Archive for May, 2009
Hah, kalini mengenai sesi Mingguan Wanita pula
InsyaAllah untuk keluaran 6 June 2009
‘Keibubapaan Alami’ dari Lunatots.com ruangan Wanita & Bisnes
ihihi..saya tak tau sebenarnya apa tajuk yang journalist nak tulis
Pagi2 saya dah hangkut barang2 satu rak
Dengan anak sekali..sesekali merasa berjalan dengan anak tanpa suami di sisi
Saya cuba keluarkan kamera semasa wartawan interview ‘teman’ saya
(Oh oh saya ber’teman’ tau ke Karangkraf)
Siapa dia….nantikan 6 Jun 2009
Eh sambung sambung…tapi kamera saya show ‘battery depleted’
uwaaa….nanti takde gambar nak disharing is caring kan

Sudahnya saya berharap pada handphone teman saya itu
Mujur ada sekeping gambar saya muncung2 menjawab soalan journalist
Dan…
Soalan itu sangat susah dek saya!
Seperti rancangan masa hadapan Lunatots?
Apakah itu ini…oh oh berkerut2 dahi saya
*Belum lagi menjawab soalan2 gosip seperti “Adakah you teman tapi mesra dengan Fahrin A*mad seperti yang dinyatakannya?”
Atau ‘Sejauh mana hubungan you dengan Dato’ S? ”
Harus menggigil2 bebulu kaki saya
*Anak saya pun bekerja…(tengok apa Iki buat)

Kemudian kami bertiga roger ke Sara Kids utk sesi photography Iki di Berita Harian
Ironinya, punyala mommy Iki beria
Tapi Iki sempat pakai 3 baju je sebelum mengamuk berjam jam
Oh :mommy mode pegang dahi picit picit:
Gambar dia mengamuk, takde siapa sudi rakamkan…ngeri…hihihi

Polo Shirt ,Jeans , kasut Mother care dan lokasi tajaan Sara Kids
Terima kasih Puan Farah, dan ampun maaf pasal jeritan tanpa henti Iki yang tak semena mena di Sara Kids itew..ohhhh
4 hari sebelum shooting, saya kelam kabut mencari model baby
Shooting diadakan pada hari Isnin (hari bekerja!)
Dan bayi mesti yang duduk diam elok elok masa pakai CD
(memang bukan Iki!)
Terima kasih kepada ibu ibu yang menyertai ‘panggilan’ saya
Saya akan poskan sekeping Lunatots Cloth Diaper kepada bayi anda ![]()
Beri saya sedikit masa utk adjustkan perut masa dan CD2 di rumah ya
Sekitar sesi photoshoot berlangsung di bilik penggambaran Karangkraf
Kami berbincang mengenai apa yang saya mahu dan pendapat-an photographer
Yelah, tak semestinya apa yg saya mahu itu possible dek mereka kan

Dan sampai sekarang saya tak faham kenapa saya senyum masa pakaikan CD
Sedangkan awal awal dah cakap, yang masuk hanya tangan saya..keh keh
Mujur takde org tegur diorg layannnkan je, kalau tak, mesti malu wehh
Dan model bayi itu sedang bermood baik, alhamdulillah..

Lepas shooting baby dan CD, sesi produk Lunatots pula berposing
Pencahayaan bagai di bilik itu membuatkan tangan saya flawless amat
Lepas tu saya ada ura ura nak minta photographer amik gambar flawless Sue pula
Tapi dia beritahu dia ada task lain pula…keh keh (uwaa…menangis dalam hati)

Ini gambar saya dan Karangkraf team tengah huru hara
Dari jauh nampak macam saya jual kain batik rumah ke rumah je kan…ahaha!

Dan dari dalam hati saya, team karangkraf SEMUANYA ceria ceria belaka
Walaupun terpaksa bekerja hari Sabtu, Ahad, birthday agung, birthday sendiri
Mungkin sbb mereka shenta kerja mereka
Anda bagaimana?



