Kan masa saya di Langkawi, saya kipuchi minta pendapatan semua org
Pasal purple ke pink kan?
Saya hargai semua pandangan, sungguh!
Tersenyum senyum saya depan laptop bila Iki dah tidur (masa di Langkawi)
Bila sampai kedai Haji Ismail Group, saya duduk berdiri lama depan rak pinggan itu
Saya ambil gambar pinggan dan beritahu sales person tu yang saya nak tunjuk pada suami sbb nak bodek supaya belikan sempena anniversary
Adik salesgirl tu angguk2 memahami perasaan saya
Brand Corelle ni kan kalian SANGAT ringan dan SANGAT kellass
Macam tak matching dengan konsep rumah saya yang takde konsep itew..ahaha

Lepas berulang kali fikir dan fikir
Kami memilih utk ambil set yang ini
Visions-warna yang bukan pilihan hati saya
Suami kata biar praktikal dan matching dengan semua set pinggan
(Kami mana ada set pinggan wehh…ekeke)
Nanti nanti bila Iki dan adik adiknya dah besar
Saya akan kembali ke Langkawi dan beli satu set periuk dan pinggan2 purple itu (Pasti!)
Bukan apa, saya takut TERMARAH Iki kalau dia TERJATUHKAN pinggan2 Cornell saya
Saya tak mahu pinggan itu menjauhkan jarak antara kami
(Wahaha..sila geli geli dengan ayat saya)
Iye…saya terbayangkan situasi “Iki, habisla pinggan mommy..uwaaaa” hihihi
Dan saya perasan suami mengurut dadanya tanda lega dengan pilihan saya..

Sementara pekerja kedai packingkan set periuk kami
Saya belek2 produk lain
Shanteksnya jam ini, product K & K Home Deco
Hanya RM30

Loceng ni buat panggil anak dan suami bila makanan dah siap..hihi

Ini bekas potong kek yang sedap (Bekas shanteks, kek akan rasa sedap weh)

Sampai sekarang suami saya hairan kenapa ramai perempuan suka English Style?
Macam saya, sbb saya teringin ada rumah cam omputihs dalam Desperate Housewives tu
Takpun dalam majalah rumah datin datin tuuu
Tapi bila saya bayangkan kesepadanannya dengan rumah saya
Saya tak nampak keserasian mereka (Maksud saya barangan English Style dan rak kasut kami) …hihi
Kalian suka tak corak bunga bunga Inggeris ini?
Related posts:




Honestly, ku tak minat english style sbb lbh minat rumah n hiasan rumah ala kampung & nusantara style (tp bukan style bali ek).
Teringat di zaman dolu-dolu time diriku besar sket dr Iki. Mak marah psl apa ntah, ku pulak duduk dkt ngan rak2 pinggan mangkuk. Ku pun tgh marah n nangis2 ugut mak nak pecahkan mangkuk nasi yg mmg dkt dgn diriku. Mak kata pecahkan la. Apa lagi, angkat mangkuk tu & bersepai serpihan mangkuk kat lantai. Nasib la mak ku penyabar orgnya, mak cuma istighfar jer masa tu. Klu mak yg tak penyabar, mau cedera badan ku.
Skrg dah ada anak, sendiri mau ingatla anak tu ikut perangai siapa. Wpun Amir Syah ku baru 8 bln lbh, gaya dah ada.
—
Waha : Oh mu ala ala ke nusantara, ku sampai skang takde konsep dalam hala tuju rumahtangga..ekeke
Rina buleh tahan ‘keberanianmu’ ye dear.
Sabar ibumu..kalau ku buat begitu, harus mu jumpa ku di rumah kebajikan!
Haha…Rina…Rina… (mode geleng kepala)
Ku harus elakkan Iki baca komenmu ini supaya dia tak dapat idea langsung tentang taktik ugutan mu ..kih kih..larikk
oohh…pn su! saya bkn wanita2 itu…saya TAK MINAT ENGLISH STYLE pd pinggan saya. pd baju, emm kdg2 je bleh lyn!
—
Wah, Sal tak suka ye? Sue suka….(mungkin ada rasa kurus shanteks cam wanita Inggeris yang tinggi lampai)
Kekeke..penuh perasaan (perasan) ku ineh…ahaha
ayg sukaaaa english style..konon2 kawin nk english style. tp x jd kawin, so bilik tido ayg akan ayg cuba hias2 bg jd english style (nk hias rumah sendiri mcm jauh sgt angan2nya). xpe alg, slow2 kumpul sikit2..:)
—
Ayg : Bukan tak jadi kawin, cuma tarikhnya di postponed kan?
Yup, mulakan dengan bilik tidur dulu yang..Tapi kena perabot putih bersih la kan?
*Aiceh, nak kena beli katil,almari dan meja solek dulu yang..hihi
sue,
akak pecahkan vision mak masa tahun akhir belajar kt ukm dulu…mak akak kata masa kami kecik2 dulu tak mampu nak beli periuk mahal sbb anak ramai nak gi sekolah…akak cakap ngan mak…doakan saya dapat kerja nnt saya gantikan….tapi rasanya sampai skang kot akak lum ganti kan lagi….huhuhu…
p/s: so bukan budak besar iki yg pecahkan pinggan dan bebesar camni pun pecahkan jugak. cuma la ni dah pandai jawab….kalu tak pecah nnt mak tak bole beli yg baru plak…huhuhu
—
Wah Kak Huda : Pecahkan Vision? Uhuk uhuks..betul tu, anak tecik2 nak skolah, tak sampai hati beli set pinggan mangkuk mahal mahal
(Pakai yang hadiah org kasi masa kawin..hihi)
Nanti kalau Kak Huda pergi Langkawi, akak buleh belikan sebiji utk mak akak :nyit:
P/s- Haha..Kalau besar Iki tak pandai ‘menyejukkan hati’ dengan alasan alasan kan