Ini entri manja manja mengada..hihi
Hari Ahad kan hari keluarga…jadi tak perlu fikir mengenai kerjaya
Refer entri mengenai first pregnancy saya disini
Dan ini saya print screen kan sedutan kontroversi..hihi

Beberapa ibu hairan kenapa sikit sangat KG yg naik? 5 kg atau 15 kg? Jawapannya 5 kg..hehe
Kenapa tak naik banyak seperti yang sesepatutnya?
Sebab :
- Ada kawan saya mengandung sebelum saya, naik 12 kg (kenaikan normal). Dia sangat yakin cakap didepan muka saya begini “ko nanti LAGI gemuk, percayalah!”
Dia bergurau…tapi saya sentap acik emosi…ekeke - Waktu saya mula mula mengandung, terbaca di internet dan majalah yang Norjuma naik sehingga 100++kg semasa kandungan pertamanya! Wah, dia orang kaya, bila bila masa boleh masuk slimming centre.
Kalau saya naik berat sebanyak itu, harus beratur ambil nombor sampai tua kalau kalau Slim World perlukan model bertudung kan? - Saya tak selera makan, hari hari lunch biskut dan milo. Dinner apa yang suami sudi masak ada.
- Saya memang dah siap siap mok..Masa kawin dah 51kg :peluh: sungguh susah nak turun berat badan semasa anak dara trang tang tang..hihi
- Saya tak mengidam apa apa sbb takde rasa nak makan apa apa.
Untuk kandungan kedua, saya masih begitu. Semasa kandungan berusia 5 bulan, berat saya masih 45 kg (sama seperti masa awal2 kehamilan).
Mungkin berkat menyusukan ditambah keadaan jadual yang huru hara serta kurang masa untuk tidur petang, berat saya tidak susah dikawal.
Jom tgk gambar close up perut semasa sesi kaunseling kumpulan sokongan pada hari Sabtu lepas.
Biasanya lepas makan, ianya akan sedikit besar (perut)..ehehe
Mengidam?
Oleh kerana saya tiada selera makan, bila tiba tiba rasa nak makan ‘itu’
Suami dan saya akan mencari juga benda ‘itu’
Bukan sbb baby dalam perut yang mahu
Tapi mommy bawa perut yang tak lalu makan benda lain (ha..ngada ngada kan)
Bila dapat apa yang saya mahu ‘itu’
Saya akan makan dengan banyakkkkkk (eh terbubuh banyak huruf k pula
)
Ada harinya saya teringin puyuh goreng kunyit
Kami makan di Restoran di Batu 9 Cheras
Puyuh dia besar dan sedap, tak kecik keras kejung macam tempat lain yang saya pernah pergi
Wah wah…sangat puas hati la mommy!
Pastu mahu cheese cake Secret Recipee (tempat lain punya taknak, hantar Afrika karang baru tau kan)
Tapi belum sempat singgah
Asal breakfast dan lunch, saya lalu makan roti bawang kuah kari dan dal sahaja di Samy Corner
(entah apala uncle Samy bubuh dalam rotinya..haha)
Kadang2 order sampai 2 keping!
Masa ke Melaka minggu lepas, suami sempat ‘layankan’ saya teringin makan asam pedas
Kami makan di Restoran Big Apple belakang Pejabat Pos Bukit Katil
Nasi, ikan jenak, sambal belacan,ulam petai bagai, ikan masin dan telur masin berharga RM8
Ianya pedas dan sedap…banyak amat berselera saya makan
Kalau dapat yang di Parit Raja, Muar mesti lagi best
Sebab orang kata di sana lagi sedap asam pedasnya!
Minggu lepas sudah meeting bersama kumpulan sokongan susu ibu PPUM
Saya paksa mereka makan bersama sama di Masak Asam Pedas Linda Onn, sebelah Tesco Ampang
Kalini makan nasi, ikan jenahak (lainkah dengan ikan jenak?), sambal belacan berharga RM11
Rasanya sedang-sedang, sedap lagi yang di Melaka pada saya
(Ini hanya pendapatan saya tau,mungkin orang lain suka)
Beberapa kali ke TTDI Jaya, teringin makan siput sedut Pok Leh tapi tak sempat2
Kerana biasanya sesi kelas dan kaunseling berakhir lewat dan siput sedut Pok Leh dah habis org lain sedut..uwaa
Kami pernah ke Velodrom utk mencari siput sedut
Tapi rasanya tak sesedap dan sepedas yang ada di dalam expectation saya
Semasa sesi kaunseling Sabtu lepas, pun kami tak berkesempatan keluar makan jam 1 pm
Jadi saya dah padamkan niat sedut siput sedut dari dalam kotak nafsu fikiran saya
Masa nak balik rumah jam 4pm, suami “siput sedut ada bawah kerusi Sue(dalam kereta), tadi abg bungkuskan”
HO HO HO…saya sangat happy!
Tak sabar sabar nak sampai rumah, masak nasi, masak sayur, buat air sarsi sejuk dan menyedut..kikiki
Ini saya sharekan gambarnya

Kan saya dah kata, tiada motif entri ini…hihi
Selamat kembali berkerja!
Related posts:




saje nak nyibuk jap…
gmbr aina pun ade dlm tu ek, xperlah masuk sikit pun jadi hehehe…
kak sue, mekasih ats penerangan sabtu ritu, byk manfaatnyer pd sy..
utk kak sue, selagi boleh mkn, mkn je pe saje yg teringin ek…jg diri baik2..
—
Zura : Zura bertuah sbb suami sentiasa di sisi..Ingat supply and demand ye dear.
Relaktasi perlukan komitmen, komitmen menambahkan milk supply dan meninggalkan stok yg cukup utk anak.
Target 100% breastmilk utk Aina yg baik..
Wah sgt sedap nmpk siput sedut itew…terliur ku seketika…hahah
—
Wah Ma, ajak cik abg cari