasang lagi dalam satu malam (sbb malam malam seterusnya suami berkerja malam)
Saya dah order gondola di bawah
(Namanya gondola ye kawan kawan)
Padan elok dengan tiang seri kedai kami kan kan ![]()
(Masuk lif tekan sendiri nak pi tingkat mana)
Saya tak berani tawar diri khidmat pemasangan karpet
Nanti sampai ke dinding pula kapet showroom kami..hihi
(Sungguh, saya bukan rajin teliti orangnya)

Gambar di ambil semasa encik suami tengah ‘kerjakan’ pintu Lunatots
Saya pun tak faham motifnya tapi dia kata dia ambil gambar ni supaya dia tau bagaimana nak pasang balik selepas buka macam McGyver
Kalau saya, alang2 dah ambil gambar, apa kata senyum masuk sekali interprem kan..hihi
Puan Farah dan suami dari Sara Kids
Kalau kalian nampak rak2 CD di Lunatots, ianya ikhsan team Sara Kids
Dialog belakang tabir “Sue, amik gambar aku ni..gigih aku berkerja ni tauuu” keh keh..

Sambil2 ambil gambar orang, saya berkerja juga kalian
Bukannya duduk duduk menghela nafas panjang je (mode defensif wanita mengandung)
Saya pasang windows blind itu itu *di dalam gambar
Saya juga yang arah orang aircond utk pasang sini dan situ


Tugas yang paling saya sukak ialah membeli belah barang baru
Apa apa sahaja yang baru
Tong sampah baru, file rack baru, cermin baru
Tak sempat buka majalah hiasan dalaman
Saya dah beli semua yang saya mahu..kih kih

Sampai 2 troli saya memborong
Siapa sangka wanita mengandung punyai keterujaan terhadap shopping yang melampau2..hihi

Dan sehingga ke hari ini, Lunatots Showroom masih dalam proses ubahsuai
Dari paip air ke lapik kaki
InsyaAllah perlahan2 semuanya akan stabil dan menceriakan mata hati teman yang datang melawat
Sekeping dua gambar buat tatapan teman sebelum saya sepah2kan
Ianya kecil tapi cukup besar maknanya sebagai outlet pertama kami, insyaAllah
Saya bersiaran dari bilik ini lah kalian

Lunatots HQ turut menjual barangan penyusuan susu ibu dan produk2 yang turut terdapat di www.lunatots.com
Antaranya tuala wanita kain untuk kaum wanita
(Tiada lagi campur tangan bahan kimia bulanan)

Bagi yang mencari baju kurung cotton utk si kecil anda
Ada pelbagai warna dan saiz utk dipilih dan digayakan ![]()

Meja kaunter dan tetamu

Bagi yang mencari cari arah ke sini,anda boleh Google Map dan cari Cheras Business Centre
Ianya berada betul2 bersebelahan MRR2 di bulatan Tesco Extra
Waktu operasi ialah 9 am – 6 pm (Isnin-Jumaat) dan 10 am-3pm (Sabtu&Ahad)
Iki, ajak semua aunti2 dan uncle di luar sana datang ke Lunatots (arah saya)
Iki “Jom ke mari borong CD”


Nota mommy : Iki berlengas merelip relip… Mommy dia 2 kali ganda berlengas..ekeke
Terima kasih pada keluarga dan teman teman yang membantu sepanjang pe’nyetup’an Lunatots Showroom
Lunatots Showroom dibuka setiap:
Isnin – Jumaat dari 10am hingga 5pm (tutup hari Selasa)
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum dari 10 am hingga 3 pm
Hubungi 0125880515/0125280515 sebelum hadir


Signboard dari luar showroom

Signage sebelum naik ke showroom

Alamat kami:
16-2-1, Blok A, Jalan 5/101C,
Cheras Business Centre,
56100 Batu 5 Cheras, Kuala Lumpur.
Related posts:




salam sue. tahniah sudah ada showroom!!!
semoga terus berjaya ye!!
kerja kerja juga tapi jaga diri n baby ya!
—
Terima kasih Kak Yati : Kalau akak dan abg ke Cheras, jemput singgah ye
bye the way, nak cakap akak dah lama link blog sue kt blog akak (wah dah lama baru nak minta izin)
seronok follow life sue as WAHM. eh dah tukar NWAHM
—
Ok Kak Yati, link kan lah.. Sue pun tengah menyinggah blog akak di Subuh hari
(Kalau dtg rumah org betul2, confirm takde sapa sudi bukakan pintu..ekeke)
tahniah dear…sangat bangga dgn semangat mu..
—
Kila, terima kasih atas ‘kefahaman’ Kila pada Sue selama ni. Take care ye.
uikkkk… best2, tahniah ye sue.. moga lebih jaya untuk ku jdkan teladan.. =)
—
Terima kasih Lyn..moga umidanish lebih ceria dengan Lunatots ye
x muleh nak pegi la showroom ni..
jauh sesangat..
klu x leh ama ketuk2 paku gantung2 frame..
nnt ama bukak kedai nak ajak iki tlg vacuum leh? hihihi..
nway, chaiyok..chaiyok!!
—
Ama memang dok jauh2 takut kitorang dtg cubit cubit pipi si kecilmu kan?
Buleh..nanti beritahu, Sue poskan Iki naik belon
tahniah sue!
Dah 20++ dah kite ye (hish, siap kosongkan angka belakang..ekeke)
and happy belated birthday!
nanti leh laa dtg, nak beli baju kurung…
saiz raina ade tak? heheh
dah beli tp besar laks
—
Terima kasih Hawa
Jemput dtg dengan Reza dan Raina..Raina shomel mcm mak dia la tu..
tahniah Sue!!!
Akak tumpang vangga sue da sukses ke tahap ini, vangga2 kembang kempis idung nih.
oh, hepi belated besday yerk, semuga pjg umor n murah rezeki melimpah2 ruah.
Psst: Iki n sue sudah membesar bagai johan la …tomei tomei :p
—
Uwah Kak Nurul : Tak ada apa sangat lah..tgk Hafeez berlari keliling rumah baru dia lebih mengujakan tauu..
Terima kasih atas ucapan birthday itu
Pst : ‘Membesar’? Siapa? (Pandang kiri-kanan-belakang) Kekeke
waaaa…bestnya…muda2…dah jadi businesswoman..tahniah….
*terfokus pada perkataan muda je..kih kih
—
MamaCt : Muda? Uhuk uhuk (batuk sambil senyum senyum meleret)
Saya tak muda la mamact…Terima kasih atas ucapan tahniah
Congratulation.. I’m proud of you..
—
Terima kasih AMS
sue,
congratezz dh bukak kedai baru..harus ku terjah gamaksnyerr..ku nk beli CD mu..x pndai lar beli online..nnt ku dtg kedai mu..chayork2!!
—
Salam E-car, jemput bawa Eiyman. Besar hati Sue kalau e-car sudi datang
congrate sue. insya Allah bleh menyinggah
Kak Huda dan anak anak sihat?
—
Kak Huda, jom jom singgah
sue tahniah juga dari jutt. akhirnya termakbul jua impianmu. semoga berjaya dunia dan akhirat. ku hanya mampu menumpang bangga. nanti2 ku singgah ek
—
Terima kasih Jutt..Singgah dengan Aimin nanti ye
sue..tahniah dari ina..bangga org melayu dah maju setapak…nak order cd baru tapi x terorder2 lagi…sibuk sgt222…dah la sakit mata baru nie…MC seminggu…..nak cover balik keje menimbun nie…..
Take care dear!
—
Salam Ina : Terima kasih. Kesian Ina, kalau tak sihat, semuanya tak bermakna di mata kan
UiHhhh, memang tak mudah sebenarnye kerja2 membukak kedai ni ye …
Rumit rupanya kan …
Tahniah Sue, kerana berjaya mengharungi semua pancaroba (ewah) …
Akak doakan saksessssssss sentiasa, amiin
p/s – Tutup satu bab, bukak bab lain plak – Lepas ni kena bersabar melayan karenah tetamu yang mampir membeli di kedai pulak kan … hehehehe … Senyum sokmo
—
Terima kasih kak DNNA : Betul, dari semua sudut perlu diperhatikan. Itupun Sue abaikan dari sudut akaun
belanje sampai lupa diri..ekekeSalam Sue…
Tahniah ye, seronok tgk Lunatots da ade showroom. Alhamdulillah, kami dah pun sampai ke sana last week. Cik Haza yang sambut kedatangan keluarga kecil kami…(tokey kedai sedang berceramah pasal bf di perak gamaknye…)Hehehe…
Semoga maju jaya. Diana seronok kenal ngan Sue, seronok baca celoteh tanpa henti Sue kat blog(kih…kih…kih).
Jaga diri baik2 Sue.
ikhlas dari,
Ibu ‘Aina @ Diana
—
Diana : Nanti Diana datang lagi, insyaAllah kalini Sue ada di kedai
Terima kasih atas doa dan sokongan Diana sekeluarga. Aina boleh lari lari dalam kedai aunty Sue sbb tak byk barang..ekeke
congrats dear su
bangga dengan mu
usahawan wanita yg gigih
—
Thanks Zue : Nanti bawa si kecil datang kedai Sue pula ye
Abah nye bawa sekali, nanti kelam kabut Zue nak sopping..ekeke
raya ni jgn lupe wat open kedai yer!!
heheheh
—
Buleh buleh…hidang kuih raya versi pot luck.. (uih sonoknya nak makan biskut cornflakes
kut kut ada mommies yang bawa)wah comelnye showroom lunatots..:) cm sya..
—
Sya : Kecil je macam Sue (eh macam Iki..ekeke)
Comel macam Iffah & Qistina
salam k.sue.. santek showroom! emm.. nk tnya kt mn k.sue beli sofa? hehehe
—
Salam Maria : Uhuks, terima kasih dear. Sofa beli di kedai perabot berdekatan kawasan rumah..hihi