Petang semalam saya blog hopping iaitu melompat dari satu blog ke banyak satu blog yang lain
Terberhenti di blog Ena yang menampilkan puding pisang (gulp)
Ini gambar puding pisang tersebut yang dimasak oleh emaknya..nampak sedapkan?
Dan memang sedap mengikut kata tuan punya blog
Tetapi tiada resipi di tempekkan..
Jadi saya google kalau2 ada yang sudi berkongsi resipi
Terjumpa disini dan ini gambarnya dimana pisangnya dilenyek2kan sekali
Tapi saya bukan nak yg macam ni..

Saya meneruskan pencarian di sini
emm..menyelerakan kan?
Ini resipi yang saya jumpa dari Mesra.net
Bahan-Bahan:
600 g pisang emas (dilecek-saya plan tanak lenyek-eh kenapa dia sebut lecek saya sebut lenyek?)
4 biji telur
4 sudu besar tepung kacang hijau
½ biji kelapa parut
1 mangkuk gula pasir
Sedikit esen vanila
Cara:
Pukul gula dengan telur sampai kembang. Kelapa diperah ambil santan pekatnya saja. Masukkan pisang dan tepung kacang hijau ke dalam bancuhan telur tadi, kacau rata-rata. Tuangkan santan serta esen. Bila telah sebati masukkan ke dalam acuan dan kukus hingga masak.
Petang nanti saya buat dan ambil gambar, kalian lihat sendiri kebolehan saya tauuuu…hihi
*Mengandung kalini saya suka makan yang manis dan pedas
Sebab saya semakin manis kah..kih kih
(dah takde org nak cakap begitu pada saya, terpaksa ulang2 beritahu diri sendiri demi keyakinan diri..ekek)
Entri mengidam yang lain, disini
Related posts:




huda pn suka banana.. kt bandung ader dorang ader jual molen pisang.. sedapnya.. dier cam pastry pas2 tgh ader cheese/chocolate and banana.. fuhhh nyum nyum..
dua2 pn huda suka.. nyum2.. ari 2 pg bandung beli byk giler.. tp kl xdpt mkn molen pisang, pisang goreng pn jadik la.. huhuh
click kt bawah tuk tgk dier nya gambr
http://www.dapurkue.com/img/_cache/_w280_-PIsang%20Keju%20001.jpg
—
Wah Huda : Sue dah tgk gambar..macam banana puff
Makan panas panas sedap ni kan..tapi kalau yg macamni, Sue tak dapat buat di rumah…ekeke (tak cukup bahan +tak retik)
su, puding pisang tu senang je buat dia.. org pahang panggil puding diraja.. kuahnya hny guna susu cair yg dimasak dgn air n gula sedikit n masukkan tepung kastad sesudu utk bg pekat. then, siram kat atas pisang emas/lemak manis yg da digoreng (goreng tanpa tepung, blh letak tepung skit je bg x lekat time menggoreng).. da siap!
—
Wah Nurul, terima kasih. Petang ni juga sue beli pisang dan tepung kastad.
Yang lain lain macam susu cair, gula dan tepung dah ada (susu Ideal beli haritu boleh pakai kan ) Meleleh air liur..
sy pernah buat entry kt fotopages ttg puding pisang ni. try tgk kt sini k http://nurul8882.fotopages.com/?entry=1423798&back=http://nurul8882.fotopages.com/?page=1
—
Terjahhhhhh…hihihih (lari2 pegang perut)
oh ya sue..ina nak tambah..ina pernah buat sebab ada member bawak kat office..mmg namanya puding di raja..kalo x nak letak gula just add susu manis..so the menu just susu manis, susu cair, sedikit tepung tpg kastard n secubit garam ( garam penting tau..)..then nak sedap..pisang jangan yang terlalu masak..nak sodap pisang lemak manis..sebab comey je kecik2…oh ya pisang 2 sue celup ngan telur, macam nak buat roti celup telur….sedap sue..cubalah….n kalo nak best lagi..dalam kuah susu masukkan aper sajer yang sue rasa nak masuk..ina suka masukkan cocktail buah2 an, nata de coco ataupun agar plain ( racik2 kan..)..mmg best..lapar perutku inihhhh….yummie…
—
Wah wah : Makin menarik puding diraja Sue ni…ekeke
Thanks Ina
wah..nampaknya ku harus menggelarmu CHEF LUNA pula!!
hehehe.. bak la sini sket….
—
Kih Kih..haip Chef Haza ada hutang Chef Luna sejenis masakan..kekeke
sue, len kali kalo ngidam pape…sms je jutt. nanti jutt bole mskkan, khas utk sue
—
Thanks Jutt
Banyak info serta tips berguna untuk para ibu dan bapa juga,keep it up!
—
Terima kasih Sord