Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
Nuffnang ADV
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Luna’s Shop
Tweets

Saya merancang Isnin Selasa hari bersama Iki
Rabu-Jumaat, hari utk keluar berkerja (jika perlu)
Sementara Sabtu utk sebarang Breastfeeding Talk & Counseling Session
Ahad, hari bersama keluarga mengemas rumah, melipat kain etc etc

Jadi semalam dan hari ini, Iki bersama saya
Seawal pagi saya siapkan sarapan dia
Ianya tak susah hanya potong2 apa yang ada dalam peti ais sahaja

IMGP2375

Ini keropok dari Terengganu buah tangan dari Kak Aida masa dtg rumah saya haritu
Terima kasih Kak Aida..sedap..
Saya pernah jakun makan masa di rumah Haza
Masa tu hairan keropok ikan ada bintik bintik..ekeke

IMGP2376

Lepas tu saya potongkan kek lapis yang saya beli masa Sara Kids Mini Open Day
Ianya bukan dari Sarawak, tapi saya suka semua makan berlemak..
Saya beli dari booth Resepi Ibu

IMGP2377

Air pula tak susah nak bancuh2..hihi
Minum yang segera (oh oh terserlah malasnya)

IMGP2380

Lepas minum pagi, main dengan Iki..bungkuskan pesanan yang ada
Update akaun ala kadar (tak boleh nak fokus sbb Iki minta main dengan dia)
Geram juga rasanya..ekeke
Mungkin bila kita tiada apa yg perlu dibuat, hati akan rasa rela berjoget bermain bersama
Tapi bila runsing memikirkan yang courier akan sampai jam 2 pm nanti
Kalau tak siap bungkus barang, takkan nak minta abg courier tu tolong kan?
Kurang manis dipandang syarikat courier..ekeke
Lagipun mereka bukan boleh tunggu lama sikit, mereka banyak kerja lain :)
(Wah wah..memahami syarikat courier orangnya saya ni)

Rasanya baru je buat sarapan pagi
Iki dah merengek2 lapar semula
Saya masakkan bihun sup berdaging dan berlobak merah
(Haha…nama ingredient di dalam tajuk masakan)
Caranya tumis bawang putih dan merah yang dah siap2 saya blender semalam
Masukkan bawang, lobak merah
Masukkan bihun…siap :senyum lebar:
Ianya tidak menarik dari segi rupa, tapi bila Iki makan dia cakap “emm..sedappp”
Jadi saya perasan anggap ianya sedap..ekeke

IMGP2381

Sementara saya memasak bihun sup utk Iki
Iki kunyah epal merah
Diam je dia makan di ruang tamu, jadi saya lebih tenang memasak..hihi

Bila tiba masa menghidang makanan
Buah epal tadi Iki ‘parking kan’ di dalam gelas air epal pagi tadi

IMGP2383

Moral of the story : Lepas makan sila angkat semua gelas dan pinggan terpakai ke sinki. Hihi…

Lepas makan, saya ‘paksa’ Iki tidur
Tercebik2 dia menangis bila dipaksa tidur
Bila saya terangkan “Iki kena tidur, petang nanti boleh main basikal di luar”
Dia jawab “Jommm…”
Nampaknya Iki ambil perkataan akhir sahaja iaitu ‘basikal di luar’

Sepanjang hari ni saya sibuk memotong dan memasak
Selain daripada kerja rumah yg lain iaitu membasuh baju , CD dan pinggan mangkuk

Untuk minum petang, saya potongkan oren (lagi) dan cereal utk Iki
Sekarang ni Iki tengah leka tengok rancangan kesukaannya – Roda Impian
Barulah saya ada kesempatan update blog….uwaaaa…

IMGP2385

Menjadi WAHM tiada breakfast, lunch hour mahupun yamcha (minum petang)
Elaun surirumah sepatutnya dinaikkan
Mungkin saya boleh proposekan kepada Kementerian Pembangunan Wanita..ekeke

Oh ye, bayangkan masa courier van sampai
Saya baru lepas mandi dengan anak
Jadi bila van Skynet terhon2 depan rumah, saya jerit dari tingkap cover badan dengan langsir
“Bang, kejap tengah pakaikan pampers anak”
Abg Skynet “ok ok..sila sila”
:berpeluh: dapatkah anda bayangkan?

Ibu yang berlengas,
Puan Suraya , 7 Julai 2009

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. WAHM episod seterusnya
  2. WAHM di hari Jumaat
  3. WAHM-NWAHM
  4. Kembali WAHM-Resipi Nasi Mentega
  5. Ikea-Crocs

9 Responses to “WAHM episod 1”

  • Wahhh…sue ni baru epsiode 1..kena stay tune la nampak nyer ;-D

    Haha Aja : Baru episod 1, ada manyak lagi menantii…ikikiki

  • Salam..Sue..tahniah…sudah menjadi usahawan berniaga..MamaSiti tengok entry Sue di SaraKid birthday tue..alangkah gigihnya Sue ini..bangga sekali dengan kegigihan Sue..tahniah…

    Terima kasih Mama Ct: Sue sebenarnya kelam kabut, tapi di mata mama Siti nampak macam Sue gigih..ihihi…(pandai berlakonkah Sue ini…hihi)

  • iki punya pinggan sebijik sama ngan pinggan adik safiyyah la. nnt blh mkn sama2 ngn adik safiyyah ek *wink*

    Jauhnya nak makan dengan adik Safiyyah…hihi..Makan di waktu dan ketika yang sama, cuma lokasi je berbeza, ok tak Safiyyah?

  • Maziah:

    setuju kena ada elaun surirumah,baru ramai ibu2 leh bekerja dari rumah…:)

    Betul Ma, kerja rumah lebih penat..campur tekanan dari anak, dari bunyi anak nangis, anak merengek, anak ajak main..ekeke

  • Liz:

    teringin nak jd SAHM ke.. WAHM ke… bile la agaknya.

    Liz : Liz mesti jadi SAHM/WAHM yang lebih berkaliber dari Sue..Aminn..

  • teringin nak jadik WAHM…

    Azza : Sue aminkan Azza..makin kemas dan berseri2 rumah Azza kalau Azza jadi WAHM :)

  • wah..sue da kerja dr rumah..i’m proud of you..Alhamdulillah..doa2kan laa moga sya dapat ikut jejak sue cepat2..:)Amin..

    Sya : Sya pun boleh buat kan Sya, cuma Sya nak mengembangkan bakat programming Sya, sbb tu Sya kerja :) bakat Sue memang kuncup tak kembang2 dari dulu..ekeke

  • ziah:

    kelakar la sue ni..boleh cover dgn langsir plak..haha..wah..x sabar nak tunggu episod seterusnya!

    Kelam kabut Ziah : Van tu tak berhenti2 tekan hon. Takkan Sue nak terjah dengan kain tuala je kan..nanti muntah2 abg Skynet tu sumpah dia tak berani pickup dirumah Sue dah…ekeke

  • eLMa:

    hahahahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa lawak laa sue ni

    Elfi kesian tgk Sue masak dari pagi sampai ke petang ye..ekeke
    Jemputlah ke rumah kalau nak rasa.. :wink: wink:

Leave a Reply