Pertandingan Bayi Pa&Ma

Hari Sabtu lepas ( 4 Julai 2009) saya dijemput menghadiri Pertandingan Bayi Pa&Ma’2009
Buat pertama kalinya perkataan ‘comel’ diremove daripada pertandingan ini selepas 7 tahun dijalankan
Kerana memang semua bayi comel..akan tetapi pemenang dinilai dari kepintaran dan kecepatannya berinteraksi di atas pentas

Kami sampai di Klang Parade pada jam 2 ptg
Ini pemandangan dari belakang pentas
IMGP2329

Mommy dan Iki melaram depan gambar bayi2 comel
Ada yang mengusik kenapa Iki tak masuk?
Acik tersentuh tau…ekeke..Iki tak boleh masuk sbb Iki tak mesra kamera mahupun di atas pentas
(Tengok muka dia bila ayahnya minta senyum..keke)
*Kita tunggu SEJU nanti (waha..ada hati juga :P )

IMGP2330

Editor Pa&Ma memberikan ucapan
Kak Liza ni baik orangnya, sudi berbual2 dengan org2 banyak jerawat macam saya
Kalau saya jadi editor mana mana majalah, mesti saya selalu berpura pura sibuk…ekeke
(Belum jadi lagi dah berniat buruk..patutlah saya bukan editor)

IMGP2333

Antara aktiviti yang bayi Pa&Ma perlu buat ialah mengambil bola dan memasukkannya ke tempat lain

IMGP2337

Tengok baby di bawah ni, bila dia berjaya masukkan bola
Crowd tepuk tangan, dia pun tepuk tangan :)

IMGP2340

IMGP2338

Baby di bawah ni pula, asyik terjun tiruk berkali kali dalam kolam kecil itu
Menjerit2 orang lain risaukan dia sakit..ekeke

IMGP2342

Selain itu, saya sempat round booth2 yang terdapat di Klang Parade dan beli 2 benda menghabiskan uwang ini
Bekas kecil utk saya simpan HP dan kamera
Serta beg pink-putih untuk menyerlahkan ke-sweet-an saya yang semakin luntur ditelan zaman ni…ekeke

IMGP2344

Pertandingan diselang selikan dengan persembahan dari Tadika Sirim
Mereka menari Chicken Dance
Kelakar…dan comel…
Agaknya macamtu la bila Iki masuk tadika nanti..hihi
Apa, homeschool tanpa menghantar anak ke sekolah? Oh saya rasa saya patut berjauhan dengan anak buat seketika
Memang benar, ibu bapa adalah guru yang paling baik utk anak anak
Tapi guru pun perlu ada masa rehat berblogging tanpa background music juga..ekeke

IMGP2348

Saya jumpa Kak Ina dan beliau adalah reseller Lunatots di kawasan Klang
Putih bersih muka Kak Ina ni (berbeza dengan org sebelah)
Ada 3 orang anak. Dan kalau saya ada 3 org anak, kemungkinan keseluruhan serkup saya tu mengambil ruang lebih besar adalah tinggi..sigh..

IMGP2353

Keputusan pemenangnya ialah……. (nantikan Pa&Ma September 2009)
Yang menariknya, pemenang ini disusukan dengan susu ibu secara eksklusif
Tahniah ibu dan bapanya atas effort anda!

IMGP2358

Aktiviti saya & anak sepanjang aktiviti berlangsung
Daddy bawa Iki turun naik eskalator sampai penat
Dan singgah beli jagung dan coklat (muka Iki berlengas baru lepas makan..ekek)

Bila ada staff Karangkraf yang bertanya, “mana anak Sue?”
Saya tunjukkan ke tingkat 1 “nun kat tingkat atas dengan ayah dia”
“Oh…yang kasut hijau tu?”
Hahaha…sangat ‘hijau’ rupanya kasut hijau Iki..
(cepat kalian scroll atas tgk kasut hijau Iki :) )

IMGP2356

Puan Farah dari Sara Kids pun datang sebagai penganjur bersama selain Ginvera, Guardian, MomsCare dan Safi Manjacare
Dalam gambar dibawah Iki tengah panggil “Yaya…” hihi

IMGP2357

Sesudah habis majlis, makanan ditaja oleh Burger Otai (sedap amat)
Dan kami ke foodcourt utk berbual2
Sempat Iki berposing dengan Yaya & Caca
(Asal suruh senyum je, Iki  harus lentok ke kiri atau ke kanan..ekeke)

IMGP2360

Sijil penghargaan dari Karangkraf utk Lunatots sebagai penganjur bersama Pertandingan Bayi Pa&Ma’2009

IMGP2384

Hari Ahad pagi sampai ke petang ialah aktiviti bersama keluarga
Saya akan update dengan kadar segera :)
Fuh fuh… kalian semua, selamat berkerja dengan tekun ye! Berusaha!

Related Posts with Thumbnails

2 Responses to “Pertandingan Bayi Pa&Ma”

  • fatonah says:

    alalalal…shomel2 ye baby ni.. dulu fatonah igt nak join contest ni, malangyer jauh sgt…. dah tu plak takut anak fatonah yg jadi juri..huhuhuhu

    Memang shomels Fatonah, macam mix2 pan asian gitew semuanya.
    Ada yang dari Kota Kinabalu, dari Johor Bharu..dari segala pelusuk Malaysia mereka datang :)

  • nur says:

    hai…saya nur..nak tanya ada tak pertandingan baby bagi tahun 2010.

    Salam Nur, rujuk Pa&Ma untuk maklumat lanjut ye dear.

Leave a Reply

Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.

    Feel free to communicate through my email info'at'lunatots.com for seminar arrangement

    Whatsapp 0129449515
    LIKE my Facebook pages:
    Suraya Ali
    Lunatots Cloth Diaper
    The Milk Story
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

Announcement
OFFICE : 0392265152 LUNATOTS HQ 32G JALAN DANAU LUMAYAN 1, BANDAR SRI PERMAISURI, 56000 CHERAS KUALA LUMPUR HOTLINE LUNATOTS : 0102414050 /0125502515
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Luna’s Shop
http://www.lunatots.com/shop
Readers
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: