Kali terakhir kami sekeluarga ke Melaka ialah semasa Iki berusia 4 bulan
Refer entri ini
Buat buat tak nampak beberapa ‘kesilapan’ saya iaitu memberi Expressed Breastmilk (EBM) didalam botol berbanding direct feeding
Masa tu ala ala malu tak kena tempat nak direct feeding anak di public
Jadi saya pam dan beri dalam botol (naif kan..)
Kalian yang dah berilmu, jangan jadi macam saya ye!
Mata diblurkan, Puan Suraya -bukan nama sebenar
Ingat, susukan bayi anda di mana sahaja on demand dan pakai pakaian yang sesuai utk menyusukan
Masa ni saya chubby lagi
(Nak beritahu yang skrg kurus sket..kih kih)

Kononnya balik Melaka kalini kami nak bergambar bagai
Rupa rupanya saya penat melampau
(Wah..siap bubuh rupa rupanya…hihi)
Malas nak keluar rumah, malas nak siapkan Iki
Malas nak bersiap diri sendiri
(Itu namanya malas melampauuu…bukan penat…hihi)
Sudahnya kami duduk makan banyak je dirumah mama Sumaiyah
Plan nak bergambar bagai pun tak kesampaian
Ada sekeping je gambar saya bukti saya sampai ke Melaka
Mots kan? Kemain ‘besau’ tudung saya dan tak matching dengan baju kan…keh kehhh
Bukit Beruang kan dah lainnnnn sangat
‘Rumah hantu’ yang berada berdekatan station bus pun dah takde
RSU dan RSI pun takde (restoran saya dating malam malam)

Bergambar dengan Sumaiyah di Kedai Kah Kah
Iki tidur dirumah, mommy roger wiu wiu beli air botols
Melaka panas weh..lama tak hujan…
Iki berbogels sepanjang di Melaka, pakai CD je
Saya suka balik Melaka
Artikel berkaitan dengan Melaka semasa saya muda di sini dan sini
Lainkali, bila saya dah gigih semula
Kami balik Melaka, posing sana sini ye ![]()
Terima kasih Sumaiyah dan keluarga kerana sudi menumpangskan dan memberi makan kami bertiga
Related posts:




knp ku tgk kedai kah kah mcm dah maju??? rindu nye. dulu asal blk mkn dr rsu/rsi, mesti singgah sana beli chuppachup. on the way blk ke tmn dahlia, ramai2 mkn chuppachup.
aah sue, rumah hantu tu dah xde dah. seram kan? hehe.. kalau mlm2 lalu jln tu, sy xkan pandang rumah tu langsung. mane la tau ada makhluk menjenguk.
—
Hihi..sangat memori kan Liz?
Dulu Kah Kah buat delivery service, bayar RM2 je, dia hantarkan sardin, beras, telur etc etc
Sekarang Kah Kah dah ada 2 anak (apakah kaitannya?)
Hihi..majula tu kan..dulu baru kawin
RSI dah takde, RSU dah jadi kedai mamak..tatau mane macik pacik RSU yang baik2 dulu tu..
Rumah hantu tu dah takde, dah clear terang benderang dah MMU
bkn melaka saja panas..satu mesia ku rasakan begitu…
—
Di ofis tak rasa sangat dear..sbb dalam aircond..Rumahku di Cheras dikelilingi hutan, sejukk je..
Jom kita mulakan semula kempen menanam pokok nak?
wah jelesnye sue da sampai melaka..sya sejak kawen blum lagih sampai..cita2 mengunung tinggi nak ke melaka..hihihi..mengimbau zaman muda2..ha! tempat makan roti john bwh pokok tuh da tak de?? hihihi..:) InsyaAllah nanti ku tiba jua satu hari nanti..
—
Sya : Roti john RSI pun dah takde Sya.
Malam2 tak sure bagaimana keadaannya sbb sejak dah
tuaada anak ni, Sue lenguh lutut nak keluar malam malam..hehe..Nanti kalau Sya nak pergi, ajak Sue sekali.
Buleh kita jalan sama sama di Jonker Walk
salam ukhwah…Kak Sue..blh x kalu Nor nak bertanya tentang masalah penyusuan susu badan ni..coz Nor tgh risau sangat-sangat ni..macam mana yer caranyer
—
Nor nak tanya mengenai apa ye dear? Nor boleh refer artikel ini http://www.diyaluna.com/diary/2009/02/10/got-milk/
Kak sue…skrg ni mmg nor breastfeed anak…tp yg jd problemnyer…sejak tgh bln lepas dia dah x mahu breastfeed sebelah kiri..cuma belah kanan jer..nor akan perah tapi makin lama makin sikit…risau jugak..takut bekalan susu untuk baby akan kurang…kesian dekat dia…tengah malam slalu dia terbangun nangis2…paling kurang 4 @ 5 kali…nor nak tahu mcm mana nak atasi masalah ni…dan memang nor ada perah susu untuk sblh kiri tapi x banyak…tapi nor x puas hati dengan hasilnyer…
blkg tu mmg dah blmbk kedai..o sblm terkonpius..ku ckp blkg tu sbb blkg umah saya di melake
budak2 mmu situ pun dah ‘advance’
masuk mmu tu pun dah lainn
lenkali kalu dtg situ pegi le mkn kt restoren terapung sangat sedapp..