Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
Nuffnang ADV
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Luna’s Shop
Tweets

Dah lama tak berblogging, ada rasa segan silu
Masih ingatkah kalian pada ku yang seketul ini
(Ahaks, jelas gedik sopan kan)

Macam ni kalian, masa saya tak update blog, saya jemput kalian menjengah entri2 lama buat penawar lara (gitu)

Ada banyak benda yang berlaku
Yang perlu disusun dan dicerita satu satu..hihi

Pada yang masih terkenang2 ruang tamu saya yang penuh dengan kotak2 sampai tiada tempat nak duduk
Alhamdulillah, kotak dah makin surut dan boleh diagih2kan kepada yang memerlukan
Saya cuba jualnya pada van lalu lang yang membeli surat khabar lama
Tapi mereka tidak membeli kotak rupanya
Lalu semuanya masih ada didepan rumah saya sehingga hari ini

Saya teringat sebuat blog yang saya jumpa masa blog hoping tempoh hari
Ada pertandingan ‘Sudut Paling Buruk dalam Rumah Saya’
Kelakar…agaknya kalau saya ada hati menyertai pertandingan itu, penuh entri saya dengan gambar dari pelbagai sudut rumah..ekeke
Ada yang memerlukan kotak?
Jemputlah ambil di Taman Wangsa Cheras

28072009122

Genap sebulan saya berkerja dari rumah dan ini bulan pertama saya tidak bergaji
Beza dengan berkerja dengan majikan, dimana saya akan rasa gembira melayari CIMBclicks apabila hujung bulan
Tambah tambah bila melihat sedikit pertambahan jumlah
Bila sudah berkerja sendiri, tiada hari yang saya senyum dari pagi ke malam
Hari hari adalah hari berkerut dahi
Dari pagi ke petang, saya ada agenda yang perlu dipatuhi
Walau takde bos yang akan marah mahupun KPI yang perlu dipenuhi
Saya masih belum berkesempatan menarik nafas lega
Harap-harapnya di suatu hari yang tenang, saya mampu berbuat demikian kan
(Entah2  masa Iki masuk kolej nanti..keh keh)

Minggu lepas saya ke bank utk masukkan duit pelaburan ASB
Tidak banyak, tapi berdikit2 kan lama lama jadi bukit antarabangsa
Minggu sebelumnya masa saya bersemangat nak menabung, bank penuh dengan org2 yang lebih banyak duit dari saya..ekeke

Yang dibawah ni bukan model mana mana servis Maybank
Saya nak tunjuk muka menggelupas2 yang terkini
Selain itu, jerawat masih tak surut..isk..
Dan saya pergi berjalan2 seorang diri dalam keadaan yang comot
Tudung Sarimah yang lusuh, baju T tidak bergosok dan seluar track yang tak pernah dibawa jogging
Saya cuma percaya kepada diri sendiri sahaja (berkata sambil menggenggam buku ASB dipoket)..ahaha

28072009125

Lepas ke bank, saya ke Tesco mencari barang
*Inilah antara tugas WHAM/NWOM, asyik ke supomarket je selang 2 hari sekali
Bukan apa, ada je yang tak cukup dirumah rasanya…keke
Imej comot yang saya gambarkan dalam perenggan di atas ada dalam cermin di bawah
Bila berjalan sendiri ni, jiwa rasa kurang tertekan
Sebab bila org lain pandang2 pun, mereka  tak tahu isteri siapakah seleweh amat rela dia keluar begitu…hihihi

28072009128

Berbekalkan sehelai kertas yang tertulis barang2 utk dibeli
Gigih saya membeli belah sendiri selepas menyalin resepi asam pedas di blog Syayassir

Ini resepinya
—————-

ikan masak asam pedas suhaila

bahan2:
bawang besar, di belah 4, ambil 1/4 dan hiris
bawang putih di hiris
lada kecil (satu dua biji)
kunyit secubit
garam secukup rasa
bunga kantan belah 4
daun kesum 4,5 helai
asam keping
ikan 2/3 ekor

cara memasak:
1) panaskan sedikit minyak dalam periuk comel untuk menumis
2) tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris
3) masukkan air + kunyit + asam keping
4) masukkan bunga kantan dan daun kesum
5) setelah mendidih, masukkan ikan
6) taburkan garam secukup rasa…

———-

Semua barang2 ada dirumah kecuali ikan, daun kesum dan bunga kantan
(Bawang putih, bawang merah, kunyit dan asam keping wajib lah ada kan kan..)
Sya, lada kecil tu cili padi ke cili merah Sya? Ihiks..
Ikan pula, ikan apa apa ke Sya?

Round round cari bunga kantan
Mata hati saya bersinar2 bila terjumpa apa yang dicari
Membeli belah di supermarket lebih mudah kerana semua sayur dilabelkan..ahaha..
(Kaver menahan malu kerana sebelum ni saya terambil jantung pisang yang kecil kerana menyangkakan itu ialah bunga kantan)

28072009130

Dan daun kesum….OUT OF STOCK
Ramai org Cheras buat asam pedas Sya agaknya :(
Jadi saya letakkan kembali bunga kantan dengan cita cita yang saya akan kembali utk membeli selepas Sya beritahu lada kecil tu apa..hihi

28072009129

Saya teruskan perjalanan ke pokok2 bunga
Sungguh berjiwa ‘hijau’ kan saya..kui kui
Saya berkenankan pokok dalam cengkerang siput ni

28072009131

Tapi kat mana pula saya nak sangkutkannya?
Rak CD? atau buaian SEJU nanti?
Saya letak kembali pokok tersebut kerana saya akan beli mungkin selepas di halaman rumah saya ada rak penuh pokok yang sama seperti di Tesco ini kan bang?
(Eh, terletak dialog suami isteri pula)

28072009132

Wiu wiu barang lain yang saya perlukan ialah bahan2 membuat Puding Diraja
Saya beli pisang, nata de coco  dan tepung kastad bagi menyempurnakan rasa puding pisang saya

28072009133

Gambar puding pisang setelah siap akan saya war warkan di entri2 kemudian ya

Acik comot baru berangan nak belajar masak perlu mandi pagi
*Iki baru tidur, jadi saya baru berkesempatan mengulit laptop

Saya akan sambung dengan entri WAHM dalam masa terdekat…Jaa Nee…

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Entri dari Bapa – Geenas
  2. Membawa Susu Perahan Dari Kampung
  3. Resipi Ikan Siakap Kukus & Sup Ikan Merah
  4. Gambar dari Goblog
  5. Mommy Pulang Dari PCMC

7 Responses to “Bermula dari..”

  • laila:

    sue,
    sonoknyeee nampak anda bershopping dan menjadi WAHM.
    kita nak call utk berbincang beberapa perkara tp taktau time bila sue free.
    buleh bitau tak?
    sila email kat kita eh time yg anda BENAR2 free. hehehehehe…

    Laila : Sue free semasa kelas mahupun sesi kaunseling yang di-booked
    Selain itu, semuanya huru hara hidupku..ekeke..
    Laila boleh email Sue utk membincangkan beberapa perkara tersebut :)

  • nnt kalau emma nak pindah rumah, tau nak dptkan stok kotak dgn sapa… nanana

    Emma nak pindah rumah lagi besar kah? Wah wah…boleh boleh. Kalau nak kotak, sekilo RM2 ye..ekeke

  • sya:

    kah kah kah.. terselit juga resepi asam tu kat sini.. :P
    lada kecil tu, cili api lah… kat kampung saya panggil cili api, lada kecik, cili besar/merah, lada besar..
    senang.. :P

    ikan tu, ikan apa2 pun boleh.. saya suka guna ikan kembung je..

    kalau nak buat tanpa daun kesum/bunga kantan pun boleh.. tapi, jadi ikan singgang/pindang je lah.. hehehe…

    eeiii, comelnya pokok2 dalam cengkerang siput tu… macam teringin je… meh carik siput, pas tu tanam pokok kat dalamnya… hahaha

    Hihi : Itulah, cari no phone Sya di blog Sya, takde..sebelum pergi tu cadangnya nak call Sya dulu nak confirmkan lada kecil tu apa..keh keh
    Comel kan pokok2 tu, murah je harganya..lawa pula tu..isk..

  • Wah wahs…Sue dah jadi WAHM yang bijak, bawa list utk pegi shopping tapi inilah yg terjadi bila satu bahan takde, kita jadi terasa nak pegibeli lauk tunjuk kat kedai aje. Suami k.Pija sll bg motivasi mcm ni, “Kalau dah takde yang tu, masak aa yg lain….boringnya makan kedai” konon2 mcm bini masak sedap…ha ha…

    So, k.Pija nk bg idea sikit lagi, tiap kali shopping k.Pija listkan 2 menu…so that bila jadi hal di atas, at least ada seswatu yg len utk diranapkan dalam kuali..

    Tahniah juga Sue rajin share apa yg Sue masak…k.Pija takut nk share nnt org kata makanan k.Pija tak cantik mcm tuannya :P

    Haha : Betul kak Pija, bila dah balik tak dpt apa yg dimahukan, Sue cakap “daun kesum takde bang, kalau tak boleh makan asam pedas harini..” keh keh.. (sambil menghidangkan ikan goreng je)

    Ok ok, lepas ni Sue siap2 bawa 2 menu jadi adalah backup kan.

    Oh oh, Sue ngeri juga setiap kali letak gambar masakan. Tapi Sue selalu kaver dengan memberitahu yang kamera pixel tak tinggi ke, atau pencahayaan kurang ke..ekeke

  • raye, simpan la duit kat public mutual.. untung lebih sket drp pnb..

    Ama : Saya tengah mempertimbang-timbangkan la ni Ama, niat di hati nak beli emas, simpan duit sana sini
    (Tapi hujung bulan asyik ke ATM keluar bayar hutang sana sini )

  • masak asam pedas takyah pakai daun kesum & bunga kantan pun blh jgk sue. just blend cili kering, bawang merah, bwg putih, halia. pastu tumis skali dgn serai yg diketuk. pastu masukkan air & asam jawa skit. nk masukkn asam keping pun blh jgk. itu style sy la tp kalau ada daun kesum & bunga kantan lg menambah selera sbb baunya wangi ;)

    Nadiah.. ok ok (kelam kabut Sue berlari cari pen dan kertas)
    Ini asam pedas Melaka kan Nadiah, asam pedas yang Sya buat tu asam pedas Perak kut, sbb ada cili padi (lada kecil)
    Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, serai dan asam jawa ada di rumah Sue. *Serai beli masa shopping bulan lepas belum pakai lagi

  • oo.akak da jd WAHM ek.bestnye….:)
    bestnye shopping sorng2.teringin.tp kn angkut aufa gak..

    if msk asam pds melaka.pki serai n kunyit hidup je kak.emm.sedap hingga menjilat jari..!!

    Salam Raudhah : Kalau Kak Sue shopping dengan Iki, ada yang terbersalin awal agaknya…ekeke
    Dia dah kuat meragam berguling2 kat kaunter Tesco kalau time mood tak baik
    Kena bawa pengurus peribadi dia (ayahnya)

    Serai dan kunyit hidup? Kena beli kunyit hidup ni.. (alamak kena ke Tesco lagi..hihi)

Leave a Reply