Kelas Penyusuan Susu Ibu pada setiap bulan memang saya nanti2kan
Sebab tiap2 bulan otak saya memikirkan
Untuk memberikan input yang tepat dan efisien kepada ibu bapa yang hadir
Perasaan berbaur baur setiap kali menyediakan slide
Risaukan slide membosankan amat
Bimbang parents hairan lihat saya tak boleh berhenti bercakap..hihi..

Setiap kelas di hadkan kepada 10 pasangan sahaja
Bertempat di Sara Kids TTDI Jaya
Tarikh : 6 June 2009, 9 pagi hingga 12 tengahari
Kami percaya yang kelas yang kecil lebih memudahkan interaksi antara kaunselor dan parents

Gambar dengan attendees selepas sudah kelas
Kelas yang dijadualkan berakhir jam 12, habis pada jam 2 ptg
Dari dalam hati saya, saya terharu dengan semangat bakal bakal ibu
Dan sokongan kaum suami dalam menggalakkan isteri mereka menyusukan anak mereka yang bakal lahir
Anak kita, biar kita yang tentukan kan?

Selepas kelas, saya rush ke kenduri kawin Acik, teman sekolah saya
Kebetulan suaminya merupakan teman sekolah suami saya
Itulah aturan jodoh kan
Berlengas amat lah saya
Tengok gambar pun dapat rasa ‘jongos’nya
Selamat Pengantin Baru buat Acik & suami
Selamat melayari alam rumahtangga, semoga ikatan yang terbina berkekalan ke hujung hayat…Amin..

Related posts:




teringin sy nk jumpa sue. nk tgk betul ke sue ni mmg takleh berenti bila dh start cakap mcm yg sue duk sebut slalu tu. hehe
—
Bila Sue jumpa Nadiah, maybe Sue akan malu malu dan otomatis jadi pendiam..hihihi…
hope to join bf class…tak tau la bila..
—
Salam Kila : Ada rezeki, kita berjumpa ye. Maybe Kila boleh arrangekan utk kawasan sekitar Kila