Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
Nuffnang ADV
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Luna’s Shop
Tweets

Archive for June, 2009




Assalamualaikum, selamat pagi semua
Semoga pagi ini pagi yang ceria dan menggembirakan utk anda :)

Menjawab soalan
——–
aleeya_fazdlin : Terima kasih kak haza…tp, kak mcmn saya nak tahu yg pencuci tu ade enzim pemutih ke tak? apakah keywords nyes? bole tlg terangkan pd saya..
——–
Aleeya, kita boleh merujuk kandungan yang terdapat di dalam sebarang produk yang kita gunakan di bahagian belakang produk tersebut
Ia sepatutnya ada
Seperti sabun Nappi Kleen (refer gambar di bawah)

IMGP2312

20 Jun 2009, Lunatots Cloth Diaper (atau lampin kain moden) dipaparkan di surat khabar utama Malaysia
Berita Minggu
Terima kasih Siti (jurnalist) atas garapan story yang hebat!

IMGP2313

Ianya revolusi baru untuk keibubapaan di Malaysia
Lampin kain moden yang boleh dibasuh. Menjimatkan dan terbukti selamat utk alam sekitar dan anak.
Kepada yang berminat untuk menjadi ejen jualan Lunatots, hubungi info@lunatots.com
Anda akan mendapat pelanggan hasil daripada promosi Lunatots di surat khabar dan majalah2 utama keibubapaan di Malaysia

IMGP2314

Gambar dibawah belum pernah saya tempekkan dalam blog
Iki dan Yaya bergaya dengan koleksi baju Sara Kids
Saya tak sabar nak shopping di Sara Kids utk hari raya yang bakal tiba!

IMGP2318

Sepanjang minggu lepas, Iki demam, batuk dan selsema
Pagi ni dia masih demam dan hanya baring di depan tv rumah mak (pengasuh) masa saya tinggalkan dia
Ianya rasa yang menyedihkan bagi seorang ibu…  :)

wendy___counselor_p0in

Ini entri saya di petang hari
Ianya mungkin berbaur emosi dan tidak sesuai di tempekkan di mana mana laman web..hihi
Tapi saya kongsikan juga disini buat bacaan semua yang sudi

Saya menerima banyak panggilan telefon, email, YM mahupun SMS mengenai ‘bagaimana menjadi kaunselor laktasi’
Maafkan saya, saya tidak tahu nak menjawab soalan itu on the spot
Sebab di masa yang  sama, saya tertanya tanya ‘mengapa mahu menjadi kaunselor laktasi?’

Biar saya jawab dahulu soalan di atas
Saya tidak tahu ujudnya satu title ‘kaunselor laktasi’ dalam dunia ini sebelum ini
Tapi saya mengkagumi mereka yang mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi tentang susu ibu
Anda tahu siapa ‘mereka’ tanpa saya nyatakan namanya
Mereka yang suka bercakap mengenai susu ibu dan membuatkan ibu mahu menyusukan anak mereka dengan hanya sesi kaunseling 10 minit
Mereka hebat kerana mampu menjadikan susu ibu yang hebat daripada isu biasa biasa sebagai topik yang luar biasa!
Saya tidak ada pernah memasang niat untuk menjadi seperti mereka (dari segi populariti)
Tapi saya teringin nak berkongsi ilmu dan motivasi diri
Saya bercita cita melihat penyusuan susu ibu suatu yang istimewa di hati ibu, bapa dan seluruh masyarakat Malaysia
Lalu wujudlah www.diyaluna.com
Dari dalam hati seorang ibu yang pernah gagal menyusukan pada 2 bulan pertama bayinya
Yang sampai sekarang malu melihat kembali gambar anaknya minum susu formula
Saya kongsikan SEGALA-GALANYA di blog ini
Dari cara pengepaman, pam susu, cara penyimpanan, cara pengekalan susu
Sungguh, saya rendah diri kalau kalau pakar laktasi masuk blog saya
Positifnya, saya patut bangga kalau mereka masuk dan menegur bahagian ilmu yang saya tersalah tulis kan?

Kepada kawan kawan yang pernah kenal saya pada Februari, Mac, April, May, June, July 2008 akan tau
Bagaimana ‘eksaited’ nya saya mengenai Penyusuan Susu Ibu
Saya on the phone berjam jam dalam sehari demi membantu teman ibu
Asal balik kampung, saya bersyarah ala ala nurse gomen tak bergaji
Bila nampak org mengandung, saya terus meluru cerita pasal susu ibu
Kalaupun ibu itu tidak berminat dengan cerita saya, sekurang2nya susu ibu masuk dalam list Things To Buy/Consider untuk si comelnya

Sehinggalah suatu hari, salah seorang kaunselor laktasi di Malaysia menggalakkan  saya untuk menyertai kursus
Saya bertanyanya “kenapa saya perlu menyertai nya? sekarang pun dah puas hati membantu ibu”
Katanya “sbb Sue ikhlas dan akak nak Sue jadi one of the lactation counselor”
Itu kepercayaan dan penghargaan yang amat tinggi buat saya!

Kursus laktasi adalah pelengkap ilmu yang saya ada
Ilmu yang selama ini saya cari dari sumber pembacaan dan perbincangan
Dan dalam kursus laktasi itu berkali kali airmata saya bergenang
Bila mana terbayang ruginya anak saya tidak mendapat kolustrum (susu awal)
Menyesal kerana tidak mencari ilmu lebih awal
Dan saya tidak mahu ramai ibu lain jadi seperti saya

Tiada niat meraih untung apatah lagi menjadi kaya atau popular setelah bergelar kaunselor laktasi
Cas kelas yang dikenakan bukan utk keuntungan melampau tetapi bagi saya menampung bayaran kelas
Bayaran peralatan, bayaran makanan, bayaran pekerja, kos fotostat dan handout serta sedikit saguhati terhadap kaunselor
Ianya bukan kareer yang boleh menjadikan anda kaya
Tapi saya tidak menyesal, kerana saya tahu ilmu yang berterusan dimanfaatkan akan beroleh kebaikan
Setiap titis susu ibu yang berjaya menyusukan anaknya berkat dari sedikit ilmu yang saya sampaikan adalah tanda kasih sayang saya yang tiada henti

Dan bila ramai ibu yang mahu menjadi kaunselor laktasi
Jujurnya saya BANGGA!
Kerana ramai yang berhati murni membantu ibu dan masyarakat di luar sana
Lepas ini lebih ramai yang tidak akan terperangkap dengan mitos penyusuan yang mengarut

Tapi bila ramai yang mahu menjadi kaunselor laktasi kerana sebab sebab lain  contohnya mahu membuat kelas,  mahu mendapatkan title itu dan dikenali
Perasaan saya bercampur baur..
Jangan salah faham, anda bukan pesaing saya kerana saya tidak pernah/akan bersaing dengan sesiapa
Saya tidak pernah terfikir yang anda akan ‘mengambil’ kes/customer saya
Kerana kes ibu ibu TERLALU banyak sehingga tak terkejar dek tangan dan masa kami yang terhad (existing kaunselor laktasi)
Saya percaya siapa yang pernah berurusan dengan saya pada Mac 2008 dan Mac 2009 akan rasa perbezaannya
Bukan saya sombong jauh sekali berbangga diri
Tapi saya semakin tidak sempat meng’entertain’ semua case ibu baik melalui phone mahupun email
Masa siang saya terhad kerana berkerja dan malam pula utk keluarga
Ditambah dengan kemampuan fizikal diri saya yang sedang mengandungkan SEJU
(Ianya bukan alasan kukuh untuk tidak terus membantu ibu lain kan?)
Tunjukkanlah kesungguhan anda terhadap penyusuan susu ibu
Walaupun anda bukan kaunselor laktasi!
Anda tidak perlu mendapatkan status itu untuk bersuara atau berkongsi ilmu
Susukan anak anda selama mungkin, bantulah teman anda menyusukan anaknya, berceritalah tentang susu ibu
Sertailah Kumpulan Sokongan Susu Ibu, dengarlah masalah ibu ibu yang tidak mampu menyusukan anak mereka
Build up reputation anda sehingga anda mampu memperoleh kepercayaan ibu ibu
..dan kami barisan kaunselor laktasi akan berbesar hati menjemput anda menyertai kumpulan sokongan susu ibu

Tiada apa yang kami kedekutkan
Cuma besar harapan kami supaya mendapat barisan kaunselor laktasi yang betul2 berniat ikhlas terhadap penyusuan susu ibu di Malaysia khususnya dan dunia amnya
Anda mungkin boleh membayar sebarang kos untuk sebarang sijil tetapi semangat dan kekuatan diukur oleh diri anda sendiri bukan sebarang barisan penilai

Bersediakah anda untuk tidak menolak mana mana kes walau seremeh mana sekalipun
Telefon berdering berkali kali sehari dari ibu yang memerlukan jawapan di waktu itu juga
(Sehingga anak anda berharap anda tidak ada telefon! Ianya menyedihkan..)
Masa 24 jam yang sama dengan semua ibu lain tetapi dibahagikan kepada bukan hanya majikan, anak dan suami tapi semua ibu dari seluruh penjuru Malaysia
Hujung minggu anda bukan untuk keluarga mahupun ibu bapa, sebaliknya adalah kelas dan kes2 yang perlu perhatian anda
Kami tidak melakukan itu kerana sijil, dan bukan kerana arahan Jawatankuasa Laktasi hospital
Tapi kerana tanggungjawab kaunselor dari dalam diri

Entri ini tidak ditujukan kepada mana mana individu tertentu
Ianya berbentuk general kepada semua
Semoga dapat menjadi panduan dalam menimbangtara kareer anda
Renung renungkan
Kenapa anda MAHU menjadi kaunselor laktasi..

Kepada yang bersungguh sungguh untuk menjadi kaunselor laktasi
Lengkapkan diri anda dengan ilmu dan kesabaran untuk menyampaikan informasi yang tepat dan berkesan dari sekarang, dari hari ini
Yakin dan amalkan apa yang anda sampaikan
Suatu hari nanti, anda bukan milik keluarga anda sahaja tetapi masyarakat!

Puan Suraya, Kaunselor Laktasi Jun 2009

Related Posts with Thumbnails