Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
Nuffnang ADV
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Luna’s Shop
Tweets

Ini entri emosi, sangat emosi
Saya bercita cita menyusukan anak saya selama 2 tahun pertamanya
Jadi saya pulun buat stok susu perahan (expressed breastmilk) untuk Iki
Tiada siapa suruh, tapi saya mahu ada sekurang2nya 50 botol , 3 oz setiap satu dalam peti ais

Ditakdirkan, saya mengandung semasa Iki 1 tahun 2 bulan (alhamdulillah)
Dan susu saya masih sama banyak macam sebelum mengandung
Sehinggalah bulan ke 4 dan seterusnya.. dimana 3 jam sekali pam dapat 0.2 oz ke 0.5 oz
Tapi saya tak sedih, saya masih ceria kukik kukik seperti biasa
Saya sudah bersedia dengan ebm yang boleh tahan banyak

Sehinggalah kelmarin
Bila stok susu Iki tinggal 4 botol
Jangan terpedaya, 1 botol = 3 oz
Dan lagi 3 botol, 1 oz setiap satu
Saya hantarkan ke rumah pengasuhnya

Dan semalam, tiada susu utk Iki
Saya beritahu pengasuhnya yang Iki tidak minum susu lagi
Tapi saya bekalkan bubur nasi, betik, mangga, air milo dan roti butterscotch
Mula mula saya nak bancuh milo dalam botolnya
Tapi di umur 1 tahun 7 bulan, Iki tak perlu minum dari botol lagi
(Seawal 10 bulan dah boleh menggunakan sipping cup)

Bila saya ambilnya semalam, pengasuh beritahu
Iki minta “cucu…” pengasuh rasa sedih
Kalau pengasuh sedih, saya lebih2 emosi
Saya beritahunya yang mula mula mungkin susah, tapi semuanya akan berlangsung dengan baik
Saya sudah beritahu Iki berkali kali “Siang di rumah mak tak ada susu ye”
Saya harap perlahan lahan dia akan faham :)

10072009050

Dan makin lama saya lihat roti butterscotch ni makin kurang yang kuning2 manis itu…Isk..

10072009051

Nota : Milo yang saya beri bukan menggantikan susu ibu
Kadang2 saya berinya vitagen, kadang2 ribena, kadang2 soya dan bila rajin, jus buah
Bergantung kepada stok di peti ais

Bayi berusia 1 tahun ke atas tidak memerlukan khasiat daripada susu ibu secara total
Dan susu ibu itu sendiri tidak dapat membekalkan keseluruhan zat yang diperlukan anak selepas anak berusia 6 bulan
Anak kita memerlukan kalsium, zat besi dan nutrien2 lain
Selain daripada susu formula, kita boleh memberikannya sumber nutrien dari makanan lain

Kenapa saya tidak memberikan susu formula?
Kami sekeluarga cuba mengurangkan pengambilan dairy product dalam makanan kami
(Yet vitagen, milo, keju masih dairy product dan masih kami ambil dalam kuantiti kecil)
Seperti seminggu sekali atau 2-3 minggu sekali
Susu formula tidak beracun dan adalah adunan komposisi segala nutrien yang dicampurkan di dalam makmal mengikut buku log scientist
Ianya lebih mudah untuk diberikan kepada anak

Jadi kenapa mahu meneruskan penyusuan selama 2 tahun atau selama mungkin?
Seperti yang dinyatakan, penyusuan susu ibu adalah lebih daripada nutrien semata
(Selepas anak berusia lebih dari setahun)
Ianya bonding yang menyatukan rasa anak, ibu dan ayah
Dan elok diteruskan selama mungkin
Selagi ibu rasa selesa dengan penyusuan dan selagi anak mahu, teruskan!
Anda ‘nursing couple’ yang hebat!

Bagi saya, manusia tidak perlu bergantung kepada susu lembu secara total
Seperti kambing dan binatang2 lain, anak binatang disusukan dalam suatu tempoh sahaja
Dan selepas itu mula meragut rumput utk keperluan nutriennya
(Ini hanya sekadar contoh dan bukannya persamaan)
Begitulah tahap kebergantungan anak terhadap susu

Walaubagaimanapun, ianya decision keluarga anda (atau lebih tepat, decision anda :) )

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. EBM Stock
  2. Entri dari Bapa – Geenas
  3. Growth Spurt-Beralih bulan
  4. Kewangan Anak Kita
  5. Saya Tidak Menghasilkan Banyak Susu

20 Responses to “EBM Iki”

  • isk..isk..iskk..
    ely tak bley la baca entry beremosi sue nie, pasti aku jua akan teringat2 ‘kisah sedey’ ku juga.. takpela sue, sue da buat habis baik la utk iki, nanti kot2 iki nak join ‘adik’ bisa saja dong..;)

    Salam Ealyie : Yup, org dewasa perlu buat apa yang org dewasa buat..hihi iaitu membuat keputusan yang memilukan hati..
    Ada rezeki, Iki boleh ber’cucu’ semula :)

  • Ibu "Aina:

    Sob…sob…sob…Sedihnye Diana baca entry Sue ni. Berlinang air mata sekejap. Kesian kat Iki. Takpe la Sue, kite sebagai ibu dah buat yang terbaik untuk anak2…Mesti ade hikmahnye kan…

    Tak apa : Tak lama je Diana..nanti ada adik, susu datang kembali :) Thanks Diana..

  • shogun_na:

    sabar byk2 ye puan sue….
    kasihan pd iki kerana masih menginginkan susu istimewa itu….
    semoga iki dpt ber’shushu’ smula…insya Allah…

    Terima kasih Shogun_Na : :) Iki seronok dapat minum susu di rumah pengasuh. InsyaAllah ada rezekinya, tak lama lagi..hihi

  • yan:

    sedihnye….. hari tu kan zikr tanya… “ni susu mummy ke?” tunjuk susu myra…”haah..”… “abang punya ni susu sapa?”…waaaaaaaaaaaa.. tak sampai hati nak jawab… yan kata jugak..”susu lembu” konfius je muka dia…

    dalam hati tak tau nak cakap… sedihhhhhhhh sgt… sian zikr.. mummy nye jahil pasal susu ibu masa dia kecik dulu…skang ni yan buat bubur myra, tambah beberapa auns susu ibu… dia tumpang makan… sebab kalau dia minum terus dia muntah balik…

    sedih baca entry ni…:(

    Yan : Sue selalu ingat apa Yan cakap, semua ibu sayangkan anak mereka dengan cara masing2 kan Yan..
    Kasih Yan pada Zikr tak kurang seinci dengan sayang pada Myra
    Tapi betul tu, kadang2 ibu emosi, benda2 kecil pun buat kita sedih :)
    Setiap titis susu ibu itu berzat baik utk Zikr mahupun apatah lagi Myra. Yan ibu yang hebat! Percaya atau tidak, cuba tanya Zikr :)

  • Ika:

    su..sebak ika bace entry yang ni..
    sabar yer,kite dah buat ape yang terbaik sebagai seorang ibu..

    nanti ade rezeki untuk iki yang lain..
    muah iki..ensem

    Ika : Ha a, takpe, nanti rezeki Iki datang dalam bentuk buah buahan dan sayur sayuran (dari langit) hihi

  • aini aziz:

    roti butterscotch skrg nie mmg da kurang bende alah kuning tuh..huhuhu..ku punye EBM pn makin kurang sue..mahu email pd mu tp belom sempat lg..masalh ku ini masih lg dlm perhatian lg..tp mahu dgr motivasi dr mu jgk..huhuhu..

    Ha a: Dulu penuh setaman kan Aini..(benda kuning tu)
    Motivasi dariku? Ku tak pandai berkata2 Aini…ekeke..

  • Liz:

    Sue, first of all… tahniah kerana telah berjaya menyusukan Iki hingga ke saat nie. Walaupun tak mencapai target 2 tahun, semua org tau yg Sue dah cuba sedaya upaya dlm hal penyusuan nie. Mana boleh lupa beberapa entry Sue yg sibuk kumpul stok semula lepas stok merudum. Mmg saya ingat sampai bila-bila.

    Xpe, lepas nie boleh tandem nursing. Tak lama je lagi.

    Liz : Terima kasih. Itu niat Sue, kalau Iki masih mahu meneruskan penyusuan, besar tapak tangan, stadium Sue tadahkan :)

  • jutt:

    salam sue…nk nyampuk sket. mung mmg kuat semangat. tp kalo ku…ku rasa ku akan top up je dgn susu formula. sbb ku rasa cam tak adil plak tarik nikmat menyusu tu drpd dia. dia kan kecil lg…blumpun 2 thn. malam2 kan still boleh menyusu badan. mmg semua zat boleh dpt drpd benda2 lain…cuma tak sama dgn zat dlm susu. sama seperti zat dlm susu ibu yg tak sama dgn susu lembu. tp, mung sbg parents tentunya lebih memahami dan berhak membuat keputusan untk anakmu. itu just my 2 cents opinion. apa2 pun, ku menyokongmu.

    Salam Jutt : Itu hanya pendapat kan?
    Zikry masih menyusu direct semasa bersama ibunya. Yang kehabisan ialah stok susu perahannya (ebm) sahaja.
    Maksud Jutt, nikmat menyusu dari botol atau dari ibunya sendiri?

    Apa yang terkandung dalam susu ibu memang berkhasiat dan bermanfaat utk anaknya biar berapapun usia bayi sementara apa yg terkandung didalam susu formula/lembu ada ditulis dibahagian luar packagingnya.
    Anak kecil memerlukan kalsium, jadi berikannya walaupun dari apa apa sumber (ianya nutrien yang sama cuma berbeza dari segi kuantiti) :)

    Cara termudah, pemberian susu formula kerana mereka ‘dipercayai’ mempunyai SEMUA nutrien yang diperlukan bayi. Harap maklum.

  • jutt:

    betul pendapatmu…cuma pendapatku…daripada beri milo, yogurt…kan beri susu formula lebih baik. sebab dr segi saintifik…zat yang disimpan dalam bentuk cecair lebih mudah hilang, bertukar bentuk dan berlaku pencemaran berbanding bentuk powder (yg dikeringkan). so, antara milo dan susu tepung, susu tepung lebih baik. walaubagaimanapun, susu ibu tiada tandingan kan su.

    Terima kasih. Milo/yoghurt yang diberikan hanya seminggu sekali (atau kurang :) ) dan bukannya harian 3 jam sekali seperti susu formula.

  • kak..
    air mata mengalir nih…adoi..

    Izzah : Jgn, nanti ada yg join…hihi
    Takpe, tak lama je lagi :) Nanti Iki boleh sambung menyusu..

  • Salam sue… sedih bce citerr sue. Smg terus tabah… u’re a great mom… apepun, entry ni buat shida sedar yg semua ibu2 yg memilih tuk fully bf mesti bersedia tuk hadapi segala cabaran tuk nyusukan baby till 2years.. yg penting never give up. Baby shida baru 2 bulan lebih.. tu pun dh byk suara2 sumbang d tempat keje yg boleh lemahkan smgt… eg: nape susah2 nk pam susu? Kalu nyusu pun, plg lama 2 thn je… pastu kena gak guna susu formula…. mcm2 lg laa… shida diam je… kalu xplain pn… org susah nk terima… Sama2 la kita berdoa semoga Allah mempermudahkan dan memberkati semua ibu2 yg menyusukan anak secara xklusif… Amin…

    Salam Shida : Sue baca buku dari Consumer Association Penang(CAP) mengenai susu dan efeknya.
    Selepas tu baru Sue buka mata yang susu mempunyai bad effect selain daripada kebaikannya yg diwar warkan.

    Susu ibu untuk anak dan jika sampai itu rezekinya (provided anak sudah berusia setahun lebih), dia boleh makan apa yang kita makan dan apa yg kita minum. Dimasa yang sama, makanan ibu bapanya juga berubah menjadi nutritional feed sbb nakkan anak makan makanan berkhasiat.

    Maksud Sue, manusia tak memerlukan susu selepas bercerai susu ibu :) Ianya bukan pendapat, ianya keputusan yang dibuat selepas beberapa pembacaan.
    Reference :
    http://www.notmilk.com/
    http://www.answerbag.com/q_view/63483
    http://www.formerfatguy.com/articles/dont-drink-milk.asp
    http://www.notmilk.com/kradjian.html

  • huuhu..kak su muni macam paham je perasaan akak tu..kita pun sama je kak..kan ari tu muni betau stok muni dah tinggal sket..pastu abis terus..ari2 terpaksa perah dan bagi minum ..kecuali malam je direct feeding..
    then ari tu konon2 nak kumpul balik stok so try belikan adam susu soya utk percubaan je..
    tapi baby pun dapat bezakan susu ibu n susu soya tu..dia try minum sket then tuih2 je puting tu
    tanda tak mau lahh..then dia gesel2 kat muni…waaa…
    last2 decide..muni terus kan je usaha bg susu ibu biarla selagi susu ku masih ada..
    cuma nak buat ebm stok tu dah susah sket sebab perah2 abis minum..
    tu la cabaran kan akak…

    p/s- jaga kesihatan diri anda k…

    Murni : Dah lama juga Kak Sue bersedia (dari segi emosi) hihi..
    Afdan perlukan susu ibunya dan ditambah dengan nutrien dari makanan lain sbb dia dah mula makan kan Murni :)

    ibu adfan..

  • Selain nasi, telur dan ikan serta ayam yang dimasak simple ala-ala kg, apa lagi makanan yang membuka selera anak? Kusut memikirkan apa yang anak suka makan. Akak pun perasan kalau anak dah tak diajar minum susu tepung, dia takkan nak punya. Macammana nak start over ni. Anakku bertambah berat sikit2 ni.

    Mamaarif: Sue kurang beri telur dan ikan kepada anak. Biasanya Sue buat sup ayam, sup daging, ayam masak kicap, spaghetti sup, bihun goreng dan buah buahan serta sayuran pada dia. Pendek kata apa sahaja resipi yang kurang garam dan tidak pedas :)

  • farah:

    Isk Isk…sedey sgt. Sian kat Iki. Fara buleh bygkan dia mtk cucu kat mak dia., tapi xdapat minum.
    Uwaa..nape farah yg emosi ni…
    Kak sue xtry ape2 suplemen? Moga iki sihat dan comel selalu ya..

    Salam Farah : Suplemen utk apa farah? Terima kasih :)

  • sue, kanak2 dbwh 3thn x elok dberi ribena.. nie emma xtract dr SI

    ribena nie xsesuai utk baby below one year.ia xdigalakkan utk diminum sbb mmg kaya amat dgn sugar yg menyebabkan tooth decay n kaya dgn artificial.lgpn xder faedah minum sbb mmg xwujug langsung kandungan vit. c ddlm nya

    Thanks Emma :)

  • ouhhh.. sy paham cemana perasaannya…
    sy pun tgh struggle mengepam susu utk buat stok tp tak mampu…
    hanya cukup utk bekalan keesokan harinya sahaja…
    dan damia reject susu lain/minuman lain selain susu ibu dan air…
    tapi sy lega bila sue komen yg shida tu…
    ‘manusia tak memerlukan susu selepas bercerai susu ibu’
    nti nk bace link2 yg sue bagi tu.. thanksssssssssssssssssssss.!!!

    Laila : Sue dulu tertanya2 juga…lepas 6 bulan, Iki nak makan apa?
    Lepas 2 tahun (atau jika bercerai susu ibu lebih awal), Iki nak minum apa?

    Dan selepas kita tahu faktanya, anak kita perlu makan makanan berkhasiat
    Sue jadi lega…
    Selama ini pun, hal makan ibu dan ayahnya diambil mudah
    Jadi apa kata kita ambil kesempatan ini utk makan makanan berkhasiat..hihi (kurang garam, lebih sayur dan buah)

  • Salam Sue, sue boleh bagi iki fresh milk kan? After one year jika tak cukup boleh beri fresh milk tapi bukan sebagai pengganti susu ibu.

    Kak Zatul : Melalui pembacaan Sue, boleh… Anak kita boleh makan apa yang kita makan dan minum selepas berusia 1 tahun :)

  • syima:

    salam sue, sungguh terharu membaca entri kalini; but something that i wanna share with u n your frends… please link this web n go thu yer (http://group.duniaherbahpa.com/2009/07/22/empayar-nestle-dan-kejahilan-umat-islam/)… memberi anak dan ahli keluarga makan tapi jangan sampai kita membunuh saudara kita itu…

    Terima kasih Syima :)

  • syima:

    eh kenapa jadi web lain…alahhhhh cuba ni plak http://group.duniaherbahpa.com/2009/07/22/empayar-nestle-dan-kejahilan-umat-islam/ kalau x boleh jugak artikel tu ada kat sebelah bawah2

    Ok Syima, Sue dah membacanya. Kawan2 pun boleh klik utk membaca :)

  • wannorashi:

    Salam. sue.
    Tak pe sue nanti lepas adik Iki lahir boleh buat tandem nursing.

    Itu plan Sue Shikin :)

Leave a Reply