Hari Sabtu 13 June 2009, kami menganjurkan Kelas dan Kaunseling Khusus Relaktasi
Dijadualkan bermula pada 9 pagi, kelas bermula jam 9.45 pagi dengan kehadiran mencecah 20 peserta
Terdapat beberapa modul yang dirancangkan oleh kaunselor iaitu:
- Panduan Asas Penyusuan Susu Ibu
- Teori Relaktasi
- Praktikal Relaktasi seperti alat bantuan sokongan
- Kumpulan Sokongan dan Sesi Kaunseling
- Follow up dan preskripsi ubat daripada klinik pakar kepada yang memerlukan
Tiada gambar semasa di kelas kerana suami saya sibuk menjaga Iki kami
Semasa sesi kumpulan sokongan dan kaunseling, peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan kaunselor yang berbeza
Iaitu Puan Farah dan Puan Suraya
Leeya (dari Sara Kids) tolong snapkan beberapa keping gambar sebagai kenangan
Semuanya masih segar dalam ingatan saya
Puan Azura yang mahu menyusukan Aina fully BF walaupun berkerja dan belajar
Puan Huspa yang bertekad untuk menyediakan 100% susu ibu kepada bayinya
Puan Fiza yang masih dalam pantang, perlukan lebih kesabaran untuk berlatih proper positioning dan latch supaya bayi boleh minum secara terus dari payudara ibu
Puan Yusma dan bayinya Adam yang perlu menukar pattern penyusuan mereka supaya kebergantungan terhadap susu formula dapat dikurangkan dan seterusnya diberhentikan
Puan Iza yang berdepan dengan cabaran memujuk bayi untuk minum secara terus dari payudara supaya stimulasi penghasilan susu dapat berlaku
Apa yang dapat saya katakan, airmata ibu2 ini adalah umpama tanggungjawab di bahu saya
Senyuman yang mereka berikan semasa bersalaman dengan saya sebelum pulang adalah motivasi utk saya membantu mereka
Follow up dan preskripsi ubat akan diberikan kepada yang memerlukan
Kami akan hubungi anda dalam masa terdekat!
Saya bawa anak dan suami untuk berkerja walau hakikatnya susah nak berkerja dengan anak disisi
Lagi2 bila dia mengamuk dan mula mengantuk
Ini anak dan suami saya di celah2 rak baju di Sara Kids
Kasihan mereka kan?
Mungkin untuk sesi yang seterusnya, saya akan pergi sendiri
Sekurang2nya mereka boleh berehat di rumah
Untuk semua teman, walau apa jalan yang kalian pilih didalam hidup
Pastikan kalian suka dan mahu lakukannya
Modal yang paling besar dalam sesuatu tugas adalah diri anda sendiri
Anda bukan liabiliti!
Salam Sayang,
Puan Suraya
Related posts:





salam kak..
saya teringin nak ke kelas tu..
bulan 7 ada wat takk..?
tapi raziq dah nak masuk 4 bulan..
zah pula hy bg dia susu yg zah pump..
dah berusaha try bg direct…dia tolak..
—
Izzah : InsyaAllah kami akan announce kan kalau ada kelas khusus seperti itu. Hujung minggu ni kelas penyusuan untuk expecting parents.
sue dear, sesungguhnye ku memahami perasaan ibu2 itu, tapi syg ku xleh join diaorg ari2…ku suke lihat hubby mu n iki yg sentiasa ada support mommynye..so sweet!
—
Riez : Betul..kalau boleh nak duduk menempel di rumah ibu tu utk membantu..apakan daya, ku boleh bantu luaran dan semuanya usaha mereka.
Alhamdulillah hb dan Iki sentiasa di sisi walaupun mereka penat dan moncongs…hihi
SUE..SY RS RUGI TAK PEGI KELAS RELAKTASI SBTU ARITU..LPS NIE KLO ADE NAK JOIN..KLO RELAKTASI UTK ANAK UMUR LBH SETAHUN BOLE KE..
—
Aini : Kelas hari Sabtu lepas untuk ibu yang anaknya dibawah 6 bulan. Baby Aini masih mahu menyusu terus dari Aini ke?
anak sy yg sulung umur setahun 7bln..bole ke die mnum SI balik…sbb bile try bg balik die luwek…heheeh…yg no 2 nak masuk 4 bln n fully BF
—
Dia boleh minum SI (dari sudut kesihatan), tapi dari sudut preference, kena perhatikan anak Aini