Relaktasi

Ini adalah first draft saya utk ruangan Pa&Ma, July 2009
Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu alukan

____________________________________________

Relaktasi ialah proses menyambung semula penyusuan susu ibu selepas susu berkurangan atau kering berikutan kurangnya atau tiada langsung penyusuan langsung selama beberapa minggu atau bulan.

Sebab sebab ibu mahu memulakan relaktasi antaranya ialah bayinya tidak boleh menerima susu formula (formula intolerance), keadaan kesihatan ibu dan anak, perubahan rumah mahupun tempat kerja dan keinginan untuk menyusukan semula anak selepas bercerai susu(weaning) terlalu awal.

Relaktasi biasanya melibatkan 2 inisiatif:
1. Membawa bayi supaya mahu semula minum daripada payudara ibu.
2. Meningkatkan semula produksi susu ibu supaya ibu berupaya menyusukan anaknya secara eksklusif tanpa suplemen lain (terutamanya susu formula)
Secara keseluruhannya, artikel ini ditulis bagi menjelaskan kedua dua inisiatif di atas.

Kenapa Mahu Relaktasi
Relaktasi tidak mudah.Walaubagaimanapun hampir 75% peratus ibu yang mencuba relaktasi mendapati ianyanya adalah pengalaman yang positif (samada berjaya eksklusif ataupun tidak). Secara keseluruhannya, relaktasi lebih mudah dijayakan sekiranya fokus ibu ialah kepuasan menyusukan anak sendiri dan mengetahui yang anaknya menerima khasiat susu ibu berbanding kemahuan ibu untuk menghasilkan susu yang banyak.

Umur Bayi
Semakin muda bayi itu, semakin mudah proses relaktasi berlaku. Ini adalah kerana bayi perlu menghisap secara terus daripada payudara ibu sebagai syarat utama untuk penghasilan susu.
• Bayi di bawah 3 bulan lebih mudah untuk dipujuk untuk menyambung penyusuan
• Bayi di atas 6 bulan agak sukar untuk dipujuk
• Bayi yang pernah menyusu susu ibu sebelum ini lebih mudah dipujuk berikutan applikasi penyusuan daripada susu ibu dan botol adalah berbeza

Berapa Lama Ianya Akan Berhasil?
Sebaik baiknya luangkan masa 2 minggu bersama bayi sepanjang proses relaktasi.
Sebagai anggaran, jumlah masa yang akan diambil untuk memulakan semula penyusuan secara eksklusif ialah sama dengan masa yang telah diambil semasa penyusuan terhenti.
Ramai daripada ibu yang relaktasi mengambil masa kurang daripada sebulan untuk mengembalikan bekalan susu mereka.
Dalam kes saya, saya mengambil masa 2 minggu untuk memastikan saya menyediakan susu yang cukup untuk bekal bayi selama saya bekerja(18 oz untuk 10 jam) tanpa perlu ‘backup’ dengan susu formula.

Bagaimana Harus Saya Memulakannya?
• Dapatkan panduan daripada Kaunselor Laktasi yang bertauliah untuk sebarang konsultasi samada ibu dan bayi mengalami masalah lain (seperti keliru puting) bagi membantu proses relaktasi yang lancar
• Dapatkan pam elektrik yang berstandard hospital yang membolehkan pengepaman serentak untuk ibu mengepam 8 ke 12 kali sehari. Ianya penting untuk mengelakkan kes seperti puting luka.
• Banyakkan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi
• Tawarkan (offer) payudara dengan cara menggeselkan puting di pipi bayi selang 2 jam sekali
• Beri bayi menghisap secara terus selama 20 minit atau lebih pada satu payudara
• Tawarkan (offer)payudara sebelah lagi sekiranya bayi masih mahu menyusu
• Pam kedua dua belah payudara selama 20 minit selepas menyusukan bayi
(Nota: Prinsip penyusuan susu ibu ialah susu akan makin bertambah sekiranya payudara dikosongkan dengan berkesan)
• Ibu digalakkan mengepam 20 minit pada waktu malam (12 pagi – 6 pagi) selepas menyusukan bayi dimana produksi susu agak tinggi pada waktu itu
• Sekiranya bayi terlalu marah dengan pengeluaran susu yang lambat, berikannya 1 oz susu formula di dalam cawan kecil (untuk alas perut), dan cuba sambung dengan menawarkan payudara semula.
• Elakkan penggunaan puting palsu(pacifier) mahupun botol. Kerana payudara ibu memerlukan stimulasi yang secukupnya daripada bayi.
• Panduan : Sepanjang 2 minggu bersama bayi, susukannya secara terus di samping mengepam dimana susu yang dipam akan dibekukan sebagai stok semasa ibu memulakan bekerja nanti.
• Anggaran susu perahan yang perlu ditinggalkan : 10 jam = 12 oz – 18 oz (kuantiti mungkin berubah mengikut usia bayi dan masa meninggalkan bayi)

Pengamalan Kangaroo Care semasa proses relaktasi

• Bayi hanya dipakaikan lampin untuk memperbanyakkan sentuhan kulit ke kulit dengan ibu di mana ibu juga berkeadaan bare chest
• Ibu mendukung bayi sebanyak mungkin (semasa menonton televisyen, membaca majalah mahupun tidur)
• Bagi membantu, bayi boleh dibawa didalam sehelai kain seperti pouch atau kain batik
• Tiada had waktu maksima untuk kangaroo care
• Selain daripada kebaikan kangaroo care seperti menstabilkan pernafasan, denyutan jantung dan suhu bayi, cara ini juga dapat menserasikan bayi dengan bau ibunya.
• Kangaroo care adalah ‘easy-access’ bayi kepada susu ibu dimana secara tidak langsung akan meningkatkan produksi susu ibu.

Bagaimana Ibu Mengekalkan Produksi Susu Selepas Mula Bekerja?

• Pam 3 jam sekali (20 minit setiap sesi) semasa di ofis
• Sentiasa bertenang
• Mengamalkan cara pemakanan yang sihat
• Minum 8 gelas air sehari

Indikasi Cukupkah Susu Ibu?
Susu yang terhasil akan bergantung kepada :
• Keberkesanan penyusuan bayi tersebut seperti lekapan (latch-on) yang betul, masa yang diluangkan untuk setiap sesi, dan adakah bayi menolak mana mana sesi penyusuan
• Kekerapan stimulasi terhadap payudara ibu. Stimulasi dari pam membantu dalam peningkatan penghasilan susu walaubagaimanapun penyusuan terus daripada bayi lebih berkesan.
• Respon fizikal ibu terhadap stimulasi. Setiap ibu mempunyai kadar respon penghasilan susu yang berbeza beza walaubagaimanapun prinsip penghasilan susu tetap sama iaitu ‘supply and demand’
• Simpan rekod susu formula dan susu ibu yang diberikan sepanjang minggu dimana pemberian susu formula dikurangkan sedikit demi sedikit hari demi hari.
• Bayi yang mendapat cukup susu akan mempunyai sekurang kurangnya 6 lampin basah sehari.
• Najis bayi akan semakin cair, berwarna kuning cair dan semakin kurang berbau berkadaran dengan pertambahan jumlah susu ibu yang diminumnya.
• Berat dan panjang bayi stabil pada setiap kali lawatan klinik.

Alternatif lain?
Terdapat beberapa cara yang dipercayai boleh menambahkan produksi susu ibu. Walaubagaimanapun, suplemen suplemen ini hanya berkesan dengan penyusuan secara langsung dan pengepaman yang berkesan.
• Makanan penambah susu seperti pegaga, jantung pisang, lobak putih, oat, minuman horlicks.
• Suplemen herba seperti halba
• Perubatan moden seperti pil Domperidone dan Mortilium dibawah preskripsi doktor
• Penggunaan supplement nursing system (SNS) dimana susu formula dimasukkan dan tiub dilekatkan pada payudara ibu.

Nota Luna : Penyusuan Susu Ibu secara eksklusif adalah TIDAK MUSTAHIL walaupun bayi sudah diperkenalkan dengan susu formula.

Related Posts with Thumbnails

40 Responses to “Relaktasi”

  • Riez says:

    sue, sebab kat 1st para bole tukar tujuan kot, lagi ok rasanya

    Oh maksudnya tukar wordingnya ya..okeh!

  • Kalau boleh, sertakan sekali proses relaktasi melalui pam aje. sebab ada juga ibu yang berjaya kembalikan susu hanya dengan pam sebab baby dah takmo direct.. :)

    Kalau Liza ada experience, boleh hantarkan kepada saya. Saya besar hati menerimanya :)

  • ainazura says:

    mekasih kak sue, artikel ni mmg bagus sgt utk org yg mcm sy ni…hampir2 nak bagi aina susu formula tapi b’tuah sgt ada kwn mcm riez, so skrg ni b’semangat utk menyusukan aina fully BF…

    Tahniah utk ibu Aina yang bersungguh2 mahu meneruskan penyusuan :) Yup, Riez is a good friend..dia ialah penyukung tegar susu ibu. Chaiyok!

  • Siti Hawa says:

    Skrg baby saya 7 bulan nak masuk 8 bulan dah tak menyusu badan tapi saya terbaca artikel pasal suntikan prolactin. Bolehkah saya mencuba untuk merangsang kembali pengeluaran susu sebab saya memang nak beri lagi susu badan memandangkan anak saya allergic dgn susu formula. Harap dapat bantu pemasalahan saya dan dapat beri pandangan yang berguna.

    Terima Kasih.

    Siti Hawa : Siti Hawa boleh berjumpa dengan Kaunselor Laktasi mahupun Konsultan Laktasi untuk maklumat lanjut.

  • REET says:

    Sue,very useful tips.sometimes rasa down sangat sebab tak berjaya nak fully.dah try fng,bangun pam waktu malam tapi susu masih 3 oz je.frust jugak tapi redha dan pada masa yg sama keep pumping jugak.agaknya usaha tak cukup lagik kot.

    Reet : Ibu kena konfiden, biarpun 3 oz yang Reet dapat ianya jauh lebih baik berbanding bertin2 susu formula.
    Dan usaha Reet itu, amat membanggakan semua ibu yang menyusukan.
    Teruskan ye Reet..

  • kamariah says:

    saya sekarang pregnant 30 minggu(7 bln 2 minggu) manakala anak yang kedua dah 2 thn 7 bln yang mana saya sempat menyusu 4 bulan shj dan lps tu susu formula…untuk kandungan yang ketiga ini, saya bersemangat nak menyusu secara penuh bila bersalin nanti…cuma saya nak tanya, sekiranya saya memberi anak yang kedua susu badan menggunakan botol, ok ke sbb skrg nie pun masih minum susu formula termasuklah abangnya yang 5 tahun 7 bulan…atau dah tak sesuai sebab umurnya dah lebih 2 tahun…harap dapat komen

    Dear Kamariah : Susu bukanlah sumber utama keperluan bayi dan kanak kanak dimana dia sepatutnya dapat nutrien lain dari sumber makanan lain.
    Kebanyakan ibu bapa terus memberikan anak mereka susu selepas berusia 2 tahun kerana ianya sumber kalsium yang mudah (all in one tin)
    Anda boleh mencari sumber kalsium lain seperti bijan dan buah buahan selain daripada memberikan mereka susu formula.
    Pemberian SI kepada bayi berusia lebih 2 tahun adalah lebih kepada bonding semasa menyusukan diantara ibu dan anak berbanding keperluan nutrien mereka.

  • eLMa says:

    Salam Sue.
    Saye pun nak tanye mcm Hawa.. boleh @ perlu ke saye amik suntikan utk boost kan milk production ?

    saye dah mkn maxalon. tp 3 ari je.. tp susu mcm makin susut.. lps tu stop ..
    skang ni masih dpt 2 oz each session .. saye masih teruskan pumping & direct Bf.
    cume bile baby Haifa isap, bile dier dah x rase dpt susu (kot lee), dier nangis & ngamuk .. isk !

  • Ali.luv.Elin says:

    my problem is sy x pernah direct BF ~ sbbnya puting ‘buta’ ..
    Eyman dpt susu ibu selama ’2 mgu je’ T.T after that dh minum susu formula !! terkilan sgt2 ..
    try pumping pon sedikit sgt .. Eyman dh mengamuk !! terpaksa bg susu lembu ..
    usia nya skrg 2 bln 2 mgu lebih , agak2 boleh tak sy smbung pump susu badan sy balik ??
    time pantang dh bermacam sy mkn utk bykkan susu badan ~ tp x berhasil ..
    sy nekad sgt2 nk bg susu badan skrg ni~ boleh ke ?? (dgn cara pumping)
    help me pls !!!

    Boleh Eiyna. Eiyna boleh hubungi saya jikaa memerlukan sebarang kaunseling ye.

  • nuraz says:

    hi sue…very useful tips..sy mmg berniat utk fully BF baby sy tp tanpa dpt diduga sy bersalin scr operate dan baby disahkan G6PD. oleh sbb sy operate dan perlu mkn bnyk ubatan utk sembuhkan luka di perut (dinasihatkan begitu utk cepat sembuh bg menyambung BF), maka saya terpaksa hentikan BF setelah 2 mggu baby lahir. rase sangat sedih dan terkilan. fyi, baby G6PD alah pada ubatan tradisional dan lain2 ubatan antibiotik sekiranya tersilap mkn, maka kesannya pd baby mudah terkena kuning. sy rase serik krn baby sy kuning agak teruk selepas 3 hari lahir. kesian sgt.
    kini dia berusia 2 bulan lebih dan sy sudah sembuh. sy cuba utk re-laktasi tp baby beri respon yg negatif..maybe dia dah merajuk kot. sedih sgt. susu sy masih ada sekiranya dipam/menggunakan tangan tp tak banyak. sy cuba tips yg sue beri…offer pd dia pg dan ptg tp bile dia terasa nipple di mulut dia terus menangis/ buat aksi nak termuntah. pdhal saya dah cuba letakkan jari atau ape2 di mulutnya..terus dia menghisap tanpa menolak. tp kenapa bile offer nipple utk BF dia menolak dan menangis semahunya?
    sue boleh beri saya tips..sy takut terlewat memberikan dia zat susu ibu…tq

    Salam Nuraz, penyusuan susu ibu tidak perlu diberhentikan walaupun bayi disahkan G6PD dan sekiranya bayi alah dengan ubatan tradisional, maka pengambilan ubat tersebut yang perlu dihentikan, bukannya penyusuan susu ibu.Susu ibu adalah makanan terbaik bayi di bawah usia 6 bulan terutamanya di awal awal kelahiran.
    Kebanyakan antibiotik adalah selamat untuk diambil semasa menyusukan bayi dan puan boleh mendapatkan nasihat doktor/konsultan laktasi mengenainya.

    Jaundice (kuning) yang berpanjangan berlaku kerana penyingkiran bilirubin yang agak lama oleh bayi (melalui najis) dan makanan/minuman lain selain susu ibu mengganggu dan seterusnya melambatkan proses penyingkiran bilirubin tersebut.

    Nuraz boleh mengamalkan jagaan kanggaru dengan bayi dgn cara membanyakkan sentuhan kulit ke kulit(ibu& bayi). Offer nipple pada bayi selang sejam terutamanya semasa malam(ketika bayi dalam keadaan tenang). Selamat mencuba ye dear :)

  • nuraz says:

    tq sue atas tips yg diberikan. skrg memang sy bersemangat utk teruskan BF kpd anak sy dan cuba utk kurangkan pergantungan pada FM sepenuhnya. harap semuanya akan berhasil utk mengurangkan rasa bersalah sy pada anak krn menghentikan BF pada awal kelahiran:-( doakan sy.

    Salam Nuraz, Sue dan kawan kawan yang lain mendoakan Nuraz akan kuat semangat utk melalui proses relaktasi :) Amin..

  • nuraz says:

    sue..alhamdulillah saye dah hampir berjaya relaktasi my baby. respon baby positif tp mmg mengambil masa. sangat terharu dan sangat bahagia rasanya. mcm2 cara saya cuba. nanti saya emailkan utk kongsi dgn sue utk sue juga kongsikan dgn sume ibu2 di luar sana…ok…

    Tahniah Nuraz : Kongsi kongsikan dengan kami ye dear :) Thanks!

  • dynas says:

    hmm..very useful tips..thanks for sharing..

    Sama sama Dynas!

  • Rafidah says:

    saya ingin bertanya mengenai susu ibu. anak saya kini sudah 2 bulan lebih. saya sudah mula berhenti menyusukan anak sejak 2 minggu yang lalu setelah kembali bekerja. soalan saya, saya ingin menyusukan semula anak saya tapi susu tiada. bagaimana boleh saya kembalikan susu badan? perlukah saya memakan pil2 seperti yang dinyatakan? cara apakah yang selamat dan tiada kesan sampingan memandangkan anak saya mempunyai penyakit G6PD?. saya harap anda dapat membantu saya dengan memberi pandangan dan nasihat. terima kasih.

    Rafidah boleh mulakan dengan mengepam semasa berkerja dan memberikan bayi minum secara terus dari Rafidah semasa dirumah dan semasa cuti.

  • puteri says:

    salam…anak saya sejak umur 3 bulan hanya hisap sebelah breast sahaja (kiri) kalau breast bengkak pun hanya sebelah kiri yg bengkak. breast jd tak balance…besar sebelah, macam mana nak atasi masalah ni?

    Bahagian yg kerap dihisap akan mempunyai lebih susu(dan pastinya lebih besar). Mcm tangan yg lebih kerap digunakan akan lebih kuat dan besar. Cara membalancekannya, biar baby minum dari breast kanan pula berganti2 secara samarata.

  • puteri says:

    masalah nya baby saya akan gigit kalau saya susukan dia breast sebelah kanan, sejak 4 bln dah tumbuh gigi, sekarang umur dia dah 7 bln…dah ada 6 btg gigi, amat ngeri utk ku memikirkan setiap kali dia gigit time myusu, maybe tanda protes kot…hehehe. sbb milk flow tak selaju & sebanyak breast kiri. kalau saya pump, breast kanan tu kembali normal tak?

    Bila baby menggigit, marahnya dan dia akan tidak melakukannya lagi :)
    Boleh juga mengepam dgn lebih kerap tapi masih tidak sama dgn stimulasi hisapan bayi.

  • puteri says:

    terima kasih kerana membantu, memang betul, saya dah pernah cuba pump, tp cam tak berapa nak menjadi…baby umur 7 bulan reti ke kalau kena marah? hehehe. sbb kalau saya buat muka marah, dia siap senyum & gelak2 sekali…agaknya muka mama nya marah, funny kot…hehehehe.

    Dari dalam perut lagi bayi dah faham emosi ibunya :)
    Cuma ianya perlu ditunjukkan dgn jelas. Marah dgn memek muka yg serius, dia akan faham.
    Kadang ibu rasa kelakar dan senyum masa marah, jadi bayi confuse dan sangkakan ibu tgh bermain bersamanya(dan menggigit lagi). Selamat mencuba :)

  • puteri says:

    pn sue (formal nye)…saya nak tanya fenugreek tu boleh makan tak kalau period? saya sampai sekarang masih ragu2.

  • rose says:

    salam..

    saya seronok bila bc ramai yg dpt mulakan semula penyusuan susu ibu. mcm sy ni susu da kering tp baby baru je 2bulan.kesian dkt baby jd sy nak mula bf blk tapi this friday da nak msk kerja semula, agk2 ada chance to bf balik tak sbb cuma ada ms dgn baby waktu mlm je selepas ni..any tips on how to start bf balik tak?

    pd yg da berjaya congrats.jgn lupa doakan sy.

    thanks

    Susu ibu adalah supply and demand Rose. Teruskan menyusui dan mengepam, susu akan semakin meningkat, insyaAllah.

  • Rasidah says:

    salam….

    kak sue,kenapa ye dah 3 minggu sy mengepam,tp kuantitinya amatlah sdikit kak sue.
    kalau boleh saya nak kembali anak saya menyusu direct.sekarang ni bb dah mula menolak kak sue.saya pam pn dpt dlm 20 ml je utk seharian sy mengepam…

    bagaimana saya nak mengatasinya kak sue? boleh kak sue guide saya?

    Salam Rasidah, Rasidah boleh email saya untuk arrange sesi kaunseling penyusuan.

  • rozie says:

    hi kak sue, baby saya menyusu susu badan sampai usia 6 bulan je, pastu saya dah jarang bagi susu badan sebab keja dah bertambah and asyik balik malam je.badan penat, malas nak bf, bagi baby FM. lama2 bila dah jarang menyusu dia pun tak nak dah BF. Kalo tunjuk breast kat dia, dia main je nipple, bukannya hisap pun..saya pun jarang pum, tapi alhamdulillah, sampai skang nie baby sy dah nak masuk setahun, susu saya kalo picit pakai tangan ader lagi. malah yang sblh kiri ader lebih dari 3 lubang susu lagi. tapi yang saya terasa nak BF balik sebab leeya baru je kena masuk ward sebab muntah2 n cirit birit 2 minggu lepas, pastu dr suh tukar susu isomil. dia taknak sebab susu tu tak sedap, memang tak sedap pun. pastu tukar susu similac yang LF, alhamdulillah dia minum. tapi saya rasa kejam sangat sebab dia terpaksa bertukar2 susu padahal susu saya still lagi ader. tolong la saya kak sue tuk relaktasi balik susu saya. skang nie leeya dah nak masuk setahun, possible lagi ker saya start balik BF….time kaseh..

    Salam Rozie,
    Relaktasi adalah tidak mustahil bagi semua wanita cuma ia perlukan semangat dan kekuatan yang kuat.
    Rozie boleh aturkan temujanji untuk kaunseling penyusuan sekiranya perlu.

  • az says:

    salam…

    akak…saya teringin fully bf anak sy…sekarang usia nak masuk 3 bulan tapi bila dah hantar nursery bleh supply kat die 12oz jer…then tambah susu formula.. sedih sgt rase..huhuhu
    saya ade terbaca di internet herba yg bleh bantu tambah susu mcm blessed thistle.. apa tu blessed thistle kak?

    tq

    Salam Az, 12 oz sudah mencukupi untuk anak Az sepanjang 8 jam meninggalkannya.
    Az boleh cuba milk booster seperti herba Goat’s Rue di link ini http://www.lunatots.com/shop/product_info.php?cPath=49&products_id=618

  • az says:

    memang berkesan ke kak goat’s rue tu? bagaimana plak dengan pil ASI?

    tq

    Az boleh cuba dan lihat yang mana sesuai untuk Az, dengan syarat tiada tambahan susu formula untuk anak (Susu ibu sahaja :) )
    Pam dirumah untuk menyimpan stok ye.

  • mamaneeya says:

    salam sue…terlambatkah kalau akak try susukan baby semula slps 4 bulan berhenti….sbb keje shift…takde masa utk pam…skrg umur baby dah 1 thn 6 bulan…

    Salam Mamaneeya, untuk bayi berusia 1 tahun 6 bulan, susu bukanlah satu satunya sumber makanan dan tenaga mereka.
    Tak mengapa, nanti utk adiknya, Mamaneeya buat betul2 ya, insyaAllah jika bersedia dari awal, lebih mudah.

  • Na says:

    Kak Sue,
    bole bagi contact number x?baby saye da 44 hr tapi x berjaya direct lagi.now da fully fm sbb bile pump susu da x kua..

    Salam Cheq Na, Kak Sue tak dapat membantu melalui telefon mahupun kaunseling sebab minggu ni Kak Sue tidak berada di KL.
    Cheq Na boleh semak artikel mengenai penyusuan susu ibu didalam blog ini yang mungkin boleh membantu.

  • erin says:

    salam k.sue,baby sy dah 2bln stgh.mmg campur FM dr awal.jahil sgt ms tu.sedihh…sy berazam nk fully bf.sy pn dah beli breastpump.tp stiap kali pum dlm 30minit dpt purata 1oz je sblh breast.sedihnya rasa.camne nk bt ye…klu nk adakn sesi kaunseling ngan k.sue boleh x?sy kat JB

    Salam Erin, teruskan mengepam 3 jam sekali dan dalam masa yang sama menyusukan sikecil. InsyaAllah susu akan bertambah.
    Mengenai sesi kaunseling, Erin boleh call Kak Sue sekiranya datang ke KL.

  • Hidayah says:

    Salam,

    Kak Sue, saye dah berhenti menyusukan direct baby sayer since baby umor 3 months.
    Semasa dalam pantang, dayah mengalami tumpah darah pada hari ke-18 akibat tertinggal cebisan uri n plasenta (kembar tak jadi)dalam rahim. Dayah terpakse dudok di wad selama 3 hari sambil dibekalkan dengan cecair antibiotik untuk mengelakkan jangkitan kuman. setelah pulang ke rumah, susu saya berkurang 95%. Mungkin akibat kurang perah susu sewaktu di hospital/kesan ubat antibiotik.

    Semase pemeriksaan post-natal dengan doktor, dier telah memberikan dayah pil untuk milk booster tetapi perlulah direct bf. Saye telah menggunakannyer selama sebulan dan alhamdulillah, ianya berhasil untuk menambahkan susu tetapi dalam 3oz shj.

    Keadaan menjadi bertambah teruk setelah saye mula bekerja kerana jadual pam tidak menentu (1-2 kali shj) dan kesibukan kerja (sehingga lewat petang). sehinggalah bayi mencecah 3 bulan ++, dapat pam 10ml shj. Dayah tros down and I’ve decided to stop pump and give full fomula to my baby.

    Tetapi, setelah 2 bulan tidak menyusu badan, susu masih ade (1-2 titis) jika diperah. Oleh itu, adakah sayer boleh mnyusu kembali? Sebelum ini saye pernah mencuba product shaklee set B ttp tidak membuahkan hasil (mungkin akibat tension dengan workload) dan membandingkan dengan ibu2 yang lain (jeles).

    Skrg saya ingin mencuba sun chorellea (kate org dapat boost up milk), double pumping, sns or suntikan. Yang mana satukah yang patot saya cuba?

    Harap komen/pendapat from kak sue.

    TQ

  • Mas says:

    kak su, saya berhenti menyusukan bayi saya semasa bayi baru berumur 3 bulan. sekarang bayi sudah berumur 7 bln. bagaimanakah caranya dapat saya mengembalikan semula susu selain daripada mengepam? adakah ubat yg boleh didapati dr farmasi atau doktor yg boleh membantu mempercepatkan proses mengembalikan semula susu? sekarang kalo saya picit dan pam cuma de setitis 2 saja yg keluar, kalo baru2 lepas pam, bila dipicit akan keluar susu dari lebih banyak lubang daripada sebelum mengepam…..

  • Wanie says:

    Salam akak,

    Bayi saya dah berumur 5bln++. Saya pernah menyusukan dia selama 3bln lebih sahaja. Sbb utama berhenti kerana dia keliru puting sejak saya hantar dia kepada pengasuh serta susu saya berkurangan. Sekarang anak minum susu formula. Masalahnya,
    Dalam bulan Februari , dia start demam panas sekali. Dalam bulan March, 3 kali dia demam. Awal bulan, tgh bulan dan akhir bulan baru2 nie.

    Jadi wanie start pum semula, ikut schedule 2/3 jam sekali. Skrg in-progress, makin ada. Tp x banyak. Pun dah siap beli SNS untuk menjayakan misi nie. Tp bila suakan saja breast kt baby, dia start nangis,lonjak2 badan. Pernah jugak try waktu mlm, masa dia mamai nk tido tp bila dia sedar, buka mata terus nangis. Jadi macam mana nk buat ni akak, nk pujuk semula dia,utk BF..

    Salam Wanie, bila Wanie ada masa nanti boleh hubungi konsultan mahupun kaunselor laktasi untuk kaunseling.

    2 perkara yang agak challenging dalam relaktasi ialah:
    -meningkatkan produksi susu ibu dan
    -memujuk bayi minum dari ibu secara terus bila berada bersama

    Cara yang sama dilakukan pada bayi yang berlainan mungkin akan menghasilkan output berbeza.
    Cadangan saya, teruskan mengepam 2-3 jam sekali untuk membekalkan susu ibu kepada anak sekaligus meningkatkan produksi susu ibu.

  • mieza says:

    salam..kak,masalah sy sama seperti wanie …tp,bb sy demam sebanyak 2-3 kali sebulan..dan 2 kali kena lung infection dalam tempoh 4 bulan ini..kali pertama bb kena lung infection,bb di masukkan ke nicu.sejak itu..demam nyer asik on & off saje..sy x smpi hati melihat bb asik demam..pantang ade sape2 yg demam..dia pasti terkena sama..sy pernah bawa dia ke klinik paed,sy di maklum kan bb sy nie antibodi nyer sgt lemah…semenjak period last month & sengugut yg teruk..bb x nak direct lg dgn sy..jd,susu jd drop sgt…sy pula kategori susu sikit..terpaksa lah mix dgn fm…sy terpikir nak relaktasi semula..ade juga sy pujuk2 bb,tp bb dah x nak nyusu lagi..sy frust sgt2..dan serba salah kak..apa yg perlu sy lakukan…mcm2 jenis milk booster sy cuba…

    Salam Mieza, Mieza dicadangkan berjumpa konsultan laktasi untuk kaunseling.

  • ummi fareez says:

    salam sue..masalah saya sama ngan wanie..baby saya berumur 3bln lebih n berhenti sjk umur 2bln lbh..bila bg direct dia mula mnangis n mngamuk..kosaltan utk laktasi klu kt sabah ni ada x?..atau melalui doktorke?mcmna nk dptkn koseling tu..

    Ummi Fareez, cuba hubungi Zainab Ezzkids yang berada di Sabah.
    Ini link FBnya http://www.facebook.com/people/Zainab-EzzKids/1845222700

  • ummi fareez says:

    tq sue..

    You are welcome Ummi Fareez.

  • shin says:

    Salam kak,
    Baby i baru masuk 1 tahun dan saya telah hentikan SI dua bulan yang lalu sbb dia tidak mahu DF dan tambahan lagi SI semakin merundum.
    Cuma nak tanya, dalam kes ini, adakah relaktasi berkesan bagi saya since anak i dah 1 tahun?

    I memang teringin sangat nak teruskan bf baby i, tapi dia menolak untuk DF. Memandangkan kepenatan dan keletihan yang dialami serta kekurangan SI,maka i dgn tidak rela hati berhentikan penyusuan.

    Shin boleh berjumpa dengan mana mana Kaunselor Laktasi yang berhampiran untuk mendapatkan bantuan.

    Semoga Shin kuat semangat untuk terus menyusukan bayi.

  • Ernee says:

    salam,

    baby saya dh masuk 10 bulan, mslhnya supply SI xcukup..
    terpaksa la topup dgn FM. sy masih pam 3 kali di opis.total hasil 12-14oz je..

    demand masih tinggi cuma susu makin merudum, cmne nk buat ye?

    Puan Ernee,
    Jika 12-14 oz yang Puan dapat pam, maka amount itulah yang baby Puan perlukan.
    Demand bayi mungkin boleh meningkat atau menurun bergantung kepada situasi.
    Tetapi keperluan susu ibu (iaitu apa yang bayi Puan perlukan untuk membesar) adalah sama dengan apa yang Puan dapat pam.
    Tidak perlu campur susu formula, hanya tambahkan makanan dalam diet bayi.

  • shin says:

    Salam kak,
    Adakah lactation consultant atau doctor yang berkenaan di Ipoh? I search/google via net pun x dapat juga.

    thank you in advance.

  • sue says:

    Salam kak,

    Bby sy br umur 2 months, tp dh fully fm. Sy nk sgt bf but my bby totaly reject direct feeding.
    And sy ade buat pumping but not consisten,tp dpt la 0.5 oz.
    Tapi sekarang sy consisten pumping every 2 hours, lgsg takde susu.
    Tp klu picit ada la 2 ke 3 titik susu.
    Kenapa yeh kak?
    Hope akak boleh bg guide.

  • Azlina Aziz says:

    Mohon Share kak.. TQVM

  • Cinta Hani says:

    mohon share sis.. TQVM

  • mohon share sis sue.

  • Zura Sohaimi boleh baca entri ini…byk lgi yg mnarik di alam…slmt mnambah ilmu..

  • Assalamualaikum kak

    Saya br bersalin 3 jul lalu namun susah nak bag direct bf sb puting tengelam..baby cume dapat fully bf 2weeks dan pastu sy mula amik susu formula + ebm.Namun production susu makin kurang dan baby sekrg senang mengamuk sb kekadng susu lmbt. So sy determine nak buat relaktasi selepas mula keje ni namun baby stay ngan mak. so boleh ke sy mulakan relaktasi dengan hanya mengepam susu secara kerap?

Leave a Reply

Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.

    Feel free to communicate through my email info'at'lunatots.com for seminar arrangement

    Whatsapp 0129449515
    LIKE my Facebook pages:
    Suraya Ali
    Lunatots Cloth Diaper
    The Milk Story
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

Announcement
OFFICE : 0392265152 LUNATOTS HQ 32G JALAN DANAU LUMAYAN 1, BANDAR SRI PERMAISURI, 56000 CHERAS KUALA LUMPUR HOTLINE LUNATOTS : 0102414050 /0125502515
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Luna’s Shop
http://www.lunatots.com/shop
Readers
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: