Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
Nuffnang ADV
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Luna’s Shop
Tweets

Saya dah beberapa kali terlepas event penting dan bermakna di dalam blog
Baru sedar bila Kak Huda sangka saya kurang blogging sebab dah mula mabuk loya2
Tidak, saya tidak mabuk sepanjang mengandungkan SEJU
Saya malas dan berjerawat (banyak!)

Antara event yang tidak saya blog kan ialah birthday si dia saya (2* March)
Anniversary kami (5 May)
Sebab tak upload, sekali lagi, bukan mabuk…tapi sakit Malas menyerang..hihi

Jadi sempena Hari Bapahari Ahad minggu ketiga bulan Jun pada setiap tahun
Iaitu 14 Jun pada tahun 2009, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa awal awal kepada bapa anak saya
*Saya tahu anak saya belum tahu jerit jerit ucapkannya
Jadi saya wakilkan :)

imgp2239-800x600




Bapa anak saya (oh oh sangat dramakan tidak sebut suami saya) bukan bapa konvensional macam bapa saya
-Bukan maksud saya bapa saya tidak baik tau, cuma bapa anak saya lebih memahami-
Dia banyak berkorban tenaga untuk keluarga kami
(Saya dah mula rasa macam buat karangan hari bapa)
Tapi saya jujur ikhlas ni… oke oke sambung
Bermula dari buka pagar bila sampai rumah dari balik kerja, buka pintu rumah, tutup pagar balik, ambil barang dalam kereta
Sementara saya terus masuk ke dalam rumah,baring di sofa tgk Arianna dan mengeluh “haih penat”
(Nanti saya upload kan video Iki mengajuk saya penat)

Bapa anak saya juga angkat semua barang ke dapur
Kemas2 sikit2 sambil berfikir malam ni kami nak makan apa
Itu jadi tugasnya(iaitu tanya saya nak makan apa) sbb bila saya lapar, saya mudah angin (ah bajek manja kan?)
Bukan angin yang tarik2 rambut marah2 tu kalian
Tapi angin yang masuk dalam perut dan keluar ikut mulut itu..hihi
Kadang2 kami memilih untuk keluar makan di luar
Dan biasanya kami memilih utk berlapar makan apa yang ada (haha..pemalas!)
Bila mood bapa anak saya baik, dia akan masakkan nasi goreng yang sedap (Yeay!)

Lepas tu bila dia baru nak duduk sejak dari balik kerja, saya marah marah suruh dia mandi sbb saya kata macam org malas
*Padahal yang baring dari balik kerja tadi la malas kan?
Lepas mandi dan solat, bapa anak saya tgk berita dan buat kerja ofis
Saya dan anak masuk tidur sampai ke pagi
Bapa anak saya ambilkan air masak tepi katil, pasangkan ubat nyamuk, settingkan aircond, tutupkan lampu tidur, make sure pintu kunci, kunci kereta dan kunci rumah harus setempat, campak mainan Iki ke bawah katil dan lain2

Bangun pagi2 masa Iki sibuk nak cucu (susu), bapa anak saya tolong gosokkan baju
Dan siapkan barang2 Iki ke rumah pengasuh
Dia juga masak air dan rendamkan botol Iki selama 10 minit

Di hujung minggu, pagi dia basuh kereta dan petang dia main dengan Iki di bahagian lalang depan rumah
Hebatkan bapa anak saya?
Mommy anak saya?
Terlantar baring macam kain buruk di ruang tamu

imgp2238

Dia suami dan bapa yang hebat!
Satu hari untuk hari bapa tidak cukup, ia sepatutnya 365 hari!
Terima kasih daddy, dari mommy yang penat selalu dan Iki

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Selamat Hari Lahir Dzakwan
  2. Selamat Hari Lahir Dzakwan
  3. Selamat Hari Raya!
  4. Bagaimana Nak Bangun Awal Pagi (Untuk Ibu Bapa)
  5. selamat hari Jumaat

13 Responses to “Selamat Hari Bapa-Daddy”

  • bukan 21/6 ker ari bapa…advise sikit…

    Haha : Itu baru awal sungguh ye..betul3x. 21 Jun 2009 (Ahad minggu ke 3)
    14 Jun 2009 ni Ahad minggu ke 2 ..hihi..awal sungguh diriku..

  • haza:

    Sue, bila mu dah listkan apa yg bapa anakmu buat.. ku baru tersedar.. bapa anakku jua begitu..sibuk itu inin..ibu anakku?balik kije gentel anak, golek2 depan tv.. haih!

    Haha Haza: Banyakkan? Bila dia takde, ku merungut camni “Semua Sue buat, buka pagar, pintu rumah, angkat barang, angkat beg, konci gate, konci pintu, etc etc etc”
    (Yang selama ni dia buat tapi tak merusuh komplen pun..ekeke..)

  • Wah…’campak mainan Iki bawah katil?’
    Hihi….sangat cute..
    atleast korang ada katil, k.pija kalu masuk dalam kotak letak atas almari, lepas berhabuk sangat baru bagi diorng main sekali lagi…tak larat ah nak kemas!! :P

    Haha : Bukan mainan je kak, buku nota Sue, baju kerja yang disepuk..semua campak bawah katil. Lain tahun baru jenguk..ekeke

  • Liz:

    wah, berjasanya Wan; si bapa Iki nie!

    bab suruh pegi mandi tu, abg izat selalu kena gak. haha.. tp kena la camtu kan. sementara sy susukan anak, elok dia pegi mandi dan bersiap wangi-wangi. lps dah siap nyusukan anak, dia leh jaga anak sementara saya siapkan semua kerja rumah. kan dah jimat masa di situ. ekekkeke..

    Haha : Selagi dia tak mandi, semuanya rasa tak kena kan kan..Kekeke
    Padahal boleh je jaga anak walaupun tak mandi :)

  • selamat hari bapa kepada bapa iki dan bapa adik iki..:)

    Selamat hari bapa pada bapa anak anak Sya juga :)

  • selamat hari bapa.. hihi

    Thanks Faiz : Hihi..ku pula ucap terima kasih..

  • Maziah:

    Wah sgt terharu sy baca entry ini…tahniah papa iki…

    Hihi Ma : Thanks (lagi sekali ku juga ucap terima kasih).
    Tak lama lagi papa anak Ma pula kena buat semua tu :)

  • ayg:

    hehe..alhamdulillah. alg, ayg br je tanya mak ayg “kenapa kena selebret hari bapa?” tp alg dh tolong jwbkn di dlm entry ni. moga adik2 ayg dpt suami sehebat itu dan jadi suami sehebat itu. aminnn

    Ayg : InsyaAllah Ayg akan berjumpa lelaki yang baik suatu hari nanti. Alang pun tak serajin sebaik mana.
    Tapi ianya melengkapi (malas-rajin) ..hihihi..
    *Belum Alg cerita kisah malas dia..ekeke :P

  • dadin98:

    nama akak masuk blog….hooorey…..
    alhamdulillah rasanyer skang ni ramai suami2 yg baik macam suami sue termasuk la suami akak…
    ni nak berkongsi rasa sikit…smlm akak gi mtg ke perlis…mtg nya sekejap tapi perjalanan nyer yg lama…biler dua perempuan mtg bersama lepas mtg kami gosip pula…dipendekkan cerita terbuka la perkataan dari akak…suami saya baik…kerja saya menagndung dan beranak lepas 5 bulan urusan anak rumah dan sebagainya akan diuruskan oleh suami (kenapa 5 bulan…sbb cik suami takut pegang baby waktu tgh lembut…lepas tulang keras dier dah bole gusti ngan anak2)…spt skang akak akan main tido jer…yg tahu anak semua akan berada di dalam bilik, ac dah siap pasang, susu anak, pampers etc termasuk la air minum akak dah ada dalam bilik…mlm2 dahaga suami takut isteri turun tangga dalam gelap nnt jatuh…..

    pastu dier kata suami dier pun baik….dah 20 tahun kami kawin…tapi dua tahun ni dier dan suami diduga…suami dia ada affair ngan pompuan lain….sesuatu yg tak disangka sbb suami dier bukan lelaki jahat…tapi sbb dier baik la perempuan menaruh hati kat dier….hatiku sungguh tersentak dan ku rasa ingin terbang pulang ke kl waktu tu jugak….nak jumpa cik suami minta maaf…nak jadi pompuan rajin+baik dsbg nyer….ku sungguh susah hati, ku panjatkan doa semoga perkahwinan kami biar sehingga bercerai mati……..

    moral story???? sama-sama la kiter renungkan…..

    Prf Kak Huda : Batuk2 manja Sue baca cerita akak..
    Terus jadi pendiam..ekeke…

    Renung2kan..zasss… :)

  • najwa:

    hahaha.. kaksu mmg… mmbuli abg iwan..hahahaha~

    Ha ? Ye ke Najwa? Ye ke? Hihihi….

  • sabar:

    Alhamdulillah Sue…rasanya suami zaman skrg tak macam dulu…kesedaran dah tinggi…mostly ringan tulang membantu kerja rumah…sebab suami isteri sama2 keluar kerja mencari rezeki…bila balik rumah sama2 la uruskan rumah pulak kan…dulu hanya suami yg keluar bekerja, isteri menjadi suri rumah sebab tu suami balik rumah mengharapkan kerja rumah isteri dah uruskan…
    tapi w/pun isteri menjadi suri rumah, suami masih perlu membantu kerja rumah…buat kerja rumah lagi penat dari kerja pejabat oooo…tak caya cuba la cuti 2-3 ari dok kat rumah uruskan rumahtangga sorang diri…berani cuba sue?

    Betul Sabar : Jadi surirumah lagi penat sebenarnya :mode berpeluh:
    Kena sama sama memahami dan bantu membantu suami isteri :)

  • Housewife penat:

    Fuhhh… tak tau nak komen apa….

    Housewife penat : Tak terkata penatnya ye..

  • Lya:

    Saya seorang housewife yang selalu penat, apalagi sejak pregnant no 6 ni. Suami saya jenis yang tak buat kerja rumah, tak tolong masak, kadang2 aje tolong kemas katil sebab dia bgn lambat, kadang2 tapi jarang2 buat susu anak, anak nangis malam dia marah anak bukan pujuk hehhehee… bila saya bwk air naik bilik, dia tolong perabih… malam2 saya kena cek pintu berkunci ke tak.. kalau dia tido lambat, pernah jugak rumah tak lock pun. Tapi takpe, saya tetap sayang dia sebab saya tau dia sayang saya. Hujung minggu kalau dia tak outstation, sy buat perangai malas masak, nak keluar sebab saya pening dok rumah.
    Mommynye Iki sangat bertuah dapat Papanye Iki yang suka membantu dan tak merungut2. Tapi hati2, suami baik mcm papanye Iki adalah lelaki idaman aweks2 di luar sana… sedangkan suami saya yg mcm tu pun saya selalu risau…. take care ye (and take good care of him too).

    Terima kasih Lya.
    Ada kurang di sana, lebih disini. Lebih disini, kena tampung2 belah sana..hihi macam diri kita juga kan dear :)
    Apapun, semoga kita terus melengkapi antara satu sama lain..amin..

Leave a Reply